Nizar Dihalau - Nasha Kata Apa? Aku Dah Kata!

Semalam aku buat artikel pasal Nizar Dihalau - Somebody Play It Safe.. Mungkin orang kata aku tuduh-tuduh. Mungkin ada yang perasan, tapi mungkin juga yang tak perasan. Tepat sangkaan aku, walau aku tak dok di Parlimen. Pasal sapa? pasal dia ni... kat sini.

KUALA LUMPUR, June 16 – PAS deputy president Nasharudin Mat Isa today denied that he had distanced himself from Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's action in Parliament yesterday, but refused to say whether he supports the Bukit Gantang MP. [...]

ADOI! Come on Tuan Ulama' Nasharuddin ! - As The Deputy-President - You can't answer even YES or NO for that simple question? For your own brother's sake? - who sails along with the same ship...

Setakat ni aku tak la kata "$%!^&*(#@#?$". Kena kawal diri. Cukuplah dulu. Cukuplah aku bermonolog lepas Muktamar hari tu.Sekurang-kurangnya bagi aku - nampak jelas 'pendirian'nya, termasuk kenapa Nizar tak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Nizar favourite aku serta ramai lagi seperti Poll di laman Perak-Express dan laman Cyberboron sebelum ini - Nizar diundi lebih 70% berbanding ramai calon lain. Tapi nak buat cemana, poll hanya sekadar poll. Orang atas tak nengok benda tu, kan diorang meeting sesama depa saja. Blog-blog ni amende nyer kan?

Tentang TU Nasharuddin ni, kalau korang kalau ada berhajat berikan pandangan, berziarahlah di ruang komen di laman blog dia ni. Tapi tak tau la, dia balas atau tidak. Sebab blog itu pun macam dah lama tak berusik. Kan sibuk... pasal apa tu? _____. Kih kih. Aku tak sebut UG pun.

Itulah agaknya berita pasal YouGee - Najib anggap PAS ikhlas, sedia bincang, dikuti pula oleh kenyataan TU Nasha sambut baik reaksi Najib tu.. Hangpa baca, timbang tengok la sendiri..

Hrmm.. tapi selain TU Nasha tu, ada lagi yang 'play it safe'.. (bukan wajah di laman ManjungMari atau PinkTurtle saja).. Depa masih nak main aci menyorok? MatSamanKati-PerakExpress dah cerita panjang.. seperti dalam tulisan dia dalam Barisan Perpaduan 1 dan Barisan Perpaduan 2. Tengok apa TU Hj Hadi cerita pasal UG pada student oversea (bukan kat ahli PAS di Malaysia) 2-3 hari lepas. Tengok apa planning MIO (Military Intelligence) nak melingkup semua negeri di bawah PR. Bacalah kat situ. Setiap pautan link, kena baca. MSK ni, lagi power - dia suruh bukan baca saja, dia suruh pi berjalan cari sendiri sumbernya supaya fakta lagi sahih.

Kendian, jenguk-jenguk kisah 'diehard-blogger' Bakaq - Penarikbeca yang nanti menyambung pada Sheih-Kickdefella, juga dengan kisah menakjubkan. Mereka ini jenis bersungguh-sungguh mencari fakta bukti dalam tulisan, kita cuma perlu baca saja, bukan susah pun.. Bukan mesti percaya semua, tetapi baca untuk mengetahui belajar sesuatu yang di luar jangka. Aku ulang, jangan percaya bulat, tapi kena pikiaq. Pasai tu Tuhan bagi kita akai.

Agaknya mengapa Allah SWT menyuruh kita 'BACALAH' sebagai ayat pertama diwahyukan untuk Nabi Muhammad dan seluruh umat.. Mungkin agar kita tak buta hati walaupun kita ada mata. Wallahu A'lam.

2 comments:

  • 1. Patutkah Presiden meneruskan perbincangan dengan UMNO kalau majoriti ahli Pas tak setuju.

    2. Sekarang President yang pilih pesuruhjaya Pas sesuatu negeri, kenapa hak ini tidak di berikan pada ahli. Takut suatu hari nanti Pesuruhjaya Pas negeri akan jadi Pesuruhjaya President.

    Fikir fikirkanlah perkara ini. Beringat sebelum kena , berjimat sebelum habis. Jangan tutup mata sebelah, bila dah terlewat nanti kena tutup mata dua belah seperti rakan kongsi BN

  • anon, salam. soalan hang, hang dah jawab sendiri sebenarnya. percaturan bab dasar, para perwakilan - exco - AJK pelbagai Dewan - yang bijaksana dan bijaksini itu, depa boleh fikir, boleh usul, boleh bincang, boleh bahas. kalau depa mau.

Post a Comment