Anwar kena belajar dengan Probowo
5 days ago
|
Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts
Gangster UMNO Bukit Katil - Paranoid Menjelang PRU13Aku malas nak cerita banyak-banyak. Sebelum itu, kata PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'. Okay, mungkin itu hanya laporan sebelah pihak. Kemudian akhirnya sah. Pemuda Umno akui pecah meja DAP. Bukan itu gangsterisme ? Apa pasai? Jadi, aku semak di Laman SPR untuk ambil data PRU12 tahun 2008 tempohari. Dapatannya seperti berikut:
Apa hangpa rasa? aku rasa, UMNO dan BN Melaka sudah takut. Parlimen Bukit Katil hampir jatuh kepada PKR. DUN N.17 itu pulak, kawasan Ali Rustam. Dia nak bagi kawasan dia dan Parlimen kawasan dia kantoi? Kih kih. Di Parlimen Bukit Katil, ada 4 DUN. 2 DUN dah dipegang DAP, tinggal 2 sahaja lagi BN pegang. Kalau kawasan DAP, dia tak kisah. Tapi kawasan UMNO yang dia amat risau! Parlimen - UMNO nyaris kalah dengan PKR. Kawasan yang dimenangi DAP, bukan calon UMNO bertanding. Selain kerusi Parlimen, yang dia takut ialah 2 kawasan DUN UMNO tu, sebab yang tu vs PAS. Dan undi PAS makin meningkat.. PRU 12 di Melaka menyaksikan sedikit kejatuhan BN di Melaka antara 2004 dengan 2008. Jika tahun 2004 dulu, BN sapu semua 6 kerusi Parlimen, tetapi pada 2008 - hanya tinggal 5 Parlimen milik BN, 1 dah jatuh ke tangan DAP (P.138 Kota Melaka). Dalam pada itu, P.137 Bukit Katil adalah yang paling hampir tumpas pada PKR dengan majoriti tak sampai 1,758 itu.. Manakala untuk DUN Melaka pula, BN masih kuat dengan menang 23 dari 28 dalam PRU12 tahun lalu. Tetapi terlepas 5 DUN pada DAP. Dua DUN di Parlimen Bukit Katil, dan tiga lagi di Parlimen Kota Melaka. Pada tahun 2004 dulu, BN menang 26 DUN dan DAP 2 . Dengan DAP, BN tahu tak boleh buat apa-apa. Dari 2 DUN 2004 dah naik jadi 5 pada 2008. Yang BN marah bila PAS sudah mula buat gerakan besar-besaran di Melaka. Macam kejadian kat pasar malam tu.. Kih kih. Depa takut 2-3 tahun lagi akan terjun seperti Si Luncai BN Kedah, Selangor dan Perak. Ini satu statistik menarik berkaitan Ketua Menterinya sendiri, Ali Rustam. Tahun 2004 dulu, dia menang N.17 Bukit Baru - majoriti 5,992. Kalau tengok jadual PRU12 kat atas tu.. dah susut banyak.. tinggal 2,708 saja pada 2008 lalu. Jadi, apa bakal terjadi dalam PRU13 nanti? Kih kih.. Kejatuhan majoriti BN di Melaka bukan hanya di Bukit Katil sebenarnya, malah seluruh negeri (state-wide) samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Tu pasai ada yang nak pulun projek cepat-cepat sikit. Maka, jelas UMNO dan BN semakin takut.. paranoid. Kemudian marah tak ketahuan, kacau dan nak pukul orang. Tak dapat pukul orang, pukul meja pun jadilah. Kih kih kih. Itulah UMNO Kartun. Dulu bahan caci maki orang, kini jadi bahan ketawa pula. Buruk kelaku sungguh. Diskriminasi Agihan Peruntukan Negeri Pembangkang![]() Anwar Ibrahim membidas Kerajaan kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah. Berdasarkan peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Anwar berkata demikian sebagai Ketua Pembangkang semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini. Isi buah silatnya ialah mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan! Susunannya cukup celaka! Hangpa nampak susunan yang cukup tak logik. Di mana Sarawak dan Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka? Okay, itu berkaitan peruntukan perkapita Persekutuan. Bagaimana pula dengan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi versi Najib ? Kajian Kes - Diskriminasi Peruntukan Pulau Pinang Aku ambil contoh ini dari laporan TheNutGraph hari ini. Berdasarkan data diperolehi dari laman web Perbendaharaan, Pulau Pinang hanya menerima 0.8% daripada keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi persekutuan RM60 bilion. Steven Sim, Timb. Pengerusi DAP Jalan Tembikai menyatakan bahawa Pulau Pinang yang menyumbang kira-kira 30% jumlah eksport negara, sedangkan dana pembangunan Pakej Rangsangan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang cuma RM75.51 juta sahaja. Sim berkata, PM perlu pertimbangkan sumbangan negeri dan rakyat Pulau Pinang semasa memperuntukkan pakej rangsangan berkenaan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat permohonan peruntukan sejumlah RM11 bilion untuk 21 buah projek kritikal di Pulau Pinang, termasuk projek monorel (RM2.5 bilion), Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (RM1.5 bilion) dan projek pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.1 bilion). Ini semua ke arah memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hub ekonomi yang kompetitif di rantau ini. Sebelum ini, bagi menangani krisis kewangan global, kerajaan persekutuan melancarkan pakej rangsangan ekonomi sulungnya bernilai RM7 bilion pada 4 Nov 2008 dan kali kedua pada 10 Mac, 2009 berjumlah RM 60 bilion. Pada 15 Jun, 2009, si PM Najib mengumumkan di Parlimen bahawa hampir 100% atau RM6.95bil pakej rangsangan sulung telah diagihkan. Hrm.. macamana la Najib nak jaga ekonomi ni. Padan la dia nak Omar Mustapha Ooi jadi Pengarah Petronas.. kot-kot senang tarik duit cilok ke Persekutuan. Nasib baik ahli Lembaga Pengarah Petronas cerdik-cerdik belaka, bukan 'yes man' semuanya. Pada pandangan aku, bila Kerajaan BN semakin zalim, dia menuju ke zaman kehancurannya. Mengapa masih berpilih kasih.. mengapa masih menganak-tiri.. sedangkan semua rakyat setiap negeri adalah rakyat mutlak negara ini. Mereka juga berhak menerima kasih sayang seadilnya dari Kerajaan Pusat. Seharusnya Kerajaan Persekutuan mengalirkan dana awam berdasarkan keperluan ekonomi dan sosial rakyat, bukannya sebagai hadiah atau hukuman politik. Kerana itulah antara komen Lee Kuan Yew (Penasihat Singapura) dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini turut memberi komen tentang prasarana awam Pulau Pinang yang boleh dan perlu dipertingkatkan. Adakah BN masih nak kata Lee Kuan Yew tak berhak komen tentang negara ini? Atau BN memang masih tak tahu malu! DUN Jawi - PRK Lagi Di Penang?Hrm.. Jenuh la SPR... hehe. Kali ni geng DAP pulak buat hal di Penang. ADUN Jawi., Tan Beng Huat meletak jawatan tanpa tarikh. Baru saja 2 minggu PRK Penanti. Nak PRK lagi? Letih.. . ![]() Malaysiakini: By-election? DAP rep submits quit letterFakta Ringkas DUN Jawi DUN Jawi (N.19) adalah terletak dalam Parlimen Nibung Tebal (P.47), bersama N.20 Sungai Bakap dan N.21 Sungai Acheh. Dalam PRU 2008 tempohari, Tan Beng Huat (DAP) menang dengan majoriti 3,790 undi mengalahkan Tan Cheng Liang (BN). Peratus pengundi 79.84% dari 20,167 orang pengundi keseluruhan. Parlimen Nibung Tebal (P.47) dimenangi oleh PKR, Tan Tee Beng 3087 undi. N.20 dimenangi oleh PKR (majoriti - 2,067) manakala N.21 Sungai Acheh milik BN (majoriti 250 sahaja). Nampak memang DAP berani ber-PRK di situ jika berdasarkan keputusan undi PRU12 tempohari. Malam ni atau esok, tengok la. Tentu hebat media kerajaan - suratkhabar & televisyen kutuk PR. Dulu PKR, sekarang DAP pulak. Kat Penang semuanya pulak tu. Nak masuk 3 kali selepas P:Permatang Pauh dan DUN Penanti. Semuanya sebab perletakan jawatan. Cit. Kalau perletakan jawatan ADUN Jawi itu diluluskan oleh pihak kepimpinan DAP, menyaksikan sudah 2 rekod oleh DAP (termasuk Hee - Jelapang) dan 4 rekod oleh PKR - Dr. Azizah (P.Pauh), Fairus (Penanti), Jamaluddin (Behrang) dan Othman Jailu (Changkat Jering). Tang ni aku respect ADUN PAS satu Malaysia - tiada keluar parti, tiada yang letak jawatan. Tahniah. Teruslah berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas, penuh tanggungjawab. Hadi vs Karpal - Bila Hangpa Nak Berbaik ?Sejak dulu aku heran. Pasai apa kedua-dua ni susah sangat nak elok. Sorang tu Tuan 'Ulamak Islam , sorang lagi Tok Benggali Sikh. Kalau pasal tauhid aqidah, memang la patut. Tapi kalau dalam persefahaman pakatan politik, agak karut. Walaupun, aku geram jugak kat Karpal, tapi ada fakta-fakta dia yang boleh aku terima pakai. PAS nombor 3 ranking pemegang kerusi parlimen dalam PR. Kalau sedar hakikat itu, PAS sepatutnya berusaha mengukuhkan parti dengan memenangi lebih banyak kerusi lepas ni. Nak memenangi kerusi adalah dengan menambahkan jumlah pengundi PAS. Ingat - pengundi itu bukan semestinya ahli PAS, tetapi penyokong PAS. Kuatkan PAS, banyakkan kerusi dimenangi PAS dulu - barulah kukuh. Untuk memenangi hati rakyat adalah dengan dasar visi dan misi yang jelas dan boleh dicapai (attainable), serta boleh diterima (acceptable). Bukan cakap sesuatu yang kabur sebagai dasar, malah mengundang sakit hati dan kepala orang yang mendengarnya. Pi la jenguk kedai kopi, apa orang cerita. PRU 10 (1999) Berbalik pada Hadi vs Karpal, cerita berbalah dah kerap dengar. Masa PRU 1999 - diruntun isu Anuar Ibrahim - Pembangkang menang banyak juga. Kelantan - menang lagi kepimpinan TG Nik Aziz tetap antara faktor dominan. Masa tu jagak PAS dapat Terengganu. Kali pertama. Ingat - bukan pasai PAS kuat, tetapi faktor Anuar. Orang BN pun pakat pangkah pembangkang masa tu - boleh kata 'nation-wide'. Di samping itu, sebab Pembangkang solid - 1 lawan 1 dengan BN. Ini dapat elak pecah undi. PRU 11 (2004) Sehari sebelum penamaan calon dalam PRU 2004, mula dah bergaduh. Isu Kerajaan Islam. Hadi kata Karpal & LIm Kit Siang 'dinosour' & 'ubat luput tarikh'; hah, elok.... mulut capui. Hadi bungkus di kedua-dua kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang di Terengganu pada pilihan raya umum ke-11. Sedangkan Karpal dan Kit Siang masing-masing menang selesa di Parlimen Bukit Gelugor dan Ipoh Timur. Walaupun naiknya PakLah 'MR CLEAN' sebagai PM dikatakan faktor utama BN menang besar waktu itu, tetapi cukuplah untuk TU Hadi sedar PAS di Terengganu tidak sekuat mana, walau di kawasannya sendiri. PRU 12 (2008) Hrm.. mungkin ada hikmah sebelum itu. TU Hadi timbang balik dan akhirnya penyatuan dalam PR adalah solid untuk PRU12 - 2008 lalu. Di samping faktor PakLah yang dikatakan 'flip-flop' dan kroni 'rasuah', hasil solidarity PR amat mengkagumkan. Hasilnya, 5 negeri dapat pada PR. paling menarik BN kali pertama cuma dapat simple majority di Parlimen. Dalam Muktamar PAS, dipersetujui PAS akan terus menyokong PR. TU Hadi dapat balik kerusi-kerusinya, tetapi Terengganu lebuh. Pelik.. Next PRU ? Harap oklah lepas tu. Tup..tup.. Selepas muktamar PAS baru-baru ni, mula dah balik... Pasal Kerajaan Perpaduan(UG). Woit, hangpa nak berpolitik secara matang ka tak matang? Nak bagi lingkup balik dalam PRU 13? Yang heran tu, pasai apa pemula cucuh api selalunya TU Hadi? Isk..
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP