Akhirnya jelas Pakatan Rakyat sebulat suara menolak sebarang konsep perpaduan dengan BN. Ketetapan dan keputusan yang diumumkan dalam sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen tengah hari tadi adalah termaktub. Pakatan says NO to unity government, aims to win federal power.
Keputusan sudah jelas. Majlis Presiden Pakatan Rakyat menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno. Tidak lagi ada bincang kerajaan perpaduan. Full Stop.
Selain itu, isu krisis keyakinan terhadap Timb Presiden PAS juga telah berakhir. TU Nasha dah bertemu TG Nik Aziz petang tadi, dan setelah dua jam di Pejabat Agong Pas di ibu negara - akhirnya TG Nik Aziz menarik balik segala kenyataannya terhadap Nasha, tidak berbangkit lagi.
Fuuh.. Akhirnya kiambang bertaup semula di tasik PAS yang berkocak seminggu dua ini. Syukur Alhamdulillah. Perkembangan ini amat menarik dan amat dialu-alukan oleh semua penyokong Pakatan Rakyat.
Berikut beberapa 'quote' dari parap pemimpin PR:
Peliknya.., tiada sebarang berita tentang isu ini pulak dalam Bernama, awat jadi lagu tu? Kih kih kih. Entah-entah.. esok janganlah pula tak ada pun cerita pasal Kerajaan Perpaduan dalam suratkhabar.
Tapi kira orait la tu.. Najib masih cuba kontrol macho.. masih cuba kontrol hensem.. juga masih menaruh sedikit harapan... hihi. Ya, Najib ditakdirkan akan terus membawa bahtera nak karamnya ke destinasi yang tidak pasti. Selamat maju jaya, salam sejahtera. Bye bye.

TG Haji Hadi: Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut. Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan.
Anwar Ibrahim : Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang.
Salahuddin : Kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermakna tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno. .. akan membuatkan Umno kelemasan.
Mahfuz: Umno kini kehilangan' tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.
TG Nik Aziz: Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.Ooops.. tertinggal lagi satu orang..
Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.
Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.
"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi.
Najib: BN can go it alone (TheNutGraph)... Tidak timbul soal BN lemah (mStar).. Kih kih. Najib stays open, even as PR slams the door (TheMalaysianInsider). Kih kih. PAS suggested Unity Government, not BN (TheEdge)..
Peliknya.., tiada sebarang berita tentang isu ini pulak dalam Bernama, awat jadi lagu tu? Kih kih kih. Entah-entah.. esok janganlah pula tak ada pun cerita pasal Kerajaan Perpaduan dalam suratkhabar.
Tapi kira orait la tu.. Najib masih cuba kontrol macho.. masih cuba kontrol hensem.. juga masih menaruh sedikit harapan... hihi. Ya, Najib ditakdirkan akan terus membawa bahtera nak karamnya ke destinasi yang tidak pasti. Selamat maju jaya, salam sejahtera. Bye bye.
salam. baguslah kalau semuanya berbaik semula.