PPSMI - Projek Enjin Sangkut BN Yang Tersangkut

Hari ini, PPSMI sah akan dimansuhkan mulai 2012. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Muhyiddin, Menteri Pelajaran memberikan beberapa keputusan kementeriannya bagi bahasa digunakan untuk subjek Sains dan Matematik:
  • SK - BM akan menggantikan BI untuk mengajar dua matapelajaran itu.
  • SJK (C) dan SJK (T) - akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kerajaan mengakui PPSMI banyak kelemahan. Antaranya yang jelas ialah:
  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar semakin melebar sejak 2003.
    • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
    • Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
  • Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
  • Dalam kajian sama, didapati dalam mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.
  • Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
  • Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
  • Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Pemantauan kementerian pada 2008 mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
  • Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Terdapat beberapa komen berikutan keputusan kerajaan tersebut. Antaranya:

  • Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.
  • Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'. Ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi. Contohnya, pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

Kih kih. Itulah.. Projek kelam kabut, tentunya kesannya huru hara. Yang lingkup anak watan, yang untung hanya pihak kontraktor pembekal alatan PPSMI, 'orang-orang yang kowtim' dengan kontraktor dan guru PPSMI yang mendapat elaun tapi tidak bercakap BI.

2 comments:

  • udah le tu dengan PPSMI. Ape ke bendanya? Projek enjin sanngkut? Kah!Kah!Kah!!!!
    Gasak la depa...2012 baru mansuh kenyanglah guru yang dapat BISP. Sat-sat ni dah tentu depa tak kan mengajar dalam BI. Elaun masuk jugak....hampeh.

  • Suka ati engkaulah labu. Bahasa melayu tak blah. Bahasa inggeris jugak blah. Dah tukar enjin masih tak juga blah. DBP tak juga blah. Nanti rakyat makan asap juga labu.

Post a Comment