PAS Johor - 8 Pemuda Ditahan Isu PPSMI - Di Mana Bloggers?

Terbaru malam ini, Malaysiakini melaporkan polis menahan dan mengambil keterangan 8 orang pemuda PAS kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI di pasar malam petang tadi. Setelah hampir 4 jam di balai polis, dibebaskan pada 8.15 malam. Empat darinya adalah exco Dewan Pemuda PAS JOhor, termasuk Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Ok, itu cerita pertama.

Cerita kedua pula, pada malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu. Bertempat di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas ceramah.

Bagi aku, isu PPSMI adalah isu nasional. Semua negeri sudah alert. Walaupun usaha itu baik, bagaimana dengan isu di Johor? Kita juga perlu isu lokal yang ditulis oleh orang lokal. Aku tertanya-tanya.. kenapa aktiviti PAS-PR di Johor kurang pendedahan dalam media internet.. Adakah Johor hanya ada ramai bloggers pro-BN dan kekurangan bloggers pro-PR ? Aku rasa tidak..

Saudara-saudara di Johor, kerapkanlah posting isu di Johor. Ada 26 kawasan Parlimen, dan 56 DUN di sana. Agak mustahil semua kepimpinan UMNO di situ 'bersih, cekap dan amanah' dan bebas isu. Rajin-rajinlah posting, dan bertukar pautan dengan rakan bloggers negeri lain. UMNO Johor itu bukan sekuat mana sebenarnya - cuma mereka kurang dicabar isu. Siapa yang elok cari dan timbulkan isu? Tentunya orang Johor sendiri. Salam perjuangan.

3 comments:

Post a Comment