Tak Habis Lagi Isu Kerajaan Perpaduan?

Macam-macam.. Mula-mula yang ini, semalam.

HENTIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN ATAU BERSEDIA UNTUK TINDAKAN DISIPLIN PARTI

JUMAAT, 03 JULAI 2009 | 10 REJAB 1430H

Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu hentikan serta merta sebarang perbincangan mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti. Keputusan yang telah disepakati dan diterima baik dan telah berjaya meredakan ahli dan penyokong seluruh negara. Oleh itu saya mengharapkan agar semua pihak mematuhi keputusan ini.

Sebarang huraian dan kenyataan yang
cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.

Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat. Kita telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan kita, apakah kita ingin mengundang ribut kali kedua?
Atas sifat Pengerusi Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkit lagi.

Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana. Pandangan dan niat baik kita, belum tentu diterima baik oleh orang lain, apatah lagi dalam suasana fitnah yang belum reda sepenuhnya ini. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w : "Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya."


DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Pengerusi Disiplin Parti


Itu kata Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS dalam blog dia. Masuk pulak dalam Sinar Harian 4/7/09.

Lepas tu, hari ni.. datang khabar dari Penarik Beca : Jangan lupa, Ketua Pemuda PAS tak tolak bincang perpaduan.

Maka, untuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Sesungguhnya Tuan tahu apa yang Tuan tahu. Tuan baru puji langkah Pemuda PAS vs Pemuda UMNO untuk Wacana Ilmiah Terbuka. Ni apa? Adakah ianya tak akan membawa isu ke benda yang Tuan larang itu.

Kalau ikut jawatan orang berkenaan dalam perkhabaran itu, memang BERAT. Tapi, rasanya ada lagi sebenarnya. Yang LAGI berat. Maka, apabila peringatan telah diberi, kelak janji Tuan mesti dikota. Jangan sampai orang semua kata, Tuan hanya pandai berkata..

0 comments:

Post a Comment