Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Menang Presiden!

Mahmoud Mahmoud Ahmadinejad - Iran Election 2009
Yes! Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya setelah menang besar dalam Pilihanraya Presiden 2009. Ahmadinejad menang sebanyak 62.6% mengatasi pencabar terdekatnya, bekas Perdana Menteri Mir Hossein Moussavi (33.7%). Sebanyak 3.7% lagi dikongsi 2 calon lain - Moshen Rezaie dan Mehdi Karrubi. 84% dari 46 juta pengundi Iran menjalankan tanggungjawab mengundi.

Di Iran, calon mesti mendapat lebih 50% undian bagi jawatan Presiden. Jika tidak, pilihanraya ulangan dibuat Jumaat minggu depan - khusus antara 2 pemenang undi tertinggi. Bagaimanapun, Moussavi akan membuat bantahan kerana mensyaki berlaku penipuan.
[Foto: dari atas kiri ikut pusingan jam - Moshen Rezaie, Mahmoud Ahmadinejad, Mir Hossein Moussavi dan Mehdi Karrubi. ]

Berikut adalah pautan berita kemenangan tersebut:

1. (Al-Jazeera.net) - Ahmadinejad set for Iran victory
2.
(The Guardian.co.uk) - Ahmadinejad wins surprise Iran landslide victory

Apa-apa pun, semoga yang kalah di Iran dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tenang. Elakkanlah penyokong membuat kecoh, dan jangan digawatkan lagi dengan kempen tambahan. Ruang perjuangan adalah panjang, perjalanan masih jauh. Jangan rosakkan negara hanya kerana ketidakpuasan hati segelintir kalian.

Ini adalah kegembiraan dan kemenangan moral bagi aku. Pasai apa? Pasai aku memang sokong Ahmadinejad. Kih kih kih. Aku bersungguh mengikuti perkembangan dan sempat pulak (hehe) menulis 2 artikel khas tentang Pilihanraya Presiden Iran ini, kat bawah ni:

1. Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung
2. Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Mendahului

Nak tahu lebih lanjut kisah hidup Ahmadinejad, boleh sambung baca di Kelab Greenboc.

Koleksi menarik untuk kepuasan aku dan kemenangan aku. Semoga aku merasa lagi kepuasan dan kemenangan ini di Malaysia pula kelak. Insya Allah, mudah-mudahan.

3 comments:

Post a Comment