Anwar kena belajar dengan Probowo
5 days ago
|
Showing posts with label Wilayah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Wilayah Persekutuan. Show all posts
Protes Rosmah Di UM - 2 Ditangkap, 3 Lagi DicariTerkejut aku baca headline Malaysian Today pagi ini. Pasal bentuk tulisan artikel mirip pro-BN ini aku tak mau komen. Itu hak penulisnya. Yang aku nak komen adalah pasal perangai budak-budak universiti tersebut. (UM Today) - Media hari ini menerima perkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai. Protes jenis conteng @ grafitti ini bukan budaya kita. Itu model remaja Negro nakal pada dinding bangunan di Amerika dan budak nakal Malaysia di sekolah. Pelajar universiti sepatutnya bukan berkelakuan sebegitu. Sepatutnya lebih berhemah dan matang. Kenapa mereka jadi begitu.. ? Kalau nak aktif berpolitik, biar selepas selesai belajar. Tunaikan hasrat orang tua dulu. Tunaikan keperluan peribadi untuk bekerja dahulu. Baru betul. 500 Mat Rempit Pelumba Kereta Haram Ditangkap - Mana Khairy?Sebanyak 500 Mat Rempit dan pelumba kereta haram ditahan di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu-lintas bermula dari 11 malam tadi hingga awal pagi ini. Para pelumba haram itu termasuk yang di bawah umur terperangkap apabila semua laluan di situ dikepung sepenuhnya. Kira-kira 200 anggota polis trafik, narkotik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil bahagian dalam operasi bersepadu tersebut. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata dalam operasi itu didapati terdapat pelumba haram yang sengaja menggelapkan nombor plat kenderaan mereka, kononnya untuk menyukarkan pihak berkuasa mengesan pemilik kenderaan tersebut. "Kita mendapati hampir kesemuanya mempunyai kesalahan seperti mengubah suai enjin, tiada cermin sisi, plat nombor pendaftaran motosikal digelapkan, nombor casis palsu dan pelbagai lagi. "Kebanyakan Mat Rempit turut mengubah suai ekzos motosikal mereka," katanya. Sebanyak 115 motosikal serta empat buah kereta yang diubah suai turut disita oleh JPJ. "Kenderaan ini disita kerana tidak memiliki cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan kenderaan diubah suai tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," kata Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan. Beliau berkata sebanyak 30 buah kereta diberi notis untuk mengubah semula kenderaan mereka mengikut spesifikasi asal. (Sumber: Bernama) Tahniah & Syabas Encik Polis dengan tangkapan ini. Memang bagus jika kerapkan buat penguatkuasaan macam ni. Tiap-tiap minggu lagi baik. Bukan Sekali sekala, Dua kali Dua kala.. KIH KIH KIH. Tapi awat tak ajak En. Khairy sekali masa tu? Dia kan motivator @ pembela geng2 rempit ni. KIH KIH KIH. Ketua Pemuda kan? KIH KIH KIH. Ada kes rasuah tapi lepas kan? KIH KIH KIH. Terlepas ke Dilepaskan? KIH KIH KIH. .
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP