PPSMI : Kerajaan Bakal Terus Bazirkan Beratus Juta!

Hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi mengatakan pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta setahun. Sekali pandang, dengan angka itu nampak banyak juga wang kerajaan boleh diselamatkan. Tapi bila tengok dua kali pandang, nampak pula pembaziran beratus juta ringgit bakal terus berlaku hingga pemansuhan sepenuhnya tahun 2014.

Kata Si Puad, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu 5% tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10% pula untuk mereka berkelulusan diploma.

Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara.

Baik.. Maknanya fakta angka dari Si Puad itu menunjukkan sejumlah 107,986 (guru sekolah rendah) dan 52,170 (guru sekolah menengah) akan makan elaun buta (bukan gaji buta). Jika selama ini memang guru Sains Matematik tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, mereka akan kekal sebegitu hingga 2014. Jadi apa faedahnya elaun itu lagi?

Aku memahami jika pemansuhan PPSMI itu beransur-ansur untuk merangka semula kandungan pelajaran dan mengeluarkan buku teks baru. Tapi adalah lebih elok kalau guru-guru Sains Matematik ajar semua murid dalam bahasa ibunda terus mulai 2010, tahun depan. Elaun BISP dah boleh ditarik balik dan jimatkan RM40 juta setahun. Dari tahun 2010 hingga 2012 (tahun mula PPSMI mansuh berperingkat) saja sudah membazir duit rakyat lebih RM100 juta! Dalam pada itu, pemansuhan PPSMI sepenuhnya lambat lagi - tahun 2014!.

Susah ka? Ianya hanya ilmu hisab, ilmu kira-kira yang cukup mudah. Sebenarnya bukan susah nak jimat duit.. tapi lagi senang nak bazirkan duit. Tengin. BN Kartun.

Si Mahathir pulak, marah sungguh PPSMI nak mansuh. Dia buat undian di blog dia samada sokong atau bangkang pengajaran dalam BM. Tapi, 'poll' di blog dia macam tak boleh percaya.. orang boleh undi banyak kali. Undian pro-BI sentiasa bertambah setiap beberapa saat. Macam ada komplot nak naikkan undi saja, kih kih kih. Pi sana tengok..

0 comments:

Post a Comment