Sesungguhnya Allah menyuruh manusia menyeru untuk berbuat kebaikan ('amar ma'ruf) dan mencegah kemungkaran (nahi munkar). Berbuat baik buat untuk dapatkan ganjaran di dunia, kerana Allah adalah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran. Namun begitu, jika di dunia sudah diakui sumbangan kita dalam berbuat baik dan mencegah keburukan, ianya adalah keuntungan kebaikan yang besar. Menarik berita Bernama 12:42pm hari ini.
Tahniah juga pada Yusof, harga diri manusia tidak ternilai. RM10,000 itu hanya kurniaan di dunia, semoga Allah tambahkan lagi di akhirat kelak. Kekalkan dan tingkatkan prestasi kerja kerana Allah, semoga kamu beruntung di dunia juga di akhirat.
PULAU PINANG, 24 Jun (Bernama) -- Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan oleh seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu melibatkan RM500,000.Tahniah Lim Guan Eng. Kekalkan pemerintahan berasaskan integriti dan amanah kerana Tuhan. Jika ada masa (tentunya ada), renung dan hayatilah ajaran Islam - moga2 Allah mengurniakan hidayah dan rahmat-Nya untuk kamu.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lepas.
"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang di sini hari ini.
Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000.
Lim berkata laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan.
"Bagaimanapun, kakitangan terbabit telah menghilangkan diri," katanya.
Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.
Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.
"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya.
Tahniah juga pada Yusof, harga diri manusia tidak ternilai. RM10,000 itu hanya kurniaan di dunia, semoga Allah tambahkan lagi di akhirat kelak. Kekalkan dan tingkatkan prestasi kerja kerana Allah, semoga kamu beruntung di dunia juga di akhirat.
salam. memang ada dengar orang kata di jepun nampak nilai islam, walau muslimnya tiada. di malaysia, muslimnya ramai tapi nilai islamnya memalukan.