|
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Krisis Kewangan Global - Madoff Dipenjara 150 tahunTerbaru dari TheMalaysianInsider - 30/06/09 - 7:27am pagi ini, Bernard Madoff, 71, dihukum dipenjara 150 tahun - hukuman maksimum di atas jenayah jahat luarbiasa dalam penipuan terbesar pelaburan Wall Street bernilai USD 65 bilion. Krisis kewangan ini dikatakan terbesar sejak era Kemelesetan Besar 1930-an. Okay.. 150 tahun penjara. Ini bermakna kalau ikut hukum akal, dia bakal menamatkan hayatnya dalam penjara. Kecualilah dia dipanjangkan umur oleh Tuhan hingga berumur 221 tahun (Guiness World Record), dapatlah dia menjenguk lagi dunia pada tahun 2230 kelak. Kita pun entah dah tak ada.. Para pelabur yang tertipu bersorak dan bertepuk tangan ketika hakim Denny Chin menjatuhkan hukuman. Apa maknanya? Semua orang suka bila yang bersalah dihukum setimpal dan adil. Dengarnya Kerajaan BN juga memanipulasi wang rakyat Malaysia.. juga menyalahgunakan kuasa. Dengarnya juga, ada rampasan kuasa dan pemerintahan kudeta. Entah negeri mana tah.. dengarnya di Perak. Dengarnya juga ada negeri tidak diberi royalti minyak.. Kelantan rasanya.. Bagaimanapun, dengarnya pula.. tiada kes sebegitu pula di Malaysia..? Kerajaan BN menafikan. Kalau kes dibangkitkan di mahkamah, yang failkan kes silap-silap boleh dipersalahkan pula.. Ya.. kehakiman di bawah kerajaan BN. BN apa?.. BN Kartun. Adil? Piirah. Michael Jackson & Farah Fawcett Meninggal Dunia!Penyanyi pop Amerika, Michael Jackson meninggal dunia di UCLA Medical Center, Los Angeles ketika berumur 50 tahun. Sebelum ini, beliau didapati pengsan tidak sedarkan diri di rumahnya lalu dibawa ke hospital. Di hospital, beliau sudah dalam keadaan koma dan nadinya kian hilang dan tidak dapat dibantu oleh pakar paramedik. Berita berkaitan: 1. Michael Jackson dead at 50 - CNN 2. Michael Jackson is dead - TheMalaysianInsider 3. Michael Jackson has died - TheGuardianUK 4. Singer Michael Jackson dies - AlJazeera Dengarnya.. Michael Jackson dah memeluk Islam November lalu.Menurut Kompas, nama barunya Mikaeel. Wallahu A'lam. Di mana jenazah dikebumikan kelak akan mengesahkannya. Jika ianya betul, bolehlah sama-sama sedekah Al-Fatihah. Dan moga Allah mengampuni ruhnya. UPDATE! Rupanya hari ini seorang lagi artis pun meninggal - Farah Fawcett, 62. Dia ni dulu terkenal di tahun 1970-80an, antara pelakun utama "Charlie's Angle". Dia juga janda Lee Majors, aktor "Six Million Dollar Man". Aku suka sungguh cerita tu zaman dedulu. Ikuti cerita kematian kedua-dua mereka di TheStar. Hadiah Integriti Pulau Pinang - Mencegah Kemungkaran Dapat GanjaranSesungguhnya Allah menyuruh manusia menyeru untuk berbuat kebaikan ('amar ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi munkar). Berbuat baik buat untuk dapatkan ganjaran di dunia, kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Namun begitu, jika di dunia sudah diakui sumbangan kita dalam berbuat baik dan mencegah keburukan, ianya adalah keuntungan kebaikan yang besar. Menarik berita Bernama 12:42pm hari ini. ![]() PULAU PINANG, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.Tahniah Lim Guan Eng. Kekalkan pemerintahan berasaskan integriti dan amanah kerana Tuhan. Jika ada masa (tentunya ada), renung dan hayatilah ajaran Islam - moga2 Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya untuk kamu. Tahniah juga pada Yusof, harga diri manusia tidak ternilai. RM10,000 itu hanya kurniaan di dunia, semoga Allah tambahkan lagi di akhirat kelak. Kekalkan dan tingkatkan prestasi kerja kerana Allah, semoga kamu beruntung di dunia juga di akhirat. MALAYSIAN MIRROR - Laman Web Berita Online 30 Jun![]() Pengaruh media elektronik berasaskan laman web diakui memberi impak besar terhadap masyarakat di Malaysia. Persaingan semakin sihat. Portal-portal berita online alternatif seperti Malaysiakini, TheMalaysianInsider, TheNutGraph, The Edge Malaysia, mStar dan sebagainya telah mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Terkini, Bernama melaporkan pesaing terbaru sudah tiba - Malaysian Mirror. Laman berita online terbaru ini akan dilancarkan pada 30 Jun, 2009 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, kata editor Malaysian Mirror Francis Siah. Malaysian Mirror dikatakan dimiliki oleh beberapa pelabur. Beberapa bekas wartawan dari media tradisional akan menunjangi laman tersebut yang bakal dioperasikan oleh 15 orang staf editorial.Pelopor laman web berita online politik alternatif di Malaysia adalah Malaysiakini, yang mula beroperasi pada 20 November, 1999. Ianya digemari oleh ramai golongan muda dan dewasa kerana laporannya yang terbuka dan telus, jika dibandingkan dengan media berita tradisional online sedia ada seperti TheStar Online, Utusan Online dan NST Online. Kemudiannya, beberapa laman web lain yang berorientasikan berita mula ikut serta. Best kan? Semakin banyak media alternatif, semakin telus politik Malaysia. Aku tak nafikan, akan ada agenda di sebalik pemilikan laman tersebut. Itu yang aku tertanya-tanya.. adakah ianya pro-BN.. atau pro-PR.. atau pro-Mahathirisme sendiri. Atau mungkin juga.. puak yang geram dengan Malaysian Today. Kih kih kih. Apa-apa pun, semoga berita yang dipapar kelak adalah berita yang berkualiti, terkini, adil, telus dan menggambarkan hasrat rakyat dan para pemimpin tanpa bias di bumi Malaysia. Sama-sama kita tunggu 30 Jun nanti.. NASA Nak Bom Bulan ? Gila ApaBelek BHarian Online hari ni, jumpa artikel ini. Gila babi betul projek NASA made in USA ini. Sudahlah macam-macam kerosakan di muka bumi depa buat, sekarang nak buat onar di luar bumi pulak? Glokal? Aku copy-pastekan artikel itu, kerana BHarian selalunya tak sediakan arkib simpan artikel beritanya. Walaupun aku dah linkkan berita itu, biasanya selepas seminggu akan jadi 'broken link'.
Selanjutnya »
![]() Aku berdoa moga Allah gagalkan usaha mereka. Kerana Berebut Durian, Peneroka Maut Ditetak Jiran - Satu Analogi![]() KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Gara-gara berebutkan buah durian, seorang peneroka Felda Padang Piul, Jerantut, maut selepas dipercayai ditetak jirannya dengan sebilah parang, petang Selasa. Ketua Polis Daerah Jerantut, Pemangku Supt Jamaluddin Abd Rahman berkata kejadian berlaku pada pukul 1 petang apabila lelaki yang hanya dikenali sebagai Abdul Samad, 50, dipercayai berselisih faham dengan jirannya kerana berebutkan buah durian yang gugur di belakang rumah mereka yang tidak berpagar. "Kedua-dua mereka bergaduh di belakang rumah, di mana terdapat kebun buah durian yang tidak bersempadan, sebelum Abdul Samad ditetak di bahagian badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. [...] Mula-mula, Kita kata "Innalillahi wa-inna-ilaihi-roji-'uun". Kedua - Kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah itu. Ketiga - Berdoalah kita moga Allah mengampuni untuk yang telah meninggal, dan untuk jirannya yang masih hidup. Itulah kisahnya.. Pada agakan aku.. hanya kerana tiada pagar antara tanah kebun masing-masing sebagai sempadan. Tak tau la, ada batu penanda tanah atau tidak.. Dekat sempadan tanah masing-masing, ada pokok durian milik masing-masing sebelah menyebelah. Dahan pokok durian orang ni .. melintas atas tanah orang nu, dahan pokok durian orang nu pulak.. melintas atas tanah orang ni. Bila dah musim durian, adalah buah durian yang gugur antara kedua tanah kita itu. Bila bunyi 'dum', keduanya keluar dari dangau. Maka kedua-duanya kata, buah itu dia punya. Kesannya, seperti yang kita baca di atas tadi - bergaduh besar. Boleh tak kaitkan dengan Darihal Tanah Perpaduan yang tengah dok bising-bising la ni? Macam ni.. Katalah kita berdua tanah sebelah-sebelah. Dulu kita ada pagar, aku tau sini batu penanda tanah aku, ini pagar aku dengan hang. Hang pun macam tu. La ni.. oleh kerana kita bersatu untuk wujudkan Tanah Perpaduan, kita buang batu penanda, kita buang pagar antara tanah kita. Kita hidup sama-sama. Kita kan bersaudara? Baguslah. Itu masa kita bagus. Masa kita tak bagus? Itu masa anak-anak kita bagus. Masa anak-anak kita tak bagus? Kalau anak hang lintas masuk bantai semua buah pokok betik aku yang aku dah lama mengidam, termasuk yang putik pun licin.. ; Anak aku pulak lintas pi sana main tibai basikal anak hang sampai putus preweng, handle jadi kiat .. Apa macam? Tukang mengacum ada, tukang cucuk ramai pulak. Tambah pulak orang rumah 'pot pet pot pet". Hah.. lama-lama boleh kecundang Tanah Perpaduan. Baik kita pasang balik batu penanda tanah. Kita pasang balik pagar tu. Baru kena gaya, kan? Baguslah kalau betul beritanya begini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|





