Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Stadium Gong Badak - Di Mana Silapnya ?


Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu yang berharga RM270 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10-05-2008. Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak ini runtuh kira-kira jam 7.30 pagi Selasa 02-06-2009. Tak sampai setahun!

Innalillahi wa-inna ilaihi rojiuun. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan. Syukur Alhamdulillah, runtuh stadium tu bukan masa ada pertandingan bolasepak. Masya Allah, kejadian tersebut menunjukkan betapa rakusnya prosedur pembinaan dijalankan. Nastaghfirullah - kita diperlihatkan impak negatif antara projek mega pemerintahan BN ketika itu. Subhanallah.

Kita tengok satu komen oleh seorang arkitek di Malaysia Waves:

saji said...

Satu cubaan arkitek tempatan anak Negeri Terengganu (ATANT) untuk meniru gaya atau style seni bina generasi baru yang dinamakan teknorganik atau seni bina high tech dalam bentuk organik bersekala besar yang dipopularkan oleh arkitek Renzo Piano, arkitek kelahiran Italy di sebelah Barat dan arkitek Kuisho Kurikawa, arkitek kelahiran Jepun di sebelah Timur.

Tetapi, dengan robohnya bumbung Stadium Gong Badak di Kuala ( Terengganu (SGBKT) pada pagi Selasa lalu yang merupakan elemen atau ciri utama seni bina gaya teknorganik, maka cubaan ATANT itu ternyata gagal.

Persoalan yang mungkin ditanya, mengapa arkitek Piano dan Kurikawa tidak gagal, tetapi ATANT gagal, dalam erti kata kedua-duanya itu tidak menghadapi masalah bumbung runtuh seperti yang dialami oleh ATANT? Jawapan saya ialah;

a)Arkitek Piano dan Kurikawa mempunyai kemampuan luar biasa dalam menghasilkan gaya seni bina teknorganik bersekala besar tersebut, khasnya dari segi kemampuannya menyediakan reka bentuk struktur bumbung besi dengan imput reka bentuk produk serta garapan ciri-ciri organik lengkap dengan detail2 sambungan yang menakjubkan hingga peranan jurutera struktur seperti dihadkan kepada tanggungjawab menyediakan saiz dan spesifikasi elemen2 dan komponen bumbung termsuk saiz bolt dan nuts.

Hendak percaya atau tidak, tanyalah kepada Peter Buchanan, seorang pengkritik seni bina tersohor yang banyak mengkaji dan menulis mengenai seni bina gaya teknorganik yang dihasilkan oleh arkitek Piano dan Kurikawa melibatkan bangunan Menil Collection, USA, IBM Travelling Pavilion, Italy, dan Kansai International Airport, Jepun yang dihasilkan oleh arkitek Piano dan bangunan terminal KL Sentral, Malaysia yang dihasilkan oleh Kurikawa.

Sebaliknya, ATANT hanya mempunyai kemampuan untuk menyediakan lakaran seni bina struktur bumbung SGBKT yang melengkung itu, dengan maksud beliau memerlukan sokongan kuat daripada jurutera struktur dalam kumpulan perunding beliau atau subkontraktor pakar bagi membantu beliau menghasilkan reka bentuk struktur bumbung yang beliau mahukan.

b) Arkitek Piano dan Kurikawa menggunakan struktur bumbung besi jenis TRUSS SYSTEM bagi bangunan masing-masing di atas yang dianggap amat sesuai bagi reka bentuk bumbung bangunan berupa organik dari segi mengurangkan ciri high tech, khasnya.

Sebaliknya, ATANT menggunakan struktur bumbung besi jenis SPACE FRAME SYSTEM yang bukan sahaja high tech bentuknya, malah sesuai bagi reka bentuk bumbung rata dari aspek kekuatannya.

Jika nak tengok foto-foto sensasi stadium runtuh ini, sila ke blog The Blog of My Life. Menarik. Ulasan beliau tentang faktor stadium runtuh akibat tembakan laser juga boleh ditimbangtara dan diambilkira oleh kita. Kih kih kih.

Komen aku pulak - selepas ini, jangan la Kerajaan BN tetiba kelam-kelibut nak buat mega project bina loji nuklear pulak! Nak bagi bunuh mati orang?
Selanjutnya »

DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu?

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik Pas setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.

Dalam penghakimannya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim Datuk S.Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, mendapati tidak ada perbezaan besar daripada segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

"Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada Pas). Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan," katanya dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Tengku Hassan menewaskan Datuk Wan Hisham Wan Salleh daripada BN dengan kelebihan 31 undi, tetapi BN menerusi ketua cawangan Umno Lorong Kemunting, Mahari Endut, memfailkan satu petisyen agar 127 undi pos yang ditolak pada hari pengundian itu, dikira semula.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak petisyen itu pada 22 Sept lepas kerana pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam mengendalikan undi pos itu.

(Sumber: Bernama -28/05/2009 - 14:12PM)
Baguslah BN kalah dalam petisyen di mahkamah tertinggi itu., tetapi aku tidak teruja sangat. Aku gusar la pulak, samada keputusan tersebut mengikut prosedur atau mengikut skrip ? Kih kih kih.

  • Ikut prosedur bermakna ianya diadili mengikut lunas perundangan yang sebenar dan seadil-adilnya.
  • Ikut skrip bermakna Kerajaan BN tak mau pilihanraya lagi di Terengganu. Dah tak tahan! Mana boleh tahan, 2-3 bulan sekali asyik pilihanraya. Kah kah kah.

Kaitan Dengan Isu Perak

Kita tengok pula krisis Perak. Adakah keputusan Mahkamah Persekutuan kelak bagi kes Nizar vs Zambry akan 'mengalahkan' BN seperti kes DUN Ladang? Hangpa teka! Bagi aku, skrip sudah ada untuk para hakim Mahkamah Persekutuan. Cuma berbeza sedikit , iaitu Zambry menang dan Nizar kalah. Tujuannya supaya tiada pembubaran DUN Perak, walaupun BN terpaksa tayang muka tak malu untuk 3-4 tahun lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi yang aku hormati, Tn. Hj. Abdul Aziz boleh mengeluarkan penghakiman bertulis sebanyak 78 halaman. Dia seorang saja hakim untuk kes itu. Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas tak buat penghakiman bertulis dalam penghakiman 5 minitnya, tetapi dibenarkan pula dek hakim Mahkamah Rayuan. Memang kartun. Mana pula penghakiman bertulis oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan tempohari? 3 orang pun tak boleh buat? Sememangnya tanpa penghakiman bertulis ini memang untuk melumpuhkan hujah para peguam Nizar di Mahkamah Persekutuan kelak.

Selanjutnya »