PRK DUN Manek Urai - PAS vs BN - Satu Lawan Satu

Akhirnya SAH - PRK DUN Manek Urai adalah satu lawan satu. Pertandingan adalah antara Mohd Fauzi Abdullah (PAS) vs Tuan Aziz Tuan Mat (BN). Maka tibalah saat dinantikan. Satu minggu yang bakal padat dengan kempen, ceramah, perang poster dan kain rentang, lawatan ke rumah dan kedai kopi, sedekah sana dan sedekah sini, tabur sana dan tabur sini. Tentu menghiburkan di Manek Urai sehingga hari pilihanraya Selasa minggu depan - 14/07/2009.
KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Manik Urai Adnan Hussin mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada pukul 11.10 pagi di luar Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, di sini yang menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Tuan Aziz, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dan Mohd Fauzi, 50, menyerahkan borang pencalonan selepas itu.

Proses pencalonan itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.
Itu cerita dari Bernama, kih kih kih. Sedikit kecewa, aku tadi travel ke Utara berurusan beberapa hari - tak dapat ikuti lintas langsung dari PerakEkspress dan lain-lain. Setelah tengahari tiba, rupanya segala yang menarik sempena Hari Penamaan Calon dah selesai. Tak apalah.. apa pun semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah.

Apa-apa pun semoga bloggers di Manek Urai sihat, selamat dan terus bersemangat memaparkan kisah ceritera yang menarik untuk tatapan semua. Go Bloggers.

0 comments:

Post a Comment