Indeks Jenayah Kedah Turun 8% - Syabas

Indeks kadar jenayah di Kedah bagi tempoh separuh tahun ini turun 8.25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Beliau berkata jumlah kes jenayah turun daripada 7,185 kes dalam tempoh itu tahun lepas kepada 6,573 kes tahun ini, iaitu penurunan 612 kes.

Katanya walaupun Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi tetapi dalam tempoh separuh tahun ini, ia menurun sebanyak 83 kes iaitu 1,750 kes dilaporkan berbanding 1,833 kes tahun lalu.

"Kegiatan jenayah dapat dicegah jika ada perancangan yang sistematik dan komitmen masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Komuniti Simpang Kuala di sini Selasa.

Syed Ismail berkata kadar jenayah di kawasan bandar raya itu juga dijangka akan terus menurun ekoran kesedaran orang ramai membantu polis untuk mencegah jenayah.


Agak-agaknya adakah faktor Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (majoriti PAS) adalah salah satu Key Perfomance Indicators (KPI) bagi penurunan kadar jenayah itu? Jika TIDAK, sekurang-kurangnya orang Kedah semakin baik.. tahniah. Satu kejayaan juga bagi Kerajaan PR. Jika YA, sememangnya ia kejayaan yang membanggakan bagi Kerajaan PR di Kedah.

Aku hormat polis yang mendengar suara rakyat, juga rakyat yang turut menghormati polis. Win-win. Masing-masing menjalankan tugas dengan baik. Hubungan baik antara rakyat dengan polis mencerminkan kejayaan bersama.

Syabas rakyat Kedah. Kekalkan pimpinan negeri anda!

0 comments:

Post a Comment