Terkejut aku baca headline Malaysian Today pagi ini. Pasal bentuk tulisan artikel mirip pro-BN ini aku tak mau komen. Itu hak penulisnya. Yang aku nak komen adalah pasal perangai budak-budak universiti tersebut.
Protes jenis conteng @ grafitti ini bukan budaya kita. Itu model remaja Negro nakal pada dinding bangunan di Amerika dan budak nakal Malaysia di sekolah. Pelajar universiti sepatutnya bukan berkelakuan sebegitu. Sepatutnya lebih berhemah dan matang.
Kenapa mereka jadi begitu.. ? Kalau nak aktif berpolitik, biar selepas selesai belajar. Tunaikan hasrat orang tua dulu. Tunaikan keperluan peribadi untuk bekerja dahulu. Baru betul.
(UM Today) - Media hari ini menerima perkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai.
Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan atas kejadian tersebut. Media walaubagaimana pun gagal mendapatkan penjelasan mengenai individu yang lagi masih dicari polis.
Dalam pada itu, media cuba menghubungi Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Dr. Ahmad Hidayat Buang dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar universiti tersebut, Datuk Prof. Madya Dr. Azarae Hj. Idris bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu yang membabitkan imej universiti terhadap tokoh tersebut, namun menemui kegagalan.
Setakat ini siasatan masih lagi diteruskan.
Terdahulu, Universiti Malaya gempar apabila tulisan tanda protes terhadap tokoh tersebut ditulis di Akademi Pengajian Islam. Rosmah Mansor yang datang bagi merasmikan Majlis Peramian ‘Gaza Di Bela’ anjuran badan antarabangsa, Power of 10 Sen walaubagaimanapun dipercayai tidak menyedari kejadian tersebut.
Wanita Pertama Malaysia tersebut sebelum ini telah digembar-gemburkan di internet melalui laman video YouTube menggunakan perkhidmatan bomoh dan pawang bagi menguasai kabinet kerajaan Malaysia, dan tingkah-laku suami beliau Dato’ Seri Najib Tun Razak khasnya.
Protes jenis conteng @ grafitti ini bukan budaya kita. Itu model remaja Negro nakal pada dinding bangunan di Amerika dan budak nakal Malaysia di sekolah. Pelajar universiti sepatutnya bukan berkelakuan sebegitu. Sepatutnya lebih berhemah dan matang.
Kenapa mereka jadi begitu.. ? Kalau nak aktif berpolitik, biar selepas selesai belajar. Tunaikan hasrat orang tua dulu. Tunaikan keperluan peribadi untuk bekerja dahulu. Baru betul.
kalau kat sekolah, patut kena besit rotan tu. kat universiti tak tau la pulak, boleh sabit kes jenayah.