Manek Urai - Apa Alasan AKIM Tak Bertanding? Kih Kih

AKIM mahu tumpu pilihan raya umum

Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Akim, Hanafi Hamat berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini.

“Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manek Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dengan ketiadaan Akim, pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah.


Kah Kah Kah. Ada satu alasan lagi yang dia sengaja tak nak bagi! "Kami tak mau kalah lagi.. Hilang wang pertaruhan.. RUGI. Buat penat saja kami ni.."

Cukup.. tak boleh gelak melampaui batas.

3 comments:

Post a Comment