Kenapa Aku Geram Dengan Harakah Online.. Lembap!Hangpa nak baca artikel ini.. aku nak pesan awal-awal.. sila baca sampai habis. Batasan fokus artikel ini hanya tentang media elektronik politik di Malaysia dalam internet, bukan media cetak yang dijual di kedai-kedai. Aku tidak tahu jika hanya aku sahaja perasan isu ini. Tetapi mungkin ada yang sependapat dengan aku. Sesuatu yang aku 'hangat' dengan Harakah Online ialah berita pentingnya sering lewat diterbitkan. Bagi aku.. Harakah selalu terkebelakang sedangkan orang lain jauh terkedepan. Kalau dalam lumba lari, siapa yang selalu lambat.. tentu kena tinggal. Dia tentu kalah dalam pertandingan itu. Dalam artikel aku tentang isu cabaran perdebatan Nik Aziz vs Najib sebelum ini, Bernama keluarkan artikel pada 1.50 petang. Harakah pula 4.37 petang. Ianya isu panas, tentu aku gunakan sumber terawal. Bernama adalah agensi berita nasional - tentunya sumber maklumatnya ditapis dan sahih. Mungkin tulisannya akan pro-BN selaku kerajaan pusat, tetapi isinya tetap ada. Kalau berita bersumberkan media pro-BN seperti Bernama, BHarian atau Utusan - selalunya aku highlight-kan isinya dengan warna merah. Sebab dari situlah aku cungkil isunya.. dari situlah aku mengorak pencak.. dari situlah aku mula menulis. Aku suka nak rujuk Harakah dahulu. Tetapi bila tiada berita terkini untuk aku menyusun buah langkah, aku akan menerawang mencari media alternatif lain. Ada banyak.. dan mereka amat pantas. Kita ada pelbagai pilihan.. MalaysianInsider, Malaysiakini, mStar, NutGraph, TheEdge dan sebagainya. 30 Jun ni akan tambah lagi Malaysian Mirror... Aku juga suka baca berita luarnegeri macam CNN, TheGuardian, Reuter, Aljazeera. Aku ambil isi dan isunya saja. Aku juga jenguk-jenguk tajuk utama rakan-rakan Fellow Bloggers dalam blog aku.. supaya aku tak terlepas mana-mana isu di Malaysia. Itulah.. Sebenarnya banyak isi dalam media elektronik dari dalam dan luar negeri untuk dijadikan isu artikel. Dan sebenarnya banyak isi dalam media pro-kerajaan yang boleh dimanipulasikan untuk serangan balas. Peluru rifle mereka, boleh disambut dan dibaling balik sebagai mortar. C4 mereka boleh disambut dan dipunggai semula jadi bom atom. Aku tak faham kenapa ada pemimpin PAS saran jangan baca akhbar perdana. Takut apa..? Takut terpengaruh? Kita semua ada akal dan fikiran. Bila kita pergi pekan, memang ada kedai judi dan kedai arak. Arak dan judi memang haram, tapi kita bukan nak pergi situ..kita nak pergi kedai alatulis atau kedai perabot. Di pasar awam - memang ada peniaga Cina jual ayam tak sembelih, tapi kita bukan nak beli yang itu.. kita nak beli ayam peniaga Islam yang disembelih. Dunia ini memang begitu. Masing-masing kita kena pandai-pandai bawa diri, masing-masing kena jaga diri. Itu saja. Dalam setiap perang di zaman Nabi dan sahabat.. apabila tentera Islam menang, salah satu harta rampasan (ghanimah) yang diambil adalah apa?.. senjata musuh, perisai, baju besi, kuda. Pasai apa? Salah satunya - untuk digunapakai oleh tentera Islam untuk membantai balik kaum musyrikin dalam perang selanjutnya. Samalah juga dengan isi berita akhbar media perdana pro-kerajaan. Ambillah beberapa isinya untuk dibantai semula. Samalah juga dengan isi blog pro-BN macam Parpukari, Gomo, Perak Bangkit dan lain-lain telah digunakan oleh pejuang PAS di Bukit Gantang, seperti dimaklumkan oleh Cyberboron. Hasilnya.. berjaya! Tapi.. puak-puak atasan PAS tak tengok susah payah ini, masih kata.. bukan semua orang PAS tengok internet. Woit, nak menang bukan hanya cukup dengan undi ahli PAS! kena dapat sokongan orang bukan Islam, orang atas pagar dan orang yang tak ambil kisah pasal politik. Perbezaan motif politik parti bertanding kena dijelaskan secara berseni dan informal. Baru berkesan. Orang atasan PAS bukan kisahkan perang di alam siber ini. Pertempuran siber para pejuang Bloggers Network semasa PRK Bukit Gantang dulu hampir berlaku di alam nyata, kalau tidak kerana Geng BPN UMNO kecut. Ada orang atasan PAS tahu hal ini? hrmpph. Okey, kita patah balik isu asal. Macam isu Harakah ini.. bicara debat bermula dengan cabaran Mursyidul Am PAS sendiri. Takkan Harakah selaku tuan tanah @ tuan rumah sendiri lambat.. Di zaman ini kita kena pantas dan cepat. Adakah wartawan Harakah lembap atau terlampau berhati-hati? Wallahu A'lam. Di mana TG Nik Aziz berada, sepatutnya akan ada Setpolnya, akan ada wakil media rasmi partinya - Harakah. Sebab.. begitulah yang dibuat oleh pemimpin BN. Di mana saja pemimpin mereka berada, di mana saja sidang media mereka.. pasti akan dikerumuni para wartawan. Dalam pada itu, ada pemimpin PAS menyeru ahlinya agar kena baca akhbar Harakah sahaja. Apa ni? Dalam zaman sains teknologi ini, semua peristiwa berlaku dalam dunia setiap saat. Bukan beberapa hari sekali. Zaman media tradisional ini hanya untuk yang tak berkemampuan mengamati media internet. Kita faham.. bukan semua ahli PAS ada internet.. bukan semua tahu guna komputer. Tetapi jangan lupa.. ramai juga amat mahir dengan komputer dan internet. Sebab itu, banyak blog berfokus politik lahir. Lahirnya menambah rencah kari politik negara. Punya banyak blog menyokong Pakatan Rakyat.. tiada siapa suruh mereka memblog. Mereka ikhlas memblog. Ada yang guna platform percuma, macam aku.. malah tidak kurang pula yang membeli domain sendiri. Untuk apa? untuk kepuasan diri dalam meluahkan rasa hati terhadap perkembangan politik negara. Aku tak tau apa nak jadi kalau dalam internet ini, hanya blog-blog pro-BN sahaja yang beroperasi. Lingkup.. Bungkus. Bab media cetak, memang dah nyata. Aku ada komen tentangnya semasa dan selepas PRK Penanti tempohari. Sudahlah media cetak cuba mengherotkan fikiran ramai rakyat, janganlah media elektronik pula terpele'ot sama. Tetapi bagi aku, setiap hujjah media pro-BN, mesti ditangkis dan dibahas semula. Bukan hingga tak baca, biar dan buat tak kisah sahaja. Maaf, aku tegur Harakah Online. Bukan sebab apa, sebab nakkan PAS menang.. supaya akan wujud Kerajaan Islam di bumi Malaysia ini.. agar PAS pula di hadapan.. bukan lagi nun jauh di belakang. Dalam dunia ini, setiap teguran perlu diterima untuk kebaikan. Ada teguran berhemah, ada teguran tohmah. Sebab itu, Allah ciptakan adanya cili padi atau cabai melaka.. selain diciptakan-Nya manisan berupa gula dan gula-gula. Manek Urai - Calon PAS Fauzi, Calon BN Esok Menjelang hari penamaan calon PRK DUN Manek Urai pada 6 Jun ini, rakyat menumpu perhatian pada siapakah calon yang bakal bertanding. Semalam, TG Nik Aziz mengumumkan calon PAS di Kg. Manek Urai Lama di depan ribuan penyokong yang turut dihadiri kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS - TG Hj. Hadi dan Penasihat DAP - Lim Kit Siang.Calon PAS ialah Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50 seorang peniaga dan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Di samping itu, beliau adalah Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia DUN Guchil. Fauzi tinggal di Guchil tetapi mempunyai ramai keluarganya di Manek Urai dan dikatakan dikenali di seluruh DUN yang bakal ditandingi pada 14 Julai ini. Hj. Fauzi yang lebih dikenali sebagai "Abe Uji" telah mengorak langkah awal turun padang hari ini. Dia bertemu rakyat Manek Urai secara formal khusus dengan pelajar yang akan melanjut pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Kampung Ragu, di samping menyampaikan sumbangan bagi pihak Dun Manek Urai kepada lapan pelajar. Ya.. Tugas sudah bermula. Itu cerita tentang calon PAS. bagaimana dengan calon UMNO-BN? Sebelum ini, Perdana Menteri - Najib mengumumkan calon BN akan dibuat oleh Timbalannya pada hari Ahad. Hari ini, Muhyiddin mengesahkannya di Pagoh. Esok siapakah calon BN bakal diketahui. Politik Sebagai Satu Seni Bagi aku, politik ini suatu seni yang sukar ditafsir. Setiap keputusan, setiap hebahan malah setiap pertikaian dalaman atau luaran parti mempunyai tujuan tertentu. Ada yang tersurat, ada yang tersirat. Ada yang diikat, ada yang mengikat. Semasa PRK Parlimen Bukit Gantang dahulu, BN mula-mula gah mengumumkan Ismail sebagai calon BN. Media kerajaan memberi publisiti cukup hebat. Macam dia bakal menang mudah, atas kapasiti pengalaman kerja dan anak tempatan. Alih-alih, bila PAS buat pengumuman selepas itu bahawa DS Nizar sebagai calon (hari-hari terakhir sebelum penamaan calon) , pemimpin BN banyak yang mengkritik pemilihan itu. Mereka tahu Nizar adalah amat popular. bukan sahaja di Perak malah seluruh Malaysia. Mereka tahu calon BN bakal menerima tentangan paling sengit kerana isu krisis Perak yang baru berlaku. Ternyata, BN tumbang di Bukit Gantang. Kali ini, BN ubah strategi. BN umumkan selepas PAS mengumumkan calon mereka. Tentunya ada percaturan calon oleh kepimpinan BN setelah melihat siapa calon PAS. Dulu BN terkena di Bukit Gantang, maka diharap kali ini boleh mengenakan PAS pula di Manek Urai. Besar hajatnya.. kih kih kih. Apa-apa pun, bagi aku.. bila PAS berani buat keputusan awal.. bermakna PAS telah berani menerima risiko. Penolakan Kerajaan Perpaduan kembali mengutuhkan parti. Kawasan Manek Urai adalah ladang subur PAS. Sepertinya PAS dah bersedia menguburkan UMNO-BN sekali lagi di Manek Urai. Jika ianya berlaku, keputusan semua PRK sejak PRU12 Mac lalu bakal menjadi 6-1. Kita sama-sama lihat. PAS vs UMNO - Nik Aziz Cabar Najib Berdebat Secara Terbuka Di Manek Urai ?![]() Pertempuran politik PAS vs UMNO bukan sekadar untuk kemenangan kerusi di PRK DUN Manek Urai. Ianya adalah kemelut politik yang cukup lama, masih berterusan dan seperti tak berpenghujung. Terbaru, Bernama 1.50pm tadi melaporkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama antara Umno dengan PAS. TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berkata draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. "Jemputan itu sengaja dibuat memandangkan kekecohan yang berlaku dalam politik hari ini, terutama antara PAS dan Umno," katanya kepada pemberita selepas mengimamkan Solat Sunat Dhuha di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini Sabtu. Hadir sama pada majlis sempena sambutan Bulan Sembahyang itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. TG Nik Aziz berkata hasrat untuk mengadakan perdebatan itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah politik pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara yang berlaku sekarang tidak akan selesai hanya dengan menggunakan media sebagai saluran tetapi mesti dibincang secara berdepan. "Kita perjuangkan Islam tetapi UMNO yang menentang kita sehingga keadaan menjadi kucar lanar (kucar-kacir)" - TG Nik AzizHo.. ho.. bagus.. bagus. Amacam Najib? Debat, jangan tak debat! Berdegar biar berdepan, bukan berdegar di belakang. Sediakanlah fakta peruntukan kerajaan pusat dan isu royalti minyak hak rakyat Kelantan. Kalau boleh, buat kat Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam. Jangan, kat Terengganu - bumbung runtuh, nanti jadi modal kalah pulak. Kih kih kih. Untuk Najib dan balacinya.. Insentif RM300 supaya tak balik mengundi di Manek Urai ni, apa ceritanya..? - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Sumber berkaitan, rujuk artikel lewat 'Kenapa Umno tolak Islam' - Nik Aziz ajak Najib berdebat - Harakah-4:37pm. Protes Rosmah Di UM - 2 Ditangkap, 3 Lagi DicariTerkejut aku baca headline Malaysian Today pagi ini. Pasal bentuk tulisan artikel mirip pro-BN ini aku tak mau komen. Itu hak penulisnya. Yang aku nak komen adalah pasal perangai budak-budak universiti tersebut. (UM Today) - Media hari ini menerima perkembangan terkini berkenaan isu protes tulisan ‘Altantuya, C4, puaka, pembunuh’ yang ditujukan kepada Wanita Pertama Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor di Universiti Malaya tempoh hari. Menurut sumber polis, setakat ini seramai 2 orang individu telah ditahan manakala 3 lagi masih dicari bagi membantu siasatan.“2 individu yang ditahan tersebut ialah Mohd Izzudin Hilmi dan Mohd Sharuddin, masing-masing berusia 21 tahun,”ujar pegawai polis yang tidak mahu namanya disiarkan.Mohd Izzzudin Hilmi telah ditahan polis pada pagi Rabu lalu oleh pihak polis cawangan Brickfield berikutan dilihat berlegar-legar di sekitar akademi tersebut pada awal pagi hari kejadian. Kemudian, Mohd Sharuddin pula ditahan di kediamannya di Lembah Pantai. Protes jenis conteng @ grafitti ini bukan budaya kita. Itu model remaja Negro nakal pada dinding bangunan di Amerika dan budak nakal Malaysia di sekolah. Pelajar universiti sepatutnya bukan berkelakuan sebegitu. Sepatutnya lebih berhemah dan matang. Kenapa mereka jadi begitu.. ? Kalau nak aktif berpolitik, biar selepas selesai belajar. Tunaikan hasrat orang tua dulu. Tunaikan keperluan peribadi untuk bekerja dahulu. Baru betul. Diskriminasi Agihan Peruntukan Negeri Pembangkang![]() Anwar Ibrahim membidas Kerajaan kerana melakukan diskriminasi terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat kerana diberikan peruntukan perkapita paling rendah. Berdasarkan peruntukan per kapita mengikut negeri-negeri, negeri-negeri yang terbawah peruntukan, paling rendah ialah Pulau Pinang, kedua rendahnya Kedah, ketiga rendahnya Kelantan, keempat Selangor, kelima Perak. Anwar berkata demikian sebagai Ketua Pembangkang semasa perbahasan usul peruntukan semula peruntukan perbelanjaan 2009 di parlimen baru-baru ini. Isi buah silatnya ialah mengapa negeri-negeri Pakatan Rakyat duduk di tahap paling rendah dari segi peruntukan Kerajaan Persekutuan! Susunannya cukup celaka! Hangpa nampak susunan yang cukup tak logik. Di mana Sarawak dan Sabah, Negeri Sembilan dan Melaka? Okay, itu berkaitan peruntukan perkapita Persekutuan. Bagaimana pula dengan peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi versi Najib ? Kajian Kes - Diskriminasi Peruntukan Pulau Pinang Aku ambil contoh ini dari laporan TheNutGraph hari ini. Berdasarkan data diperolehi dari laman web Perbendaharaan, Pulau Pinang hanya menerima 0.8% daripada keseluruhan Pakej Rangsangan Ekonomi persekutuan RM60 bilion. Steven Sim, Timb. Pengerusi DAP Jalan Tembikai menyatakan bahawa Pulau Pinang yang menyumbang kira-kira 30% jumlah eksport negara, sedangkan dana pembangunan Pakej Rangsangan Persekutuan yang diperuntukkan kepada Pulau Pinang cuma RM75.51 juta sahaja. Sim berkata, PM perlu pertimbangkan sumbangan negeri dan rakyat Pulau Pinang semasa memperuntukkan pakej rangsangan berkenaan. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat permohonan peruntukan sejumlah RM11 bilion untuk 21 buah projek kritikal di Pulau Pinang, termasuk projek monorel (RM2.5 bilion), Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (RM1.5 bilion) dan projek pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.1 bilion). Ini semua ke arah memastikan Pulau Pinang kekal sebagai hub ekonomi yang kompetitif di rantau ini. Sebelum ini, bagi menangani krisis kewangan global, kerajaan persekutuan melancarkan pakej rangsangan ekonomi sulungnya bernilai RM7 bilion pada 4 Nov 2008 dan kali kedua pada 10 Mac, 2009 berjumlah RM 60 bilion. Pada 15 Jun, 2009, si PM Najib mengumumkan di Parlimen bahawa hampir 100% atau RM6.95bil pakej rangsangan sulung telah diagihkan. Hrm.. macamana la Najib nak jaga ekonomi ni. Padan la dia nak Omar Mustapha Ooi jadi Pengarah Petronas.. kot-kot senang tarik duit cilok ke Persekutuan. Nasib baik ahli Lembaga Pengarah Petronas cerdik-cerdik belaka, bukan 'yes man' semuanya. Pada pandangan aku, bila Kerajaan BN semakin zalim, dia menuju ke zaman kehancurannya. Mengapa masih berpilih kasih.. mengapa masih menganak-tiri.. sedangkan semua rakyat setiap negeri adalah rakyat mutlak negara ini. Mereka juga berhak menerima kasih sayang seadilnya dari Kerajaan Pusat. Seharusnya Kerajaan Persekutuan mengalirkan dana awam berdasarkan keperluan ekonomi dan sosial rakyat, bukannya sebagai hadiah atau hukuman politik. Kerana itulah antara komen Lee Kuan Yew (Penasihat Singapura) dalam lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini turut memberi komen tentang prasarana awam Pulau Pinang yang boleh dan perlu dipertingkatkan. Adakah BN masih nak kata Lee Kuan Yew tak berhak komen tentang negara ini? Atau BN memang masih tak tahu malu! Nizar vs Zambry - Mahkamah Rayuan Serah Penghakiman Bertulis 3.00 Petang IniAkhirnya Mahkamah Rayuan Putrajaya mengeluarkan asas penghakiman mereka tempohari dalam menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah pada pukul 3.00 petang ini. Penghakiman bertulis itu dikeluarkan tepat seminggu selepas MB Nizar Jamaluddin memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini pada masa yang sama, Jumaat lepas. Untuk maklumat lanjut, rujuk TheMalaysianInsider. Nizar dalam fail rayuannya minggu lalu, mohon agar Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum itu yang mengisytiharkan DS Zambry Abd Kadir (BN) sebagai MB Perak yang sah. Peguam Nizar menjelaskan hari ini bahawa mereka berharap mendapat 3 jilid penghakiman bertulis secara berasingan petang ini - setiap satunya dari 3 orang panel hakim kartun yang mendengarkan kes Nizar vs Zambry tempohari. Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang mengisytiharkan Nizar sebagai MB Perak yang sah. Ketika itu 3 orang panel hakim mangkuk - Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah berjanji untuk menyediakan asas keputusan penghakiman mereka dalam tempoh seminggu selepas memberi keputusan penghakiman lisan tempohari - tetapi GAGAL. Pasal itu aku panggil depa bertiga itu hakim mangkuk dan kartun. Janji tak boleh diharap! Isu penghakiman bertulis tak keluar-keluar sejak sebulan sampai kecoh ini, walau bukan keperluan bagi kes Nizar dibawa ke Mahkamah Persekutuan, adalah penting untuk mengenalpasti kunci sebab utama mengenepikan rayuan Nizar vs Zambry tempohari. Tapi sayang, Nizar terpaksa membuat rayuannya yang dah tiba tarikh akhir Jumaat lalu, dengan mengemukakan persoalan yang terawang-awang; diakibatkan penghakiman bertulis 3 mangkuk itu masih belum keluar. Confirm, kalau tak mereka bertiga itu lembap - ianya adalah sabotaj. Dan petang ini, jika laporan penghakiman bertulis hanya satu jilid dikongsi bersama 3 orang hakim itu, semakin MANGKUK hakim-hakim berkenaan.
Berkaitan: 1. Nizar vs Zambry - 11 Hakim Mahkamah Persekutuan 9-10 Julai? Bila Petronas Dah Tak Mau Dengar Cakap Najib..![]() Kih kih kih.. Menarik kisah di TheMalaysianInsider ini. Lembaga Pengarah Petroleum Nasional (Petronas) kekal dengan keputusan bulan lalu serta menolak secara 'lemah lembut' hasrat Najib nak letakkan seorang ahli politik sebagai Pengarah Petronas. Dalam mesyuarat semalam, lembaga pengarah tidak memperakui Omar Mustapha Ong sebagai Pengarah kerana 'kantoi' dalam perjanjian pinjaman biasiswa tajaan Petronas 2 dekad lalu. Muahaha. Yang kelakarnya, mesyuarat lembaga tersebut diarah oleh Najib sebagai PM untuk pertimbangkan sekali lagi keputusan mereka bulan lepas berhubung cadangan perlantikan Omar. Keputusan bulan lepas memang tak mau si Omar. Maka, lembaga itu cadang nak hantar satu delegasi bagi memaklumkan pada Najib berkaitan itu tidak lama lagi. Rombongan itu, khabarnya bakal diketuai oleh salah seorang pengarah Petronas, Abdul Kadir Kassim - seorang peguam kanan. Ya lah.. kenalah 'tolak secara berhemah'.. muahahaha Omar, 38 tahun, gagal menamatkan jumlah tahun perkhidmatan dengan Petronas atau mana-mana agensi kerajaan sepertimana yang tertera dalam perjanjian biasiswanya 20 tahun lalu. Petronas telahpun memulakan prosiding kes terhadap Omar pada tahun 2001. Tan Sri Hassan Marican, Presiden dan CEO Petronas, tidak mahu memberi komen berkaitan isu ini apabila ditanya oleh para wartawan semalam samada kemungkinan berlaku perubahan dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara itu. Pada Ahad lepas, New Straits Time tiupkan khabar angin ada seseorang yang Najib nak bubuh gantikan Tan Sri Hassan ini. Gila ke Najib? Punya bagus Hassan ni bawa Petronas sampai ke tahap sekarang, nak ditukar? Pada Isnin lalu, Tun Dr. Mahathir - Penasihat Petronas - sendiri telah menyindir rancangan Najib nak bubuh pembantunya ke dalam lembaga pengarah Petronas. Apa kata Mahathir? Apabila ditanya adakah wajar Najib "melantik seorang yang gagal menyumbang pada Petronas setelah diberi biasiswa oleh badan itu", Mahathir menjawab lebih kurangnya - "secara amnya saya boleh menyatakan adalah tidak bagus melantik orang sebegitu". Muahahaa. Dia muncul sebagai orang kepercayaan politik kepada Najib dan sering dirujuk untuk nasihat berkaitan hal-ehwal ekonomi dan kewangan. Dia berkelulusan Oxford dengan biasiswa Petronas, kemudian kerja sekejap dengan Petronas dan beberapa GLC. Kemudian menyertai McKinsey & Co, syarikat konsultan antarabangsa di London dan Malaysia. Dia keluar McKinsey pada awal 2002 untuk menubuhkan syarikat konsultannya sendiri - Ethos & Co - bersama beberapa teman rapat. Dua tahun kemudian, diambil oleh Najib yang ketika itu Timbalan PM menjadi pegawai khasnya. Berat.. dulu heboh si KJ teringin jadi PM sebelum berumur 40 tahun; sekarang ada orang lain pulak nak jadi CEO @ Pengarah Petronas sebelum 40 tahun jugak? Isk.. isk.. Bagi aku, bersyukurlah kerana Petronas ini termasuk dalam senarai 500 syarikat paling untung di dunia (Fortune Global 500). Dan semalam dalam laporan Bernama, Petronas dah buat pengumuman pendapatan tertinggi dalam sejarah penubuhannya, sebanyak RM264.2 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009, meningkat 18.4 peratus daripada RM223.1 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Hebat pencapaiannya jika dibandingkan semasa penubuhannya dulu bermodal RM10 juta sahaja.Hebat.. Nasihat aku, bila dah kaya.. Jangan lupa bayar zakat. Jangan lupa bersedekah. Jangan lupa bayar royalti minyak pada negeri yang berhak. Jangan lupa Tuhan - Dialah Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa. DIA boleh lungkupkan Petronas selungkupnya-lungkupnya sepertimana juga DIA boleh menaikkan Petronas setinggi-tingginya. Najib.. Pikiaq baik-baik. Michael Jackson & Farah Fawcett Meninggal Dunia!Penyanyi pop Amerika, Michael Jackson meninggal dunia di UCLA Medical Center, Los Angeles ketika berumur 50 tahun. Sebelum ini, beliau didapati pengsan tidak sedarkan diri di rumahnya lalu dibawa ke hospital. Di hospital, beliau sudah dalam keadaan koma dan nadinya kian hilang dan tidak dapat dibantu oleh pakar paramedik. Berita berkaitan: 1. Michael Jackson dead at 50 - CNN 2. Michael Jackson is dead - TheMalaysianInsider 3. Michael Jackson has died - TheGuardianUK 4. Singer Michael Jackson dies - AlJazeera Dengarnya.. Michael Jackson dah memeluk Islam November lalu.Menurut Kompas, nama barunya Mikaeel. Wallahu A'lam. Di mana jenazah dikebumikan kelak akan mengesahkannya. Jika ianya betul, bolehlah sama-sama sedekah Al-Fatihah. Dan moga Allah mengampuni ruhnya. UPDATE! Rupanya hari ini seorang lagi artis pun meninggal - Farah Fawcett, 62. Dia ni dulu terkenal di tahun 1970-80an, antara pelakun utama "Charlie's Angle". Dia juga janda Lee Majors, aktor "Six Million Dollar Man". Aku suka sungguh cerita tu zaman dedulu. Ikuti cerita kematian kedua-dua mereka di TheStar. Projek Aerorail Melaka RM1.5 Bilion - Ali Rustam Tentu Senyum![]() Hebat! Melaka terus hebat. Projek Sistem Transit Bandar Aerorail bernilai RM1.5 bilion dijangka bermula pada suku pertama tahun depan, demikian menurut pemajunya, Pyramid Express Sdn Bhd. Menurut Bernama 21:46pm malam tadi, 26 tren akan digunakan bagi laluan yang mempunyai 10 stesen dan pembangunannya terbahagi kepada dua fasa. Kata Pengarah Urusannya Lim Sue Beng, keseluruhan projek itu dijangka siap dalam 6 tahun. Fasa 1 - projek berharga RM500 juta bagi laluan sepanjang 7.8 kilometer dengan pembinaan tujuh stesen dan sebuah depot. Fasa 2 - berharga RM1 bilion - meliputi laluan sejauh 7.5 kilometer dengan pembinaan tiga stesen dan lain-lain. Sistem aerorail di Melaka akan dibina, dikendali dan diuruskan oleh Pyramid Express Sdn Bhd dengan bantuan ejen tempatan Aerobus International dari Houston Amerika Syarikat. Antara pembangunan yang dirancang ialah struktur, stesen dan depot Aerorail, hotel, pangsapuri servis dan kemudahan lain. Semasa pameran awam projek itu di ruang legar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu hari ini, Tok Ali Rostam semestinya dan tentunya hadir. Dia kan Menteri Besar. Kih kih kih. Kata si Ali, 10 Stesen itu ialah stesen Tun Ali (pusat bandar), stesen Chempaka, stesen Sentral, stesen Peringgit, stesen Kolej (berhampiran Kolej Yayasan Melaka), stesen MBMB, stesen MMU, stesen MITC dan stesen terakhir di kawasan Zoo Melaka. Hebat, bagus. Sempena pameran tersebut yang bermula Selasa lepas dan tamat pada 22 September ini, Ali Rostam mengalu-alukan orang ramai dialu-alukan memberi komen, cadangan dan bantahan terhadap projek ini. Baguih.. Okey, ni aku nak komen. Kalau Ali Rostam atau balacinya ada baca, tengok sini:
Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh orang tak kata.. Siapa lagi yang dimaksudkan dek Mahathir yang meluat '"ada orang masih menjawat jawatan penting sedangkan sah terlibat rasuah". Siapakah dia itu.. Tentunya seseorang yang kena cari duit banyak-banyak sekarang, bimbang digugurkan dalam PRU akan datang. Wallahu A'lam. Nik Aziz vs Harussani - Hujjah Siapa Yang Termantop?Semalam, Mufti Perak Datuk Harussani meluahkan rasa dukacitanya pada PAS. Lepas tu hari ni- Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz pula meluahkan rasa geramnya terhadap kenyataan Tuan 'Ulamak (TU) Harussani. Hujjah Harussani menurut Utusan Malaysia Online: Hujjah Nik Aziz pula, menurut Harakah Online: Okay, andaikata kita semua jadi hakim.. Setelah melihat hujjah masing-masing dua tokoh di atas.. apa pandangan kita agaknya.. ?
Guna Istilah Selsema Babi - Rais! Muahaha![]() Pernah tengok Rais Yatim kalau bercakap dalam televisyen? Kalau dia bercakap, kata-katanya penuh takzim, berhati-hati, bersukat-sukat dan bertimbang-timbang ala kati. Baguslah cara itu sebagai seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kih kih. Tetapi kata-kata takzim Menteri Penerangan itu tak diikuti dek pengacara televisyen sendiri. Pengacara tv lebih suka sebut Selsema Babi berbanding Influenza H1N1. Muahahaha. Dah tu pulak.. Bernama 20:01pm malam ini melaporkan bahawa Rais Yatim mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah 'selsema babi' bagi menggantikan istilah 'Influenza A (H1N1)' yang digunakan sekarang. Double Muahahahaha. Pening la Menteri Kesihatan. Pastu, Rais kata: "ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka". Triple Muahahaha. Wah, kalau selsema babi baru orang sedar? kalau Influenza H1N1 tu, orang tak kisah? Kih kih kih. Gunalah apa pun nama penyakit itu, ianya tetap penyakit merbahaya. Orang ramai memang dah lama sedar bahayanya. Yang tukang bawa penyakit itu, bukan orang miskin jelata - tetapi yang jenis keluar masuk ke luar negara. Sebenarnya penyakit paling bahaya ialah Wabak Penyakit Selsema Babi Politik Malaysia! Yang ini BN Kartun pula yang tukang bawanya. Bab yang ni, aku tak mau 'bermuahaha'. Yang ni aku nak maki... "Haram jadah". Isu Kerajaan Perpaduan - Komponen BN Pun CelaruSeperti biasa, aku tidak nampak bagaimana konsisten kerajaan BN. Sejak PPSMI, diikuti isu yuran sekolah, disambung terkini Kerajaan Perpaduan (UG). Sedia maklum bahawa Najib diikuti Muhyiddin amat mengharapkan UG dengan PAS. Bila PAS nakkan perpaduan itu mesti bersama PKR dan DAP, UMNO-BN jelas kecewa. Hari ini pecah berita bahawa di kala Bos BN cuba menjual konsep 1Malaysia, pemimpin parti komponen BN pula celaru dengan hasratnya berhubung visi UG itu. Berkaitan seruan Najib si PM agar PAS menimbangkan perpaduan untuk kepentingan Melayu-Islam, pemimpin MCA pula berpendapat sebarang perbincangan perpaduan perlulah untuk kepentingan nasional, bukannya perkauman. Dalam pada itu, pemimpin MIC pula berpandangan tiada masalah hasrat Najib dan UMNO itu, malah perpaduan dalam kaum terbesar itu boleh mengukuhkan lagi negara. Semalam Najib mengajak PAS melupakan perbezaan politik dan bekerjasama dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu-Islam. Dalam pada itu, Najib menolak usaha kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional-Pakatan Rakyat. Kih kih kih. UMNO hanya hanya berminat bersekongkol dengan PAS, dan ini yang menimbulkan kecelaruan di kalangan komponen bukan Melayu dalam BN. Pemimpin MCA seperti Naib Presidennya - Liow Tiong Lai, tidak mahu beri komen dengan kenyataan Najib tetapi katanya sebarang bentuk perbincangan perpaduan perlu berasaskan pluralisme. Liow, juga Menteri Kesihatan berkata, konsep UG itu sendiri asalnya dianjurkan oleh PAS secara kabur samada UG melibatkan hanya PAS-UMNO atau seluruh PR-BN. Pulak dah.. kih kih kih. Pandangan Liow disokong oleh pernyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Ketua Pemuda MCA yang lagi hebat. Kata Lee Ka Siong, MCA langsung tak pernah memikir sama sekali nak bersekongkol dengan DAP, berkaitan perpaduan masyarakat Cina di Malaysia. Muahahaaha. Di sebaliknya, pemimpin MIC pula berpendapat tak perlu risau dengan idea UG berasaskan kaum. Ketua Perhubungan MIC yang juga Timb. Menteri Wilayah Persekutuan, M. Saravanan - negara ini belum bersedia untuk UG pada masa ini, tetapi perpaduan di kalangan kaum majoriti adalah lebih patut diutamakan. Dia ni bersetuju sepenuhnya dengan UG versi Najib, cuma negara ini masih belum bersedia untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia. Ho ho ho.. itu pulak kata dia. Bagi Joseph Salang Gandum pulak, Ahli Parlimen Julau dari Parti Rakyat Sarawak (PRS), menyokong sepenuhnya seruan Najib ke arah perpaduan Melayu-Islam untuk mewujudkan 1Malaysia. Si Joseph ni lagi senang.. pandangannya tiada masalah langsung jika mana-mana kumpulan nak bergabung. Cuma yang dia tak suka ialah jika gabungan yang terbentuk itu menekan pula kumpulan lain. Muahaha. Itulah.. kisah BN dan komponennya. Si BN Kartun terjun dengan cerita-cerita lawaknya. Biarkan! Biarkan! Pemuda UMNO vs TG Nik Aziz - Bengkeng Tak KetahuanTak habis-habis cerita UMNO Kartun di Kelantan. Dulu, Muhyiddin buat lawak di Manek Urai - kemaruk Kerajaan Perpaduan.. Lepas tu, Mustafa Mohammad pulak - nak perjelas isu royalti minyak Kelantan. Kemudian Puad Zarkashi dengan kempen seru guru sokong BN. Pagi ini giliran Pemuda UMNO pula nak buat lawak di Kota Bharu. Ketua Pemuda UMNO Kartun di Kelantan yang bernama Anuar Safian bila bengkeng tak ketahuan - pergi buat laporan polis pukul 10.30 pagi tadi. Dia marah dengan kenyataan TG Nik Aziz yang kononnya menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis. Bagi mereka, kenyataan Mursyidul Am PAS itu berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat. Kih kih kih.. sikit-sikit laporan polis.. sikit laporan polis. Pergi failkan saman di mahkamah sajalah. Kan para hakim yang bijaksana bijaksini itu orang depa?.. Apa saja orang cerita.. terus naik darah. Maka nak tunjuklah bahawa Ketua Pemuda UMNO Kartun Kelantan adalah seorang berjiwa Melayu dan pejuang rakyat. Bila buat laporan polis, konon sudah memperjuangkan hak rakyat. Kih kih kih. Aku takut Anuar Safian ni jadi bahan ketawa orang macam cerita Hilmi Ismail yang konon nak jadi hero Melayu di Perak dulu. Yang aku rasa kelakar tu, bila Malaysiakini melaporkan bahawa Si Anuar Safian itu ke Balai Polis Kota Bharu pagi tadi dengan diiringi kira-kira 100 anggota pergerakan itu. Nak bagi hebat sikit, mereka bawa beberapa sepanduk mengecam tindakan PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Nak tunjuk bengkeng dan ggdebe ler tu.. Muahahaa.. marahkan PAS sebab bekerjasama dengan DAP dan PKR? Jadi PAS sepatutnya kena bekerjasama dengan UMNO dan BN? Macam tu? Kih kih kih. Kalau UMNO dan BN itu memang pemerintah yang adil, amanah sejak 50 tahun lalu - takkan ada Pakatan Rakyat. Kalau UMNO sanggup perjuangkan pemerintahan Islam di bumi Malaysia, takkan ada PAS. Jika tiada penindasan, kronisme dan pilih kasih sesama orang Melayu sendiri dalam agihan bantuan untuk kebajikan rakyat, Pakatan Rakyat takkan bising. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak membuli dengan tidak mengeluarkan peruntukan sepenuhnya kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain di bawah PR, tentu PR tidak bising dan marah. Kalau Kerajaan Pusat (BN) tidak menahan royalti minyak hak rakyat Kelantan dan Terengganu semasa di bawah kerajaan PAS, tidak akan jadi kegeraman memuncak di kalangan sebahagian besar rakyat seluruh negara. Musahabahlah diri. Adakah logo UMNO selayaknya 2 bilah keris antik.. atau 2 ekor kartun lebih sesuai.. Pada aku, BN semakin kartun dalam tindak tanduknya. Manek Urai - BN Umum Calon Ahad, PAS JumaatSeperti sedia maklum, PAS akan mengumumkan calon PRK DUN Manek Urai pada hari Jumaat - esok: 26/06/2009. Dalam pada itu, BN pula dijangka buat pengumuman pada hari Ahad ini - 28/06/2009. Najib berkata, pengumuman calon tersebut akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dia berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur lewat malam tadi. Dalam mesyuarat hampir tiga jam itu MT telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed. Menurut Najib, mereka telah berbincang dengan panjang lebar dan juga menerima pandangan serta input daripada sayap-sayap parti - wanita, pemuda dan puteri berhubung persiapan pilihan raya kecil Manek Urai. Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai. Sama-sama kita tunggu siapa calon berkaitan. Khabar angin dah banyak bertiup bagi kedua pihak.. tetapi pengumuman rasmi dari kedua parti itulah yang bakal mengesahkannya.Ketua Pemuda PAS - Pembantu Rumah Islam Hanya Untuk Keluarga Muslim![]() Aku bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) meminta kerajaan Malaysia tetapkan peraturan supaya pembantu rumah beragama Islam dari Indonesia atau negara lain hanya dibenarkan bekerja bagi keluarga Islam. Dalam pada itu, keluarga bukan Islam pula hanya dibenarkan mengambil pembantu rumah bukan Islam sahaja. Bagus cadangan ini. Menurut Ketua DPPP, Nasrudin Hassan - perkara itu dah pun beberapa kali disaran oleh DPPP serta beberapa NGO lain sebelum ini. Tujuannya agar isu penafian hak seperti dilarang bersolat dan berpuasa, tidak mendapat makanan halal, tempat tinggal yang selesa dan bersih dan gaji berpatutan dapat diselesaikan. Masalah ini kalau tak ditangani dan dibiarkan berlarutan tentunya dapat mengeruhkan hubungan antara Malaysia-Indonesia. Kesannya kita dah nampak berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah Indonesia baru-baru ini sampai Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno cadangkan pemberhentian penghantaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia buat sementara waktu. Selama hari di kawasan perbukitan aku, pernah dengar rungutan wanita Indonesia yang tidak bekerja di kedai dan restoran bukan Islam yang tidak tahan. Sudahlah di'abdi'kan secukupnya, hak bersolat tidak diendah, nak bertudung tak diberi. Binatang babi juga diperbabikan oleh tokeh mereka agar pekerja@abdi mereka menerima babi seperti tokey ini menerima babi sebagai sebahagian kehidupan babi mereka. Memang babi puak ini. Bagi spesis puak ini, aku memang suka dan bersyukur bila pekerja@abdi mereka berjaya melarikan diri. Pada pandangan aku, isu kezaliman majikan bukan Islam (yang terlibat) terhadap pekerja muslim ini, terbahagi kepada tiga:
Sememangnya Kerajaan BN - WAJIB - ambil tindakan. Jangan hanya nak kerajaan perpaduan, tetapi saranan untuk sama-sama mengajak kepada makruf dan mjencegah kemungkaran tidak mahu diikut. Bersatulah kepada Islam seluruhnya. Baru betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|











