Misteri Peti Simpanan Tunku Terbongkar.. Kih kih

Misteri yang menyelubungi peti besi milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama terbongkar hari ini, Khamis 02/07/2009.

Ia mengandungi sembilan kotak yang menyimpan pelbagai barang milik Almarhum yang dipercayai dihadiahkan oleh pemimpin luar negara dan tempatan.

Penemuan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengarahkan pihak Arkib Negara membuka peti itu hari ini, yang merupakan salah satu artifak yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Berita mengenai peti misteri tersebut didedahkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris minggu lepas.

Pakar-pakar dari syarikat Chubbsafes menggerudi selama setengah jam sebelum dapat membuka peti Stafford buatan British seberat 300 kilogram itu.

Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu, Rais menemui sebuah jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya dari bekas Datuk Bandaraya New York, Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit dari Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan dari bekas Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.

Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65.

"Ada pihak yang mengatakan ia mengandungi dokumen-dokumen penting negara, tetapi nampaknya sangkaan Arkib Negara bahawa ia ada barangan bernilai adalah benar.

"Penemuan ini sangat bernilai dan kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua artifak yang dijumpai ini," kata Rais kepada wartawan yang turut dijemput menyaksikan isi kandungan peti tersebut.

Mengenai status hak milik artifak berkenaan, beliau berkata ia adalah hak milik negara.

"Semua artifak ini berkaitan dengan pemberian hadiah kepada negara dan akan menjadi milik negara manakala soal pemilikan peribadi keluarga tidak timbul setakat ini," katanya.

Rais berkata Arkib Negara juga diarahkan untuk menyenarai dan mengambil gambar semua artifak di dalam peti itu serta merta dan dikemukakan kepada Jemaah menteri sebelum dipamerkan secara rasmi sebagai warisan negara.

Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman beliau di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970.

Peti itu kemudiannya diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Resindensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara.

(Sumber: Bernama - 2/7/09 - 21:09pm)

Kih kih kih. Ingat berat 300 kg, kot-kot ada la emas 200kg kot.. boleh kenduri. Rupanya, Tunku nak bagi pelajaran kat UMNO.. jangan rosakkan harta negara.. nanti kerja sia-sia, tak dapat apa.. kih kih kih.

Si Rais - gerudi jangan tak gerudi. Harta negara walaupun peti besi memang perlu digerudi. Apa boleh angkut, mesti diangkut! Kih kih. Elok-elok peti itu disimpan, dah dirosakkan pulak. Lepas ni, peti nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga!

Sebijik macam UMNO Kartun buat kat negara Malaysia jugak. Kasi rosak semua. Gerudi jangan tak gerudi.. semua hak negara. Royalti tok sah bayaq, itu hak negara. Lepas ni, negara nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga!

Kepala hotak depa.

4 comments:

  • Salam..

    Memang tu la kerja UMNO parasit perosak Negara.

    Apa khabar Babi di Melaka ye..

    Senyap je cerita lawat sini...

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

    Naruto alu2 kan..

  • bodoh btul blog ni

  • memang bangang blog ni.
    depa bukak tu pon sebab golongan hampa la dok kata tuanku sembunyi dokumen penjajah dlm tu.Ada rahsia la konon.Tak bukak pon salah,bukak pon salah.Tulah perangai orang hamPAS.

  • salam naruto sensei. khabarnya babi di melaka sihat2. Ketua Menteri dia pun sihat2. pasai apa? pasai dia ada vaksin antibodi penyakit selsema rasuah. kih kih.

    salam anon 10:36 & 11:35; kalau blog ni bodoh, sapa suruh baca, sapa suruh komen? orang bodoh saja komen kat blog yang bodoh, kih kih kih. oh ya, kalau hangpa cerdik - tolong bubuh link blog hangpa.. aku nak melawat blog yang cerdik pandai tu. tapi jangan la, komen jenis moderate pulak. kih kih kih. aku nak tengok hangpa ni terlebih pandai ka penakut atau bacul?

Post a Comment