Isu Nik Aziz Gesa Nasha Keluar PAS - Di Mana Hadi?![]() Hari ini, laporan Malaysiakini terus memanaskan iklim politik Malaysia. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.Memang perkataan paling keras dari seorang Mursyidul Am PAS untuk seorang Timbalan Presiden PAS. Bagi aku, kalau TU Nasha seorang yang berhemah dan berhikmah - dia akan berjumpa personal dengan TG Nik Aziz. Adalah baik seorang yang muda bertemu dengan yang lebih tua. Berbicaralah sebagai seorang 'ulamak dengan seorang 'ulamak. Bincanglah secara berhikmah, ambil satu keputusan dan serahkan pada Allah. Jika nak berhujjah, hujjahlah sebagai orang-orang yang berilmu. Budaya cakap belakang di khalayak amat tak bagus - sehingga segala kebobrokan nampak makin kelam kelibut, makin haru biru. UMNO juga yang untung.. Bukan jauh sangat pun antara Bachok dengan Chempaka di Pengkalan Chepa. Atau mungkin TU Nasha tak suka berada di Kelantan, dan lebih suka ke Rhu Rendang di Marang. TG Nik Aziz juga pernah tersalah perkiraan berhubung pemilihan Ibrahim Ali (satu-satunya calon Bebas wakil PR) di Pasir MAS. TU Nasha juga tersalah perkiraan bila tidak ikut keputusan Muktamar tahun lalu. Kita semua adalah manusia, tidak sunyi silap dan salah. Berdamailah untuk kebaikan - bukan untuk keburukan. Masalahnya sekarang, di mana pulak pelopor UG @ Presiden Pas - TU Hj. Hadi la ni?.... harapnya janganlah seperti kanak-kanak bermain cucuh api di depan laman rumah. Bila terbakar serambi, cabut lari. Kerana Berebut Durian, Peneroka Maut Ditetak Jiran - Satu Analogi![]() KUANTAN, 16 Jun (Bernama) -- Gara-gara berebutkan buah durian, seorang peneroka Felda Padang Piul, Jerantut, maut selepas dipercayai ditetak jirannya dengan sebilah parang, petang Selasa. Ketua Polis Daerah Jerantut, Pemangku Supt Jamaluddin Abd Rahman berkata kejadian berlaku pada pukul 1 petang apabila lelaki yang hanya dikenali sebagai Abdul Samad, 50, dipercayai berselisih faham dengan jirannya kerana berebutkan buah durian yang gugur di belakang rumah mereka yang tidak berpagar. "Kedua-dua mereka bergaduh di belakang rumah, di mana terdapat kebun buah durian yang tidak bersempadan, sebelum Abdul Samad ditetak di bahagian badan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. [...] Mula-mula, Kita kata "Innalillahi wa-inna-ilaihi-roji-'uun". Kedua - Kita bacakan Al-Fatihah untuk arwah itu. Ketiga - Berdoalah kita moga Allah mengampuni untuk yang telah meninggal, dan untuk jirannya yang masih hidup. Itulah kisahnya.. Pada agakan aku.. hanya kerana tiada pagar antara tanah kebun masing-masing sebagai sempadan. Tak tau la, ada batu penanda tanah atau tidak.. Dekat sempadan tanah masing-masing, ada pokok durian milik masing-masing sebelah menyebelah. Dahan pokok durian orang ni .. melintas atas tanah orang nu, dahan pokok durian orang nu pulak.. melintas atas tanah orang ni. Bila dah musim durian, adalah buah durian yang gugur antara kedua tanah kita itu. Bila bunyi 'dum', keduanya keluar dari dangau. Maka kedua-duanya kata, buah itu dia punya. Kesannya, seperti yang kita baca di atas tadi - bergaduh besar. Boleh tak kaitkan dengan Darihal Tanah Perpaduan yang tengah dok bising-bising la ni? Macam ni.. Katalah kita berdua tanah sebelah-sebelah. Dulu kita ada pagar, aku tau sini batu penanda tanah aku, ini pagar aku dengan hang. Hang pun macam tu. La ni.. oleh kerana kita bersatu untuk wujudkan Tanah Perpaduan, kita buang batu penanda, kita buang pagar antara tanah kita. Kita hidup sama-sama. Kita kan bersaudara? Baguslah. Itu masa kita bagus. Masa kita tak bagus? Itu masa anak-anak kita bagus. Masa anak-anak kita tak bagus? Kalau anak hang lintas masuk bantai semua buah pokok betik aku yang aku dah lama mengidam, termasuk yang putik pun licin.. ; Anak aku pulak lintas pi sana main tibai basikal anak hang sampai putus preweng, handle jadi kiat .. Apa macam? Tukang mengacum ada, tukang cucuk ramai pulak. Tambah pulak orang rumah 'pot pet pot pet". Hah.. lama-lama boleh kecundang Tanah Perpaduan. Baik kita pasang balik batu penanda tanah. Kita pasang balik pagar tu. Baru kena gaya, kan? Baguslah kalau betul beritanya begini. Nizar Dihalau - Nasha Kata Apa? Aku Dah Kata!Semalam aku buat artikel pasal Nizar Dihalau - Somebody Play It Safe.. Mungkin orang kata aku tuduh-tuduh. Mungkin ada yang perasan, tapi mungkin juga yang tak perasan. Tepat sangkaan aku, walau aku tak dok di Parlimen. Pasal sapa? pasal dia ni... kat sini. KUALA LUMPUR, June 16 – PAS deputy president Nasharudin Mat Isa today denied that he had distanced himself from Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's action in Parliament yesterday, but refused to say whether he supports the Bukit Gantang MP. [...] ADOI! Come on Tuan Ulama' Nasharuddin ! - As The Deputy-President - You can't answer even YES or NO for that simple question? For your own brother's sake? - who sails along with the same ship... Setakat ni aku tak la kata "$%!^&*(#@#?$". Kena kawal diri. Cukuplah dulu. Cukuplah aku bermonolog lepas Muktamar hari tu.Sekurang-kurangnya bagi aku - nampak jelas 'pendirian'nya, termasuk kenapa Nizar tak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak. Nizar favourite aku serta ramai lagi seperti Poll di laman Perak-Express dan laman Cyberboron sebelum ini - Nizar diundi lebih 70% berbanding ramai calon lain. Tapi nak buat cemana, poll hanya sekadar poll. Orang atas tak nengok benda tu, kan diorang meeting sesama depa saja. Blog-blog ni amende nyer kan? Tentang TU Nasharuddin ni, kalau korang kalau ada berhajat berikan pandangan, berziarahlah di ruang komen di laman blog dia ni. Tapi tak tau la, dia balas atau tidak. Sebab blog itu pun macam dah lama tak berusik. Kan sibuk... pasal apa tu? _____. Kih kih. Aku tak sebut UG pun. Itulah agaknya berita pasal YouGee - Najib anggap PAS ikhlas, sedia bincang, dikuti pula oleh kenyataan TU Nasha sambut baik reaksi Najib tu.. Hangpa baca, timbang tengok la sendiri.. Hrmm.. tapi selain TU Nasha tu, ada lagi yang 'play it safe'.. (bukan wajah di laman ManjungMari atau PinkTurtle saja).. Depa masih nak main aci menyorok? MatSamanKati-PerakExpress dah cerita panjang.. seperti dalam tulisan dia dalam Barisan Perpaduan 1 dan Barisan Perpaduan 2. Tengok apa TU Hj Hadi cerita pasal UG pada student oversea (bukan kat ahli PAS di Malaysia) 2-3 hari lepas. Tengok apa planning MIO (Military Intelligence) nak melingkup semua negeri di bawah PR. Bacalah kat situ. Setiap pautan link, kena baca. MSK ni, lagi power - dia suruh bukan baca saja, dia suruh pi berjalan cari sendiri sumbernya supaya fakta lagi sahih. Kendian, jenguk-jenguk kisah 'diehard-blogger' Bakaq - Penarikbeca yang nanti menyambung pada Sheih-Kickdefella, juga dengan kisah menakjubkan. Mereka ini jenis bersungguh-sungguh mencari fakta bukti dalam tulisan, kita cuma perlu baca saja, bukan susah pun.. Bukan mesti percaya semua, tetapi baca untuk mengetahui belajar sesuatu yang di luar jangka. Aku ulang, jangan percaya bulat, tapi kena pikiaq. Pasai tu Tuhan bagi kita akai. Agaknya mengapa Allah SWT menyuruh kita 'BACALAH' sebagai ayat pertama diwahyukan untuk Nabi Muhammad dan seluruh umat.. Mungkin agar kita tak buta hati walaupun kita ada mata. Wallahu A'lam. DEMONSTRASI GMI 1 Ogos ? Tara Mana KitaDemonstrasi Gerakan Membasmi ISA (GMI) 1 Ogos 2009? Yang Tu. Demo Anti-ISA Esok 17 Jun 2009 ? Yang Ni.. Hangpa nak pi? Mai tengok sini Di mana kita, di mana orang lain.. Macamana kita punya, macamana orang lain.. Hebat tara mana kita, hebat tara mana orang lain... IRAN - TeheranPara penyokong calon presiden pembangkang, Mir Hossein Mousavi, yang mendakwa ada penipuan pengiraan undi dalam pilihan raya Jumaat lalu, keluar membantah pada rapat umum di Dataran Azadi (Kebebasan) di Tehran, Iran. 15/06/09. - Foto AP Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu? KOREA -PyongyangGambar yang diedarkan agensi berita Korea Utara, KCNA semalam, rakyat Korea Utara mengambil bahagian dalam perhimpunan penduduk Bandar Raya Pyongyang, bertujuan mengutuk Amerika Syarikat dan PBB yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas Korea Utara, di Plaza Kim Il Sung Plaza, Pyongyang. 15/06/09- Foto Reuters Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu? THAILAND - BangkokDemonstrasi PAD (The People's Alliance for Democracy) Di Sepanjang Sukhumvit Road (The Longest Road In Bangkok!). 20/10/2008 - Foto Flikr Berpuluh Ribu ka Beratus Ribu? MALAYSIA - Kuala LumpurDemonstrasi Mansuhkan PPSMI 07/03/2009 - Foto Tarmizi Dapat ka Target 100 Ribu hari tu? 1 OGOS 2009 ALANG-ALANG MENAPAK BERGERAK BIAR SAMPAI SENDAT TAK BERGERAK Boleh ka? Nizar Dihalau - Somebody Play It Safe..![]() Pagi tadi, Nizar (Bukit Gantang) baru angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen. Lepas tu laung melaungkan "Hidup rakyat, bubar DUN". Disambut pulak dek geng2 PR yang lain. Speaker Pandikar Amin lepas geram.. Nah, bukan Nizar saja, 6 orang lagi pun kena gantung 2 hari sidang parlimen. Alasan Speaker - "berkelakuan kasar" dan "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Selain Nizar (Bukit Gantang), ialah Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Siapa yang bela orang yang kena halau? Hangpa carilah sendiri. Kadang-kadang dalam dunia ni, ramai pemimpin 'play safe'. Biar orang nampak mereka tu baik, bukan jahat. Biar senang nak cakap: "orang tu buat, kami tak suruh. depa yang buat sendiri. dah salah, kena halau - tanggung sendirilah! lain kali, gatai la lagi." Salute to Datuk Mahfudz (Naib Presiden), Dr. Hatta & Dr. Zulkifly. My appreciation for backing up your friend Nizar. Your top brasses did nothing or did something? They was there. .. aint it? Kih kih. Tapi ya lah.. tak boleh kata macam tu. Mereka orang berilmu. Tentu ada alasan yang konkrit. Mereka berfikiran panjang, tentunya pakar strategi perang. Maka kita kena la hormat. Tak gitu? Nanti KAMI dakwahlah speaker dan orang-orang BN tu. Depa tu saudara se-Islam kita jugak. Perjuangan mengukhwahkan semua muslimin ini tentulah memakan masa yang panjang.. Sabar la.. Hangpa ikut la saja.. Jangan la pi kecoh-kecoh.. Tutup mulut. Woit, aku tgh tutup la mulut ni! Hrmpph.. Ong Tee Keat - Ahli Akademik Yang Terkantoi![]() Dari TheMalaysianInsider : Kih Kih Kih. Dia kata bubuh poll itu sejak PRU 2008 dalam personal blog dia. Lepas kena heboh dalam media minggu lepas, kelam kelibut pi buang. Dia kata itu tujuan akademik saja. Akademik hapa? Kalau akademik, biaq pi lah undian itu di situ sampai bila-bila. Lagi tepat tujuan akademik.. kalau niat nak ukur pandangan orang ramai, bukan ka. Nak takut hapa.. Takut orang kutuk? Kih kih kih. Ooo.. kata si Ong Tee Keat isu MCA konon nak keluar BN 'melucukan'. Aku tengok cara dia kelam kelibut buang poll tu lagi lucu! Kih kih. Nasib baik Tok Najib pi support dia, takut malu. Mengarut dua-dua tu. Lepas tu, buang butang pungutan suara saja? Tapi kalau KLIK kat sini - graf undian tu awat dok ada lagi? Akademik hapa.. akademik tengkorak chai dia. Skrip Khutbah Pilihanraya DUN Manek Urai Berdasarkan Pengisytiharan Mingguan Malaysia sempena Hari Minggu yang jatuh pada hari ini, maka dengan ini saya selaku Penyimpan Mohor BN Kartun ingin mengisytiharkan janji-janji Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed terhadap seluruh rakyat Manek Urai jika BN menang PRK DUN tersebut pada 14 Julai ini iaitu seperti yang berikut:
Sekian. Majulah Sukan Untuk Negara. Boleh bersurai. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Kih Kih Kih. Skrip Khutbah Pilihanraya Kecil tak pernah tukaq-tukaq ka? Dari zaman Tok Kaduk dulu. Skrip universal multi-purpose. Tukar nama kawasan saja, ubah tarikh, nama orang dan jawatan - dah boleh pakai untuk mana-mana PRK sekalipun. Kertas skrip dah lunyai kunin pun pakai lagi. BN kartun. Kih kih kih. PRK DUN Manek Urai - Apa Strategi Puteri UMNO Apa khabar Pakatan Rakyat Manek Urai? Bersiapsiagalah. Ketua Puteri UMNO - Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia telah pukul genderang perang. Bila bergerak, bermakna mereka telah merancang dan bersedia.Strategi Penubuhan 2 skuad utama: 1. Pasukan khas bloggers. 2. Pasukan jualan langsung produk BN dari rumah ke rumah. Misi Serampang Dua Mata: Menarik 3,000 pengundi wanita muda, tak lupa yang dewasa serta warga emas. Program Terhampir: 1. Tenaga puteri tempatan seramai 300 orang telah pun mula bekerja! 2. Mengadakan kursus dan program kepimpinan sebelum PRK. - - - - - -
Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Menang Presiden!![]() Yes! Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatannya setelah menang besar dalam Pilihanraya Presiden 2009. Ahmadinejad menang sebanyak 62.6% mengatasi pencabar terdekatnya, bekas Perdana Menteri Mir Hossein Moussavi (33.7%). Sebanyak 3.7% lagi dikongsi 2 calon lain - Moshen Rezaie dan Mehdi Karrubi. 84% dari 46 juta pengundi Iran menjalankan tanggungjawab mengundi. Di Iran, calon mesti mendapat lebih 50% undian bagi jawatan Presiden. Jika tidak, pilihanraya ulangan dibuat Jumaat minggu depan - khusus antara 2 pemenang undi tertinggi. Bagaimanapun, Moussavi akan membuat bantahan kerana mensyaki berlaku penipuan.[Foto: dari atas kiri ikut pusingan jam - Moshen Rezaie, Mahmoud Ahmadinejad, Mir Hossein Moussavi dan Mehdi Karrubi. ] Berikut adalah pautan berita kemenangan tersebut: 1. (Al-Jazeera.net) - Ahmadinejad set for Iran victory 2. (The Guardian.co.uk) - Ahmadinejad wins surprise Iran landslide victory Apa-apa pun, semoga yang kalah di Iran dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka dan tenang. Elakkanlah penyokong membuat kecoh, dan jangan digawatkan lagi dengan kempen tambahan. Ruang perjuangan adalah panjang, perjalanan masih jauh. Jangan rosakkan negara hanya kerana ketidakpuasan hati segelintir kalian. Ini adalah kegembiraan dan kemenangan moral bagi aku. Pasai apa? Pasai aku memang sokong Ahmadinejad. Kih kih kih. Aku bersungguh mengikuti perkembangan dan sempat pulak (hehe) menulis 2 artikel khas tentang Pilihanraya Presiden Iran ini, kat bawah ni: 1. Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung 2. Pilihanraya Iran - Ahmadinejad Mendahului Nak tahu lebih lanjut kisah hidup Ahmadinejad, boleh sambung baca di Kelab Greenboc. Koleksi menarik untuk kepuasan aku dan kemenangan aku. Semoga aku merasa lagi kepuasan dan kemenangan ini di Malaysia pula kelak. Insya Allah, mudah-mudahan. Sah! Zaid Masuk PKR![]() Zaid Ibrahim Masuk PKR Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini. Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.Ini memang sudah dijangka ramai. Zaid kan dah tiada parti. Biasalah PKR angkut bekas-bekas tentera UBN tu. Lagipun, Zaid tiada apa-apa jawatan lagi - dia bekas Senator, juga bekas Ahli Parlimen yang tewas serta merangkap bekas Menteri dah yang meletak jawatan. Kumpulan serpihan UMNO karat sebegini memang banyak dalam PKR - sama macam Othman Jailu & Jamamaluddin tu. Bukan apa - takut jenis kawan pelingkup kawan saja. Manusia selalu lupa sejarah, sejarah tidak pernah meninggalkan kita. Jaga diri baik-baik, Zaid. Pembidik tepat kalangan rakyat akan mengawasi setiap gerak geri anda atas beberapa alasan tadi. Bersabarlah dan berteguhdirilah. Selamat datang ke dalam Pakatan Rakyat. Welcome Aboard. Sumber Seni Tersurat Tanpa Tersirat - Satu UlasanAku tertarik dengan hasil karya grafik seorang seniman berikut yang melahirkan ekspresi dalaman dirinya tanpa mengucapkan kata bicara. Hanya dengan sebuah lukisan grafik untuk kita hayati bersama. Aku juga ingin mendalami jiwa yang berkarya. Gabungan warna merah saga sebagai pilihan warna latar belakang adalah luahan kemarahan yang mendongkol, sudah sekian lama, yang berkecamuk di seluruh diri. Api geram dendam itu kian memuncak, meluap dengan pilihan warna putih berhuruf kecil. Lahar panas kesumat hangat akhirnya terhambur dari dalam diri dinyatakan dari pilihan warna putih dan hitam berHURUF BESAR. Putih di atas merah - seperti salju di atas darah - sememangnya penunjuk warna kegilaan dalaman diri bergejolak hingga ke darjat tertinggi. Penujuan hala warna kesumat meruap itu terarah pada gambaran abstrak watak dua orang kanak-kanak yang sedang bergembira bercanda-canda di tapian pantai. Tidak pasti bermain guli atau main aci ligan. Tetapi himbauan bahang pengkarya tertuju ke situ. Adakah air lautan hijau-biru telah bertukar menjadi darah? Tentunya kanak-kanak itu ada silap dan salah. Habis mengapa simpulan dan jerutan jiwa seniman itu terpintal hingga menjadi barah? Bukankah tiap-tiap butir huruf terlukis mempunyai zarah? Susunan huruf-huruf menggabung kata, kata menggabung ayat, ayat menggabung makna, makna menuju arah! Fuuuh.. Aku bisa mengulas hingga ke malam tentang karya ini. Berkajang-kajang kritikan nilai seni pada lukisan ini boleh kukarang lagi. Tetapi, cukuplah sekadar ini. Namun aku pasti dan sadar - Sesungguhnya karya ini memang sebuah karya yang hebat. Sekalung tahniah buat seniman itu. Terima kasih untuk sahabat Manjung Mari membuka ruang dan gelanggang untuk aku juga berkarya kritis , walau tidak sehebat mana. Aku hanya menilai seni. The true expression and explanation flows by itself.. Pilihanraya Iran - Ahmadinejad MendahuluiWah! Pengiraan undi di Iran masih berjalan. Menurut laporan CNN, sekarang Calon Presiden Iran pilihan aku makin nak menang. Best. Semalam, aku ada tulis beberapa fakta tentang Pilihanraya Presiden Iran 2009 - pertandingan 4 penjuru. Siapa nak tengok foto-foto contoh Puteri UMNO Iran dan Muslimat PAS Iran boleh tengok kat situ. Kih kih. Berita terkini! Ahmadinejad mendahului pesaing terdekatnya, Moussavi. Dia dah dapat 65.7% undi dari 72% kotak undi yang dah dikira, sementara Moussavi 31.4%. Maknanya 2 orang lagi calon kongsi 2.9% sahaja. Bagus! Hebat pilihanraya semalam, lebih 70% dari 46 juta rakyat Iran pi mengundi. Ingat petang ni kot baru keputusan penuh keluar. Aku lupa, waktu di sana mana nak sama dengan sini. Masa depa lambat dari kita. Kita dah pekena roti canai pagi, dengan kopi sekole, depa tengah mengeroh tidoq kat sana lagi. Keputusan keluar pagi Sabtu waktu sana - jadi serupa waktu petang kita kat sinilah kot gamaknya. Kih kih kih. Semenjak dua menjak PRK acara dwi-bulanan di Malaysia, sentimen aku dan mungkin ramai yang lain maintain : panas. Baru habis Penanti 2 minggu lepas, sementara nak tunggu Manek Urai bulan depan - rasa boring. Jadi sementelah Iran berpilihanraya, aku melepas gian sekali. Ho ho aku sokong Ahmadinejad. Dia seorang ulama' yang profesional. Dia memiliki kedua-duanya. Dia berprinsip, mengutamakan agama dan negara, berani dan tegas dengan Israel & USA tentang isu loji nuklear, walau kena ugut dan sekatan perdagangan. Musuh tetap musuh, tak boleh dibuat kawan. Tak gitu TU Nasa, TU Hadi, TU Harun Din, TU Mustapha & TU Hasan ? Macam tu lah baru kena gaya, prinsip perjuangan mestilah dijaga. Ok. cukup. Suatu benda menarik berkaitan kaedah pengundian di Iran, mereka mengundi guna cop dakwat pada jari telunjuk. Dengan kapasiti 46 juta pengundi yang layak mengundi, pun Iran boleh sediakan dakwat, apalah sangat dengan Malaysia yang hanya 30 juta sahaja. Isu batal undi guna dakwat tempohari kalau cerita kat negara lain, tentu kena gelak punya. Ahmadinejad pun cop jugak! Yang ya-nya - SPR pengecut - diarah pula oleh UMNO penakut - di bawah kerajaan BN yang kartun.Rasuah MRR2 - Adnan Suruh SPRM Cepat Buat Kerja![]()
Kih kih kih. Susah hati ka Tok Nan Mansor? Kesian.. Bertimpa-timpa.. 2 minggu lepas, Stadium Gong Badak runtuh. Mujur orang tak mati. Tapi yang ni - MRR2 tu lama dah retak : 5 tahun, baru nak gesa SPRM ambil tindakan? Kih kih kih. Yang best tu, masa Adnan arah SPRM, SPRM dah siap dah hasil siasatan untuk hantar ke mahkamah. Laju pulak. Kih kih kih. Pilihanraya Presiden Iran - Sedang Berlangsung![]() Dalam riuh rendah politik negara, lupa pula satu lagi perkara besar di negara sahabat kita, Iran. Tadi pergi meronda laman Al-Jazeera dan The Guardian, dapatlah beberapa maklumat yang tak keluar di media Malaysia. (Foto kiri: Ayatollah Ali Khamenei mengundi di Teheran) Hari ini, 46.2 juta orang pengundi seluruh negara yang berpenduduk 72 juta orang itu akan menjalankan tanggungjawab dalam pilihanraya itu dengan 45,000 pusat mengundi. Pilihanraya Presiden Iran 2009 - 4 penjuru: 1. Mahmoud Ahmadinejad - penyandang Presiden. Sederhana, tetapi keras dengan USA. 2. Mir Hossein Mousavi - bekas PM, reformis lebih sederhana dan popular. 3. Mahdi Karroubi - reformis dan bekas Speaker Parlimen. 4. Mohsen Rezai - bekas Komander 'Revolutionary Guard' - tentera elit Iran. Mahmoud Ahmadinejad seorang presiden yang mendapat sokongan dari kumpulan 'ulamak. Beliau dikritik sebahagian rakyatnya berikutan dasar keras mempertahankan loji nuklearnya dari USA. Manakala Mousavi pula dikatakan berjaya mendapat sokongan dari golongan muda dan berpendidikan. Satu pertiga dari pengundi Iran berumur di bawah 30 tahun. Golongan muda ini semuanya lahir selepas Revolusi Iran tahun 1999 pada era Ayatollah Khomeini. Kedua-dua calon fovourite ini mendapat sokongan seimbang di bandar dan desa. Beberapa Fakta Pilihanraya Iran 2009 Keempat-empat orang calon Presiden diluluskan oleh Majlis Pelindung Iran (Iran's Guardian Council), satu panel dianggotai 6 orang Imam tertinggi dan 6 orang 'Ulamak Islam. Majlis itu telahpun menapis dan menolak seramai 475 calon layak yang lain, selain melarang wanita dari bertanding. Calon Presiden yang meraih undi lebih 50% akan menjadi Presiden secara otomatik - jika tidak - satu pilihanraya ulangan akan dibuat sekali lagi pada hari Jumaat pertama selepas keputusan rasmi pilihanraya diumumkan. Ini bermakna, jika calon tak dapat 50% undian, pilihanraya lagi sekali Jumaat minggu depan - ekslusif untuk dua orang calon undi tertinggi sahaja. Lain-lain Hal Apa-apa pun, satu saja yang aku tak berkenan dalan penjelajahan internet aku - iaitu dengan kebanyakan golongan pemudi Iran sekarang. Ramai tak pakai tudung sempurna. Yang tua pun serupa - jenis selendang tayang remos. Rasa macam sama dengan sekumpulan puteri dan wanita di negara ini, kumpulan yang bertudung merah tu. Video rambut juntai-juntai geng puteri Iran comei-comei pulak, boleh klik tengok video kempen Mousavi semalam di SINI. Mungkin ianya senario biasa di bandar-bandar. Tetapi yang kelakarnya, tutup bawah muka - nganga terpelahang bahagian atas..? Kih kih kih. Tapi orang Iran memang lawa.. bila main tutup sekerat-sekerat macam ni.Kih kih kih. Ok, stop bab pompuan. Berbalik pada klip video pada link di atas tadi. Klip itu dari The Guardian UK - tentunya ada usaha promote nilai kebaratan demi 'kebebasan' rakyat Iran, kononnya. Aku rasa USA ada mendalangi juga usaha-usaha bagi menjatuhkan Ahmadinejad kali ni. Memang kempen gila-gila agar semua pengundi turun bagi Ahmadinejad kalah. Rasanya tengah malam ni dapat kot keputusan penuh. Apa-apa pun, semoga Iran akan dapat dipimpin pemimpin yang berteraskan Islam sebenar. Semoga Malaysia juga begitu. Tutup Mulut Untuk Elak Fitnah, Kalah atau 'AIB ?Although i refrained myself too from prolonging these disheartening PAS Leadership-UG issues, but now i agree with ManjungMari.. the red light has turned green by TGNA.
Selanjutnya »
![]() and so now.. dedicated to our brand new Secretary-general of PAS Malaysia any comment? or still wanna keep your mouth shut ? PAS diterima ramai kerana TGNA, bukan kerana Hadi bukan Nasa (bukan aku saja yang kata, orang lain pun kata..)
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|





















