Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Diskriminasi Agihan Peruntukan Negeri Pembangkang

Anwar Ibrahim membidas Kerajaan kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah. Berdasarkan peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak.

Anwar berkata demikian sebagai Ketua Pembangkang semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini. Isi buah silatnya ialah mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan!

Susunannya cukup celaka! Hangpa nampak susunan yang cukup tak logik. Di mana Sarawak dan Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka? Okay, itu berkaitan peruntukan perkapita Persekutuan. Bagaimana pula dengan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi versi Najib ?

Kajian Kes - Diskriminasi Peruntukan Pulau Pinang

Aku ambil contoh ini dari laporan TheNutGraph hari ini. Berdasarkan data diperolehi dari laman web Perbendaharaan, Pulau Pinang hanya menerima 0.8% daripada keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi persekutuan RM60 bilion. Steven Sim, Timb. Pengerusi DAP Jalan Tembikai menyatakan bahawa Pulau Pinang yang menyumbang kira-kira 30% jumlah eksport negara, sedangkan dana pembangunan Pakej Rangsangan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang cuma RM75.51 juta sahaja.

Sim berkata, PM perlu pertimbangkan sumbangan negeri dan rakyat Pulau Pinang semasa memperuntukkan pakej rangsangan berkenaan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat permohonan peruntukan sejumlah RM11 bilion untuk 21 buah projek kritikal di Pulau Pinang, termasuk projek monorel (RM2.5 bilion), Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (RM1.5 bilion) dan projek pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.1 bilion). Ini semua ke arah memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hub ekonomi yang kompetitif di rantau ini.

Sebelum ini, bagi menangani krisis kewangan global, kerajaan persekutuan melancarkan pakej rangsangan ekonomi sulungnya bernilai RM7 bilion pada 4 Nov 2008 dan kali kedua pada 10 Mac, 2009 berjumlah RM 60 bilion. Pada 15 Jun, 2009, si PM Najib mengumumkan di Parlimen bahawa hampir 100% atau RM6.95bil pakej rangsangan sulung telah diagihkan. Hrm.. macamana la Najib nak jaga ekonomi ni. Padan la dia nak Omar Mustapha Ooi jadi Pengarah Petronas.. kot-kot senang tarik duit cilok ke Persekutuan. Nasib baik ahli Lembaga Pengarah Petronas cerdik-cerdik belaka, bukan 'yes man' semuanya.

Pada pandangan aku, bila Kerajaan BN semakin zalim, dia menuju ke zaman kehancurannya. Mengapa masih berpilih kasih.. mengapa masih menganak-tiri.. sedangkan semua rakyat setiap negeri adalah rakyat mutlak negara ini. Mereka juga berhak menerima kasih sayang seadilnya dari Kerajaan Pusat.

Seharusnya Kerajaan Persekutuan mengalirkan dana awam berdasarkan keperluan ekonomi dan sosial rakyat, bukannya sebagai hadiah atau hukuman politik.

Kerana itulah antara komen Lee Kuan Yew (Penasihat Singapura) dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini turut memberi komen tentang prasarana awam Pulau Pinang yang boleh dan perlu dipertingkatkan. Adakah BN masih nak kata Lee Kuan Yew tak berhak komen tentang negara ini? Atau BN memang masih tak tahu malu!

Selanjutnya »

Hadiah Integriti Pulau Pinang - Mencegah Kemungkaran Dapat Ganjaran

Sesungguhnya Allah menyuruh manusia menyeru untuk berbuat kebaikan ('amar ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi munkar). Berbuat baik buat untuk dapatkan ganjaran di dunia, kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Namun begitu, jika di dunia sudah diakui sumbangan kita dalam berbuat baik dan mencegah keburukan, ianya adalah keuntungan kebaikan yang besar. Menarik berita Bernama 12:42pm hari ini.

Haji Yusof Musa
PULAU PINANG, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lepas.

"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini hari ini.

Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000.

Lim berkata laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan.

"Bagaimanapun, kakitangan terbabit telah menghilangkan diri," katanya.

Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.

Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.

"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya.
Tahniah Lim Guan Eng. Kekalkan pemerintahan berasaskan integriti dan amanah kerana Tuhan. Jika ada masa (tentunya ada), renung dan hayatilah ajaran Islam - moga2 Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya untuk kamu.

Tahniah juga pada Yusof, harga diri manusia tidak ternilai. RM10,000 itu hanya kurniaan di dunia, semoga Allah tambahkan lagi di akhirat kelak. Kekalkan dan tingkatkan prestasi kerja kerana Allah, semoga kamu beruntung di dunia juga di akhirat.
Selanjutnya »

DUN Jawi - PRK Lagi Di Penang?

Hrm.. Jenuh la SPR... hehe. Kali ni geng DAP pulak buat hal di Penang. ADUN Jawi., Tan Beng Huat meletak jawatan tanpa tarikh. Baru saja 2 minggu PRK Penanti. Nak PRK lagi? Letih.. .

Malaysiakini: By-election? DAP rep submits quit letter

The already election fatigued Malaysian public may yet again see another contest, this time in the Jawi state seat in Penang.

Its embattled assemblyperson Tan Beng Huat has submitted an undated resignation letter to the party leadership.

In the letter, the first-time elected rep said he would vacate his seat should be found guilty with regards to an ongoing graft probe. His 'quit notice' sparked off rumours of another by-election in Penang, less than two weeks after the Penanti by-election on May 3.

Penang had another by-election in the Permatang Pauh parliamentary constituency last August. [...]
Fakta Ringkas DUN Jawi

DUN Jawi (N.19) adalah terletak dalam Parlimen Nibung Tebal (P.47), bersama N.20 Sungai Bakap dan N.21 Sungai Acheh. Dalam PRU 2008 tempohari, Tan Beng Huat (DAP) menang dengan majoriti 3,790 undi mengalahkan Tan Cheng Liang (BN). Peratus pengundi 79.84% dari 20,167 orang pengundi keseluruhan.

Parlimen Nibung Tebal (P.47) dimenangi oleh PKR, Tan Tee Beng 3087 undi. N.20 dimenangi oleh PKR (majoriti - 2,067) manakala N.21 Sungai Acheh milik BN (majoriti 250 sahaja).

Nampak memang DAP berani ber-PRK di situ jika berdasarkan keputusan undi PRU12 tempohari. Malam ni atau esok, tengok la. Tentu hebat media kerajaan - suratkhabar & televisyen kutuk PR. Dulu PKR, sekarang DAP pulak. Kat Penang semuanya pulak tu. Nak masuk 3 kali selepas P:Permatang Pauh dan DUN Penanti. Semuanya sebab perletakan jawatan. Cit.

Kalau perletakan jawatan ADUN Jawi itu diluluskan oleh pihak kepimpinan DAP, menyaksikan sudah 2 rekod oleh DAP (termasuk Hee - Jelapang) dan 4 rekod oleh PKR - Dr. Azizah (P.Pauh), Fairus (Penanti), Jamaluddin (Behrang) dan Othman Jailu (Changkat Jering).

Tang ni aku respect ADUN PAS satu Malaysia - tiada keluar parti, tiada yang letak jawatan. Tahniah. Teruslah berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas, penuh tanggungjawab.

Selanjutnya »

Media Malaysia - Semasa dan Selepas PRK DUN Penanti

Aku tak dapat ikuti perkembangan PRK Penanti hari Ahad 03-06-2009 tempohari. Setelah tulis entri terakhir Menjelang PRK DUN Penanti - 19 Perkara Terlarang pada 3 pagi dinihari Ahad, aku tidur. Selepas subuh, aku jenguk kejab beberapa laman favourite. Hrm.. rupanya entri itu masuk Hot Topics In Blog di Malaysiakini.com.

Nampaknya ini kali ketiga artikel aku di'trawl' oleh Malaysiakini, yang aku perasan. Selain entri di atas, dua lagi yang kena pukat jerut Malaysiakini ialah DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu? dan Kisah Zambry & The Gang Dihalau di Batu 8 Lekir - Manjung Mari. Itu yang aku perasan. Yang aku tak perasan dan terlepas pandang, aku tak tau.

Anyhow, thank you Malaysiakini. Syok jugak, walau syok sendrik.. kah kah kah.

Pukul 7.30 pagi Ahad, aku sekeluarga bertolak dari kawasan perbukitan aku ke kawasan pergunungan sekitar Pengkalan Hulu - ke rumah kak sulung aku - ada urusan kenduri kahwin anak penakan lelaki pada hari Isninnya. Tiba 10 pagi. Tengahari, sibuk. Ikut serta rombongan Makcik Kiah (bukan pi Bukit Kayu Hitam/Padang Besar macam satu puak tu) - konvoi hantar pengantin lelaki (anak penakan aku).. nun sampai Kulim nu. Petang sibuk tolong urusan khemah dan lain-lain persiapan.

Lewat petang dah mula boring. Kat rumah tu tiada streamyx, broadband pula tak berapa jalan. Laptop tak boleh guna. Maka bersembanglah dengan abang sulung aku di situ, "hari ni PRK Penanti ni". Dia kata, "hisy mana ada.. minggu depan!".

Maka aku pun mencari suratkhabar hari tu satu rumah kak aku, jumpak satu (Berita ka Utusan, aku dah lupa). Nak tunjuk bukti kat abang aku. Tengok muka depan tak dak. Muka 2 tak dak. Aduh celaka, aku tersilap ka? Cari-punya cari, naaah kat mukasurat 7 baru jumpa, kolum kecik pulak tuh. tajuknya: "Keputusan PRK penanti selewatnya 8.30 malam ini". Itu saja. Haram jadah punya news.. tapi sekurang-kurangnya ada jugak. Dapat jugak cerita kat adik-beradik yang lain. Kah kah kah.

Malam, tunggu keputusan depan TV. Tengok kat Awani, pasal ada forum kat situ. Seperti diduga, PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558. Mansor Othman (PKR) menang dengan 6,052 undi. Calon-calon bebas - Aminah Abdullah dapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua calon Bebas hilang wang deposit RM5,000.

Awal pagi Isnin, ke pekan Pengkalan Hulu @Keroh, cari sedikit bahan tertinggal untuk kenduri kahwin rumah kak aku hari tu. Cari suratkhabar di situ. Aku beli Berita, abang aku beli Utusan. Suratkhabar alternatif tak jual. Kat Berita, keputusan PRK DUN Penanti di muka surat 3! Haram jadah. Utusan, ok sikit - kat muka depan. Tu yang agaknya Muhyiddin duk geram kat Utusan kebelakangan hari ni. Memasing jaga periuk nasi beb! Kah kah kah.

Yang kelakaunya, Utusan kata - "majoriti diperolehi berkurangan berbanding PRK 12 lalu". Kah kah kah. Memang la kurang, sebab jumlah pengundi hanya 46%.

Berita kata, "antara faktor kemerosotan jumlah pengundi mengundi disebabkan parti utama tidak bertanding". Kah kah kah. Kalau parti utama tu kata dia terer, bertanding la. Kalu pasukan Manchester United kalah dengan alasan tak turunkan Ronaldo/Rooney yang tidak cedera atau tidak digantung perlawanan. Bagus ka alasan tu? Itu alasan bodo. Kah kah kah.

Memang best baca suratkhabar utama Malaysia - semuanya telus. Telus apa? Telus kepala hotak depa! Maklumat diputaq, fakta diupaq. Dua tiga hari ni, ADUN Penanti baru ni macam tiada liputan khas. Macam kena banned. Kah kah kah.

Malam itu, selepas acara buka kotak hadiah, kami adik beradik bersembang.. sampai tahap debat. Kalah Sidang DUN Perak. Kah kah kah. Bukan apa, ada yang pro-BN tapi tak tahu fakta. Nah! Kena tembak bertalu-talu sampai tak buleh bangkit. Kah kah kah. memang betul, sebelum kempen kat orang lain, baik kempen dengan ahli keluarga dan adik beradik. Sebab mereka lebih tahan kena tembakan yang pedas dan berdas-das! hahaaha.

Hari ni, Mansor dah angkat sumpah pagi tadi sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selamat bertugas. Kerjalah baik-baik, buat sungguh-sungguh. Jangan kerja main-main, jangan gila nak himpun harta. Utamakanlah rakyat dan kesejahteraan mereka. Rajin-rajinlah jenguk rakyat dan cuba penuhi keperluan mereka sedapat mungkin. Banyakkan berunding dengan semua pihak pakatan dalam membuat keputusan. Jika tersalah langkah, patahlah balik ke pangkal jalan. Kalau tidak, bloggers dan pengundi akan tembak berdas-das, dan pedas.
Selanjutnya »

Menjelang PRK DUN Penanti - 19 Perkara Terlarang

Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, kununnya larangan-larangan berikut adalah berkuatkuasa:

Hari Penamaan Calon

1. Tak boleh bawa penyokong lebih 5,000 orang. Pi sikit-sikit cukup la.
2. Tak boleh BN bertanding kali ini. Kena jimatkan duit rakyat.
3. Tak boleh bising 8 hari saja berkempen. Tak suka, tak usah pi bertanding.

Semasa Kempen

4. Tak boleh bangkitkan isu krisis Perak. Zambry MB disah mahkamah.
5. Tak boleh bawa kes Altantuya. Najib tak kenal siapa itu Altantuya. Jangan pitnah dia.
6. Tak boleh bawa isu Scorpene. Najib tu amanah orangnya.
7. Tak boleh pasang bendera di rezab jalan depan bangunan UMNO. Provokasi.
8. Tak boleh pasang bendera DAP. Tak bertanding.
9. Tak boleh marah kalu UMNO boh dia punya bendera kat bangunan dia. Tu tanah dia.
10. Tak boleh pi mengundi bagi orang UMNO kununnya. Meriahkan Cuti2 Malaysia.
11. Tak boleh kempen bantai BN. Tak adil sebab BN tak bertanding.
12. Tak boleh marah kalau BN buat ceramah. Dia cuma nak jelaskan pasai apa tak
- - bertanding. Tu saja. Hangpa sebok pasai apa?

Pada Hari Pilihanraya

13. Tak boleh pasang pondok panas dalam 50 meter dari pusat mengundi. Nanti kacau.
14. Tak boleh saiz pondok panas melebihi 8' x 8'. Kecik-kecik cukup la!
15. Tak boleh ada peraih undi dalam 50 meter. Nanti ganggu pengundi.
16. Tak boleh ada kempen di hari mengundi. Tempoh berkempen dah habis tau dak!.
17. Tak boleh bubuh logo SPR, logo/bendera parti pada kereta angkut pengundi.

Pada Bila-Bila Masa

18. Tak boleh kutuk SPR kalau ubah peraturan ikut suka dia. Itu hak dia la!
19. Tak boleh kata apa-apa. Hangpa nak masuk ISA?


KEPALA HOTAK DEPA
Selanjutnya »

Siapa Kata BN Tak Bertanding Di Penanti ?

Penanti makin berbahang menjelang Hari Pengundian - 31 Mei, 2009. Beberapa sisipan isu terkini dari beberapa sumber:

  1. Umno Permatang Pauh taja Rombongan Mak Cik Kiah berbondong-bondong ke Bukit Kayu Hitam pada hari itu. Tujuan untuk melarikan sebahagian besar ahlinya dari mengundi. Setiap cawangan ada bas disediakan. (HarakahDaily - 1)
  2. Setiap ahli rombongan dapat duit poket sebanyak RM100.00 seorang. (Biaqpila)
  3. Khairy Ketua Pemuda (Rasuah) UMNO pula kempen para pengundi untuk boikot pilihanraya. (HarakahDaily - 2)
  4. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah. (PerakExpress)
  5. SPR turunkan 14 bendera DAP hari ini alasan kerana parti itu tidak bertanding (Malaysiakini). Dua hari lepas, bendera PKR diragut oleh MPSP (Bukit Teluk Sera).
  6. Bangunan Khidmat UMNO Bahagian Permatang Pauh ini boleh pulak banyak bendera?


























Siapa kata BN tak bertanding?
Habaq mai. Kih kih kih.





Selanjutnya »

Penanti : Bendera PKR Diragut MPSP

Berita panas dari Penanti disiarkan oleh TheMalaysianInsider petang ini. Sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mencabut buang bendera sepanduk PKR yang dikatakan diletak di hadapan ibu pejabat UMNO.

Pertengkaran berlaku antara geng MPSP yang ditemani pegawai SPR dengan penyokong PKR.

Penyokong PKR bertanya kenapa? Pencacai SPR tak mahu jawab. Katanya, perbuatan itu tindakan provokasi.

Itu saja alasan SPR? Jika itu saja, suruh dia buka Kitab Akta Pilihanraya jika ada dalil ! Atau dalil itu akan dicipta tidak lama lagi, tentunya. Mungkin nanti diwartakan segala tanah rezab jalan, parit, kubur dan sebagainya akan jadi tanah hak milik UMNO.
Selanjutnya »

Penamaan Calon DUN Penanti - 4 Calon Berentap

Hari Penamaan Calon DUN Penanti
Hari ini hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil DUN Penanti. Selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman telah awal-awal mendaftar nama untuk glamour:

Siapakah lima hero heroin yang nak glamour itu?


  1. Mansor Othman - PKR
  2. Nai Khan Ari - BEBAS (bekas pemimpin Gerakan, etnik Siam)
  3. Aminah Abdullah - BEBAS - (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang)
  4. Mohd Saberi Othman - BEBAS - (bekas pembantu Pak Lah di Parlimen Kepala Batas)
  5. Khairul Ramizu Idris (yang hilang wang pertaruhan di Bukit Gantang tempohari)

Jika tiada sebarang penolakan, kelima-lima mereka akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Selepas menunggu proses bantahan selama sejam hingga jam 11 pagi, keputusan 12.01 PM - Mohd Saberi Othman ditolak selepas bantahan. Maka dikatakan yang bertanding adalah empat penjuru. 1 PKR, 1 ex-Gerakan, 1 ex-PKR, 1 ex-Pekida. Sebenarnya bukan 4 penjuru, tetapi 2 penjuru. PR vs Bebas.

Selanjutnya »