|
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts
Juru Audit Pakatan Rakyat Mengikut KementerianBerikut adalah Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian. Jawatankuasa inilah yang ditakuti oleh Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Timb. Menteri serta Kementerian terbabit. Sumber dari Sinar Harian (Utara) - 03/07/2009 (halaman N10), aku salin balik.
Kalau ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kabinet, itu sekadar dokumentasi BN. Mereka cipta kayu ukur, mereka sendiri beri markah. Takkan mereka nak bagi markah buruk-buruk untuk kabinet sendiri. Kih kih kih. Tetapi formula pemantauan khusus , berfokus dan teliti oleh Jawatankuasa Pakatan Rakyat ini akan mewujudkan bahas debat yang gerenti panjang di Parlimen sehingga PRU13. Jenuh BN nak bertandak bertepis selepas ini. Kih kih kih. Bravo PR! Nizar vs Zambry - Mahkamah Rayuan Serah Penghakiman Bertulis 3.00 Petang IniAkhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya mengeluarkan asas penghakiman mereka tempohari dalam menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 3.00 petang ini. Penghakiman bertulis itu dikeluarkan tepat seminggu selepas MB Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini pada masa yang sama, Jumaat lepas. Untuk maklumat lanjut, rujuk TheMalaysianInsider. Nizar dalam fail rayuannya minggu lalu, mohon agar Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu yang mengisytiharkan DS Zambry Abd Kadir (BN) sebagai MB Perak yang sah. Peguam Nizar menjelaskan hari ini bahawa mereka berharap mendapat 3 jilid penghakiman bertulis secara berasingan petang ini - setiap satunya dari 3 orang panel hakim kartun yang mendengarkan kes Nizar vs Zambry tempohari. Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Ketika itu 3 orang panel hakim mangkuk - Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah berjanji untuk menyediakan asas keputusan penghakiman mereka dalam tempoh seminggu selepas memberi keputusan penghakiman lisan tempohari - tetapi GAGAL. Pasal itu aku panggil depa bertiga itu hakim mangkuk dan kartun. Janji tak boleh diharap! Isu penghakiman bertulis tak keluar-keluar sejak sebulan sampai kecoh ini, walau bukan keperluan bagi kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, adalah penting untuk mengenalpasti kunci sebab utama mengenepikan rayuan Nizar vs Zambry tempohari. Tapi sayang, Nizar terpaksa membuat rayuannya yang dah tiba tarikh akhir Jumaat lalu, dengan mengemukakan persoalan yang terawang-awang; diakibatkan penghakiman bertulis 3 mangkuk itu masih belum keluar. Confirm, kalau tak mereka bertiga itu lembap - ianya adalah sabotaj. Dan petang ini, jika laporan penghakiman bertulis hanya satu jilid dikongsi bersama 3 orang hakim itu, semakin MANGKUK hakim-hakim berkenaan.
Berkaitan: 1. Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai? Bila Bahtera BN Belayar Berseorangan Penuh Kesunyian![]() Akhirnya jelas Pakatan Rakyat sebulat suara menolak sebarang konsep perpaduan dengan BN. Ketetapan dan keputusan yang diumumkan dalam sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen tengah hari tadi adalah termaktub. Pakatan says NO to unity government, aims to win federal power. Keputusan sudah jelas. Majlis Presiden Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Tidak lagi ada bincang kerajaan perpaduan. Full Stop. Selain itu, isu krisis keyakinan terhadap Timb Presiden PAS juga telah berakhir. TU Nasha dah bertemu TG Nik Aziz petang tadi, dan setelah dua jam di Pejabat Agong Pas di ibu negara - akhirnya TG Nik Aziz menarik balik segala kenyataannya terhadap Nasha, tidak berbangkit lagi. Fuuh.. Akhirnya kiambang bertaup semula di tasik PAS yang berkocak seminggu dua ini. Syukur Alhamdulillah. Perkembangan ini amat menarik dan amat dialu-alukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat. Berikut beberapa 'quote' dari parap pemimpin PR: TG Haji Hadi: Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan. Anwar Ibrahim : Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang. Salahuddin : Kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermakna tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. .. akan membuatkan Umno kelemasan. Mahfuz: Umno kini kehilangan' tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan. TG Nik Aziz: Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.Ooops.. tertinggal lagi satu orang.. Najib: BN can go it alone (TheNutGraph)... Tidak timbul soal BN lemah (mStar).. Kih kih. Najib stays open, even as PR slams the door (TheMalaysianInsider). Kih kih. PAS suggested Unity Government, not BN (TheEdge).. Peliknya.., tiada sebarang berita tentang isu ini pulak dalam Bernama, awat jadi lagu tu? Kih kih kih. Entah-entah.. esok janganlah pula tak ada pun cerita pasal Kerajaan Perpaduan dalam suratkhabar. Tapi kira orait la tu.. Najib masih cuba kontrol macho.. masih cuba kontrol hensem.. juga masih menaruh sedikit harapan... hihi. Ya, Najib ditakdirkan akan terus membawa bahtera nak karamnya ke destinasi yang tidak pasti. Selamat maju jaya, salam sejahtera. Bye bye. PAS Johor - 8 Pemuda Ditahan Isu PPSMI - Di Mana Bloggers?![]() Terbaru malam ini, Malaysiakini melaporkan polis menahan dan mengambil keterangan 8 orang pemuda PAS kerana mengedarkan risalah anti-PPSMI di pasar malam petang tadi. Setelah hampir 4 jam di balai polis, dibebaskan pada 8.15 malam. Empat darinya adalah exco Dewan Pemuda PAS JOhor, termasuk Ketua dan Naib Ketua Pemuda. Ok, itu cerita pertama. Cerita kedua pula, pada malam ini, PAS Johor dan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menganjurkan ceramah sempena 100 hari kejayaan menganjurkan demonstrasi besar membantah PPSMI pada 7 Mac lalu. Bertempat di Kampung Parit Bilal, Batu Pahat pada malam ini, Sasterawan Negara, A Samad dan naib presiden PAS, Salahuddin Ayub akan memeriahkan pentas ceramah. Bagi aku, isu PPSMI adalah isu nasional. Semua negeri sudah alert. Walaupun usaha itu baik, bagaimana dengan isu di Johor? Kita juga perlu isu lokal yang ditulis oleh orang lokal. Aku tertanya-tanya.. kenapa aktiviti PAS-PR di Johor kurang pendedahan dalam media internet.. Adakah Johor hanya ada ramai bloggers pro-BN dan kekurangan bloggers pro-PR ? Aku rasa tidak.. Saudara-saudara di Johor, kerapkanlah posting isu di Johor. Ada 26 kawasan Parlimen, dan 56 DUN di sana. Agak mustahil semua kepimpinan UMNO di situ 'bersih, cekap dan amanah' dan bebas isu. Rajin-rajinlah posting, dan bertukar pautan dengan rakan bloggers negeri lain. UMNO Johor itu bukan sekuat mana sebenarnya - cuma mereka kurang dicabar isu. Siapa yang elok cari dan timbulkan isu? Tentunya orang Johor sendiri. Salam perjuangan. Siri Mesyuarat PAS Untuk Kukuhkan Parti Dan Pakatan RakyatLaporan Bernama: 17:43 PM terkini hari ini menyatakan PAS bakal mengadakan minimum 4 siri mesyuarat dengan rakan pakatan parti pembangkang dan pucuk pimpinan tertinggi bagi meredakan ketegangan berhubung cadangan perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Aku ringkaskan untuk memudahkan rujukan. 1. Mesyuarat 1 (PAS + PKR +DAP) Tarikh: 22/06/2009 | Hari: Isnin | Tempat: Parlimen | Masa: Tengahari Mesyuarat itu, yang juga yang pertama di kalangan gabungan parti pembangkang selepas Muktamar PAS awal bulan ini, akan menjadi venue bagi parti berkenaan menyatakan pendirian jelas tentang isu perbincangan perpaduan. PAS akan diwakili oleh Presidennya: TU Hj. Hadi, Timb. Presiden: TU Nasharuddin, SU: TU Mustapha Ali dan dua naib presidennya. 2. Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pusat PAS. Tarikh/Hari: Rahsia | Tempat: Ibu pejabat baru parti di Jalan Raja Laut | Masa: 8.30 malam TU Mustafa enggan mendedahkan butiran mesyuarat itu. "Lazimnya, kami akan berbincang dengan panjang lebar... ini pastinya akan menjadi suatu mesyuarat yang lama," kata TU Mustafa. Bagaimanapun, sumber dalaman menyatakan mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai bagaimana hendak meredakan keadaan berikutan cadangan kerajaan perpaduan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan yang naik berang dengan perkara itu. 3. Mesyuarat "Ukhuwwah" Tarikh dan Masa : Minggu Depan | Hari: Rahsia | Tempat: Rahsia Pertemuan membabitkan TG Nik Aziz, TU Nasharudin dan TU Hadi ini bagi membincangkan perbezaan pendapat berhubung isu perbincangan perpaduan. Mustafa tidak menyatakan bilakah mesyuarat itu akan diadakan tetapi menurut pemimpin parti, ia dijadual diadakan minggu depan. 4. Permukiman Khas Pemimpin Tertinggi PAS Tarikh: 18-19 Julai ; Hari: Sabtu-Ahad ; Lokasi: Dirahsiakan Permukiman selepas PRK DUN Manik Urai bulan depan dianggap sebagai langkah mengukuhkan perpaduan parti. Ketua Penerangan parti yang baru dilantik, Idris Ahmad, diberitakan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan acara itu. Komen Aku: Bagus! Kekuatan itu datang dari dalam. Jika dalaman tak kuat, tipu macamana badan besar pun, bengkeng macamana pun - orang tetap kata kita lembik. Kena bagi diri kuat dulu, baru PAS mantap.. baru Pakatan mantap.Cuma berkaitan Kerajaan Perpaduan, aku nak taruk cili sikit. Maafkan aku. Berkaitan UG - Kononnya SU PAS Mustafa kecewa ditentang sebelum ianya dibincang. Habis tu.. Siapa suruh tak bincang dulu.. yang mengarut bukak cerita pasal UG lepas muktamar baru ni.. siapa? Siapa suruh? Mula-mula kata nak berbincang dengan UMNO, lepas tu dah kata tak berminat bincang dengan UMNO. Cakap jenis main sedap saja.. dah kena bantai - menggelabah! Dulu, suruh pimpinan PR tutup mulut? Banyak cantik.. Bila TGNA tibai rapat, disokong pula oleh kenyataan rasmi 10 orang Ahli Parlimen PAS.. Amacam? Last-last, dia jugak yang cakap banyak. Sebagai kesimpulan, jika nak menyatakan sesebuah visi baru - biarlah bermula dengan penjelasan kepada kepimpinan tertinggi dulu. Bincang dan berbahaslah dulu di peringkat itu. Jika seguni benih main tabur sahaja di merata jalan, susah nak tumbuh.. tanah banyak yang keras lagi berfikir, bukan semua tanah jenis subur jenis terima buta. Jika benih tak mau tumbuh, bukan senang biji-biji benih tu nak dikutip balik. Jenuh dan payah.. Bagi aku, jika keputusan Muktamar tahun lalu untuk terus kukuh dalam Pakatan Rakyat dianggap sebagai surat pekeliling atau akta yang berkuatkuasa - ianya tetap perlu dipatuhi.. selagi belum dibuat pindaan, ditambahbaik atau dimansuhkan dalam Muktamar yang lain. Apapun, semoga barisan tertinggi PAS - TU Hadi, TU Nasha dan lain-lain terlibat belajar banyak dalam menangani isu-isu sebegini. Krisis Perak - Pengerusi Ketua Kampung PR Diserang Panggilan dan Surat LayangPADANG RENGAS - Berikutan kes saman yang difailkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 27 Mei lalu, Pengerusi Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Asit mendakwa menerima surat layang berupa kutukan dan panggilan dari orang yang tidak dikenali.Pandangan aku, orang yang tulis surat itu adalah orang Melayu. Yang call juga adalah orang Melayu. Partinya UBN. Kih kih kih. DS Zambry tak bising-bising, para balacinya pulak yang lebih-lebih. Ketua Kampung @ Pengerusi JKK BN kot. Kih kih kih. Ya lah, kalau kes menang dek PR, hilanglah fulus mereka RM600. Aku respect dengan Ketua Kampung PR, mereka cuma dapat RM200 sahaja dulu dari Kerajaan Negeri. Tapi mereka buat juga kerja mereka sebaik mungkin. Geng Ketua Kampung UBN dapat RM400 direct dari Kementerian Luar Bandar (tajaan DS Mat Taib), pun masih tak bersyukur. Sekarang mereka dapat RM600 (Pusat & Negeri) - APA KERJA YANG MEREKA BUAT? 'Ulamak - The MonologBerkaitan 'Ulamak, aku ada beberapa soalan yang cuba aku jawab: Mengapa Kelantan menang 5 penggal berbanding Terengganu?
Mengapa PRU12 BN lingkup 5 negeri dan hanya dapat simple majority?
Mengapa sebahagian Melayu tolak UMNO?
Mengapa Tn 'Ulamak Nasha & Tn. 'Ulamak Hadi suka UMNO?
Pasai apa Tn. 'Ulamak Nasha menang?
Pasai apa keputusan 1,000 perwakilan dikira lebih 6 jam? mengalahkan PRK Penanti yang 15,000 pengundi itu?
Adakah ada kemungkinan PAS boleh lingkup lepas ni?
Bagaimana dengan kemestian Kepimpinan 'Ulamak ?
Awat yang aku tengok hang nampak hanging semacam ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||



