MAS Rugi RM2 Bilion - Suku Tahun Pertama ?![]() Antara sektor perdagangan yang tercabar di zaman meleset ini adalah sektor pelancongan. Paling teruk adalah syarikat penerbangan di mana ia melibatkan kos bahan bakar yang semakin naik, iklim ekonomi sedunia yang merudum serta terbaru wabak menular H1N1. Bagaimanapun, apabila MAS dijangka rugi melebihi RM2 Bilion, ini bukan perkara kecil. Syarikat kawalan kerajaan itu, jika tidak dibuat tindakan segera - boleh muflis. Ingat - nilai jangkaan rugi itu cuma baru untuk suku tahun pertama (Januari - Mac, 2009), ada lagi tiga lagi suku tahun belum tiba dan dinilaitara untung-ruginya. Kalau nilai ruginya kekal setiap suku tahun - boleh pi rugi RM8bilion woo untuk tahun fiskal ini. MAS’s Q1 loss expected to top RM2 billion Kalau kerajaan BN sayang MAS, aku jangka harga minyak petrol tak akan naik walaupun sekarang harga minyak mentah makin naik - dah mencecah lebih USD 72 setong. Kalau BN tak sayang MAS dan penaik harga minyak lepas ni, MAS tentu jadi nasi bungkus. Ucapan "Selamatkan dan Kekalkan Penerbangan Kos Rendah Untuk Rakyat Malaysia" untuk Pengarah Urusan MAS - Datuk Seri Idris Jala dan CEO Air Asia, Tony Fernandez. UPDATE! The Official Loss Is Not So High. Damn TheMalaysianInsider MAS posts RM695m Q1 loss, takes fuel hedging hitRazak Baginda - PhD Oxford (Bidang Apa) ?Tahniah untuk Razak Baginda - dia dah dapat DPhil @ PhD dia di Universiti Oxford - bidang Perhubungan Antarabangsa. Bangga? Apa bangganya.. kalau orang dok serabutkan dia dengan isu Altantuya. Kih kih kih. Kita tengok berita TheMalaysianInsider hari ni. Hrm.. tetiba aku rasa cukup lapaq.. ![]() Tambah lagi kari semangkuk.. ooo lepas ni nak kerja di Oxford ya? awat tak mau kerja di Malaysia? Tak rindu ka kat kami di sini? Kih kih kih. Lepas tu, nak buat penyelidikan tentang isu-isu antarabangsa? Baguih, dedahkan isu kes pembunuhan wanita Mongolia di Malaysia- Altantuya Shaaribu. Kasi selongkar semua butiran dan bukti kes yang tak masuk mahkamah. Dedahkan semua., termasuk SMS pada 'DS Bibir Merah'. 'DS Bibir Merah' pula SMS si Datuk Temenggung. Bongkar siapa upah pembunuh upahan itu. Bongkar siapa wanita misteri yang hadir sama masa C4 diletupkan. Bongkar jangan tak bongkar. Kih kih kih. Tambah lagi nasi sepinggan.. apa tajuk tesis PhD hang? "Metodologi Lari Dari Pertuduhan Kes Bunuh Altantuya & Lari Keluar Negara - Satu Kajian Kes Personal Di Malaysia" ?. Kalau tajuk hang macam tu, patut bukan PhD dalam "International Relations" tetapi "International Killing Relations". Boleh jadi Duta Besar ke Mongolia apa. Tak mau? Kih kih kih. Tambah air segelas lagi.. oooo orang Melayu kurang masuk Oxford ek? Kalau masuk tu, semua tu kerja baguih? Khairy si KJ tu Oxford jugak - baguih apa, depa kata kaki rasuah. Kih kih kih. Hang pulak? ooo pasai kurang Melayu dapat PhD di situ. Tahniah sekali lagi. Hang memang baguih. Awat tak mau balik sini, jadi lecturer di sini. Senang student2 nak tanya, nak timba ilmu hang. Takut? Kih kih kih. Ok, cukup. kenyang dah. Alhamdulillah. Undian MCA Keluar BN - Najib Tak Risau? Kih KihUndian pungutan suara di laman web Presiden MCA, Ong Tee Keat menunjukkan lebih 75% pengundi memilih MCA keluar dari BN. ( <-- Klik sini, lebih update). Snapshot hari ni tengok di bawah. ![]() Tapi Najib tak berapa kisah dengan perkara itu. Kalau ikut BHarian Online (Mutakhir) hari ni, dia kata... MCA tidak akan tinggalkan BN: Najib Kalau dikatakan sampel pengundi itu sedikit berbanding populasi sebenar, boleh diterima. Kalau dikatakan bukan semua orang suka bukak laman boss MCA tu pun boleh terima. Kih kih kih. Kajian akademik je, ye tak? Kih kih kih. Kata orang - takde bende.. kan? Kih kih kih. Pasai tu ekonomi kita tak jatuh, pasai tu Bukit Gantang BN menang, pasai tu Kuala Terengganu BN menang, pasai tu 1Malaysia akan berjaya. Nanti BN menang lagi di Manek Urai. Kih kih kih. Lantak hang la Najib - semua kira mudah. Apa susah, tak dak MCA, Gerakan masih ada.. ye tak? Kih Kih. Nanti, Gerakan pula buat poll, kata la macam tu lagi! Kih kih kih. Apa orang kata, tak mau dengaq. Kih kih kih. Bukan lama : 2-3 tahun saja lagi.. DUN Jawi - PRK Lagi Di Penang?Hrm.. Jenuh la SPR... hehe. Kali ni geng DAP pulak buat hal di Penang. ADUN Jawi., Tan Beng Huat meletak jawatan tanpa tarikh. Baru saja 2 minggu PRK Penanti. Nak PRK lagi? Letih.. . ![]() Malaysiakini: By-election? DAP rep submits quit letterFakta Ringkas DUN Jawi DUN Jawi (N.19) adalah terletak dalam Parlimen Nibung Tebal (P.47), bersama N.20 Sungai Bakap dan N.21 Sungai Acheh. Dalam PRU 2008 tempohari, Tan Beng Huat (DAP) menang dengan majoriti 3,790 undi mengalahkan Tan Cheng Liang (BN). Peratus pengundi 79.84% dari 20,167 orang pengundi keseluruhan. Parlimen Nibung Tebal (P.47) dimenangi oleh PKR, Tan Tee Beng 3087 undi. N.20 dimenangi oleh PKR (majoriti - 2,067) manakala N.21 Sungai Acheh milik BN (majoriti 250 sahaja). Nampak memang DAP berani ber-PRK di situ jika berdasarkan keputusan undi PRU12 tempohari. Malam ni atau esok, tengok la. Tentu hebat media kerajaan - suratkhabar & televisyen kutuk PR. Dulu PKR, sekarang DAP pulak. Kat Penang semuanya pulak tu. Nak masuk 3 kali selepas P:Permatang Pauh dan DUN Penanti. Semuanya sebab perletakan jawatan. Cit. Kalau perletakan jawatan ADUN Jawi itu diluluskan oleh pihak kepimpinan DAP, menyaksikan sudah 2 rekod oleh DAP (termasuk Hee - Jelapang) dan 4 rekod oleh PKR - Dr. Azizah (P.Pauh), Fairus (Penanti), Jamaluddin (Behrang) dan Othman Jailu (Changkat Jering). Tang ni aku respect ADUN PAS satu Malaysia - tiada keluar parti, tiada yang letak jawatan. Tahniah. Teruslah berkhidmat untuk rakyat dengan ikhlas, penuh tanggungjawab. Saf Kepimpinan Baru PAS - Berita Baik!Akhirnya barisan kepimpinan PAS baru dah dihebahkan oleh Harakahdaily pukul 2.47 petang tadi. Beberapa perubahan oleh TU Hadi Awang :
![]() KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi mengumumkan perlantikan Dato' Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Dato' Kamaruddin Jaffar. Syukur Alhamdulillah. Terimakasih TU Hadi dan semua ahli yang bermesyuarat. Semoga saf kepimpinan PAS makin kukuh. Semoga terus mantap untuk jatuhkan saham Najib, kasi lingkup. Elakkan bertelingkah di khalayak antara sesama pemimpin komponen PR. Insya Allah - PRU13 ada cahaya yang terang. Hadi vs Karpal - Bila Hangpa Nak Berbaik ?Sejak dulu aku heran. Pasai apa kedua-dua ni susah sangat nak elok. Sorang tu Tuan 'Ulamak Islam , sorang lagi Tok Benggali Sikh. Kalau pasal tauhid aqidah, memang la patut. Tapi kalau dalam persefahaman pakatan politik, agak karut. Walaupun, aku geram jugak kat Karpal, tapi ada fakta-fakta dia yang boleh aku terima pakai. PAS nombor 3 ranking pemegang kerusi parlimen dalam PR. Kalau sedar hakikat itu, PAS sepatutnya berusaha mengukuhkan parti dengan memenangi lebih banyak kerusi lepas ni. Nak memenangi kerusi adalah dengan menambahkan jumlah pengundi PAS. Ingat - pengundi itu bukan semestinya ahli PAS, tetapi penyokong PAS. Kuatkan PAS, banyakkan kerusi dimenangi PAS dulu - barulah kukuh. Untuk memenangi hati rakyat adalah dengan dasar visi dan misi yang jelas dan boleh dicapai (attainable), serta boleh diterima (acceptable). Bukan cakap sesuatu yang kabur sebagai dasar, malah mengundang sakit hati dan kepala orang yang mendengarnya. Pi la jenguk kedai kopi, apa orang cerita. PRU 10 (1999) Berbalik pada Hadi vs Karpal, cerita berbalah dah kerap dengar. Masa PRU 1999 - diruntun isu Anuar Ibrahim - Pembangkang menang banyak juga. Kelantan - menang lagi kepimpinan TG Nik Aziz tetap antara faktor dominan. Masa tu jagak PAS dapat Terengganu. Kali pertama. Ingat - bukan pasai PAS kuat, tetapi faktor Anuar. Orang BN pun pakat pangkah pembangkang masa tu - boleh kata 'nation-wide'. Di samping itu, sebab Pembangkang solid - 1 lawan 1 dengan BN. Ini dapat elak pecah undi. PRU 11 (2004) Sehari sebelum penamaan calon dalam PRU 2004, mula dah bergaduh. Isu Kerajaan Islam. Hadi kata Karpal & LIm Kit Siang 'dinosour' & 'ubat luput tarikh'; hah, elok.... mulut capui. Hadi bungkus di kedua-dua kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang di Terengganu pada pilihan raya umum ke-11. Sedangkan Karpal dan Kit Siang masing-masing menang selesa di Parlimen Bukit Gelugor dan Ipoh Timur. Walaupun naiknya PakLah 'MR CLEAN' sebagai PM dikatakan faktor utama BN menang besar waktu itu, tetapi cukuplah untuk TU Hadi sedar PAS di Terengganu tidak sekuat mana, walau di kawasannya sendiri. PRU 12 (2008) Hrm.. mungkin ada hikmah sebelum itu. TU Hadi timbang balik dan akhirnya penyatuan dalam PR adalah solid untuk PRU12 - 2008 lalu. Di samping faktor PakLah yang dikatakan 'flip-flop' dan kroni 'rasuah', hasil solidarity PR amat mengkagumkan. Hasilnya, 5 negeri dapat pada PR. paling menarik BN kali pertama cuma dapat simple majority di Parlimen. Dalam Muktamar PAS, dipersetujui PAS akan terus menyokong PR. TU Hadi dapat balik kerusi-kerusinya, tetapi Terengganu lebuh. Pelik.. Next PRU ? Harap oklah lepas tu. Tup..tup.. Selepas muktamar PAS baru-baru ni, mula dah balik... Pasal Kerajaan Perpaduan(UG). Woit, hangpa nak berpolitik secara matang ka tak matang? Nak bagi lingkup balik dalam PRU 13? Yang heran tu, pasai apa pemula cucuh api selalunya TU Hadi? Isk.. TG Nik Aziz Dah Perkenan Husam & Mat SabuSebelum ini, aku dan ramai lagi sebelum ini amat bersetuju jika Husam Musa dan Mohamad Sabu dilantik ke dalam Dewan Harian PAS. Hari ini, portal rasmi PAS sendiri - Harakahdaily menyatakan TG Nik Aziz memberi perkenan dan restunya. Alhamdulillah. Berikut adalah petikan tulisan artikel di situ oleh Mohd Nor Yahya. ![]() KOTA BHARU, 11 Jun (Hrkh) - Cadangan untuk menerima Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam Dewan Harian PAS Pusat oleh Naib Presiden PAS baru, Dato' Mahfuz Omar dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berbanyak terimakasih untuk Tuan Mursyidul Am. Beliau amat memahami. Beliau orang lama, yang tahu sepak terajang politik Malaysia - dahulu, kini juga (mungkin) akan datang. Harapan aku.. semoga Tn. Presiden, Timb. Presiden, Ketua Pemuda mahu mendengar pandangan rakyat jelata. Adakah masih nak berhijrah ke London, sedangkan kebanyakan orang lain nak ke Madinah.. ? Signal - Junamkan Semula Pasaran Saham Najib!Aku dah lama bubuh link dengan seorang penulis UMNO hardcore - WengerKhairy kat bawah sana. Pasai apa? Pasai dia rajin buat analisis, dari sudut ekonomi. Apa yang baik, aku angkut - apa yang buruk aku tinggai buang. Kih kih kih. Dalam artikelnya baru-baru ini - "The Najib Stock Exchange", dia senaraikan 16 item perkara besar yang berlaku di Malaysia dalam tempoh 65 hari sebelum artikel itu ditulis. 1. 1Malaysia was officially launchedMenurut penulis itu, dia bubuh warna biru untuk berita baik dan warna merah untuk berita buruk (dari perspektif BN). Katanya lagi, samada ianya baik atau buruk boleh menimbulkan kesan jangka pendek. Secara am, 1 item berita utama akan mempengaruhi pasaran setiap 4 hari. Maklumat dari berita itu pula amat signifikan pengaruhnya sehingga ke 60-90 hari (2-3 bulan) akan datang. Apa kesan faktor berita-berita tersebut kepada Najib Stock Exchange? Macam ni.. Ok, sekarang lihat bagaimana pasaran saham itu berlaku. Pasaran saham sentiasa dipacu oleh maklumat terbaru. Maklumat yang bagus tentunya menaikkan harga saham, manakala maklumat buruk pula menjatuhkan harga saham.Maka apa hasilnya pada Pasaran Saham Najib ? Baiklah. Sekarang aku tak mau sambung komen si penulis itu selepas itu, komen dia untuk kepentingan dan keuntungan BN Kartun. Jadi, aku sendiri yang nak ulas. Walaupun artikel dia sekadar spekulasi dan macam kartun, tetapi ianya bermakna untuk dikaji untuk kepentingan PAS dan PR.Pada aku, inilah kesan hebat bagi BN apabila Faktor ke-16 iaitu 'Kemenangan Tuan 'Ulamak (TU) Nasha memberi impak untuk 2-3 bulan akan datang. BN terus mengeksploitasi media arus perdana untuk mengelabui rakyat 'yang kurang maklumat' dengan menyokong Unity Government (UG) yang diwarwarkan oleh TU Hadi. Jadi fokus oleh PAS pula demi pakatan bersama dengan PR, harus menghentikan perbalahan isu ini. Jangan lupa, pilihanraya Manek Urai bukan lama lagi - sebulan saja lagi. Cuba tengok graf harga saham Najib kat atas tu. Sejak faktor ke-16 itu muncul, pasaran saham Najib yang terjunam telah bangkit semula - mencodak. Bukan hari ini sahaja, malah untuk 2-3 bulan akan datang. Apa Peranan Kita? Junamkan kembali pasaran saham Najib sejatuh-jatuhnya. Hal UG, biar pemimpin atasan PAS perbaiki keadaan secara proaktif. Bukan mertun katuk, baru paku nak masuk. Langkah terawal, sebaiknya, masukkan Husam & Mat Sabu ke dalam Dewan Harian PAS Pusat. Beberapa berita buruk untuk pasaran saham Najib mesti dikeluarkan segera. Biar BN sakit kepala semula. Hal penjelasan UG, kemudian sikit tak pa. Pemimpin PR pula kena berhenti bertingkah. Manakala bloggers kekalkan sentimen menjatuhkan kredibiliti BN - seperti biasa. Jangan la tembak kawan dan ketua sendiri dalam perang. A good strategy usually winning the war. Naikkan semula saham PAS dan PR untuk dibeli semua rakyat Malaysia. Pada masa yang sama - terus menyerang tiap inci kelemahan UMNO dan BN. Kita lingkupkan saham Najib BN biar tinggal beberapa kupang saja. Murah tetapi orang tak mau beli.. takut kaunter kena gantung atau muflis. Kih kih kih. Dewan Harian PAS Pusat - Husam & Mat Sabu DiperlukanDahulu aku ada terfikir begini. Dalam acara lari 100 meter, 8 orang berlari. Bila sampai garisan penamat, hanya 3 orang sahaja disahkan pemenang. Nombor satu - emas, nombor dua - perak; dan nombor 3 - gangsa. Tempat ke-4 hingga ke-8, duduk sajalah.. sebab dah tewas dan tiada sebarang ganjaran untuk nombor2 besar mereka. Tahun depan lawanlah lagi. Sekarang aku terfikir begini pulak. Dalam satu pertandingan Timbalan Presiden PAS, 3 orang bertanding. Masalahnya, hanya yang no.1 saja dapat ganjaran dan pengiktirafan - kerusi. Yang nombor 2 dan 3 tu, duduk diam sajalah.. sebab dah tewas dan tiada sebarang ganjaran untuk nombor2 besar mereka. 2 tahun lagi, lawan semula. Dalam kes PAS, dan keributan yang timbul baru-baru ini, boleh ka macam tu? Mana boleh! Ketiga-tiga petanding tersebut bukan calang-calang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri, ada pengikut tersendiri. Baik Nasha, Husam atau Mat Sabu - amat diperlukan dalam parti. Kalau rumah tu ada 3 tiang, mereka termasuk antara tiang-tiang tersebut. Kalau buang 1 atau 2, rumah boleh reban. Aku bersetuju dengan AlHusseyn - dalam cadangan terbukanya kepada Presiden PAS, TU Hadi Awang bahawa Husam dan Mat Sabu perlu diberi jawatan dalam Dewan Harian PAS. Antara hujahnya yang aku petik, seperti berikut: Jumlah undi yang diperolehi oleh Haji Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu iaitu sebanyak 542 undi itu melambangkan sokongan lebih daripada 100 Kawasan Pas (satu Kawasan menghantar 5 orang perwakilan).Seperti kata Cenangau, selain dari dua jawatan tu ada dua lagi jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari. Ya, kedua-dua mereka tak sesuai pegang jawatan-jawatan tu. Biar orang lain ambil jawatan tersebut. Dalam Harakahdaily, Naib Presiden PAS - Mahfuz Omar telah terang-terang mahu Husam dan Mat Sabu dimasukkan ke Dewan Harian Pas Pusat. Seorang lagi Naib Presiden - Salahuddin Ayub sama rentak dengan Mahfudz. Hrm.. macamana TU Hadi & TU Nasharuddin? Biarlah sebarang langkah dasar, mengambilkira sama pandangan orang bawah. Yang dah terlanjur tu sudah, cukuplah. Full stop. Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PAS & PR Mesti Diam?Hah. Betui ke cerita ni? Awat jadi lagu ni.. Apa sebab.. apa musabab ? Kisah ini kemudiannya disahkan pula oleh Malaysiakini.. hrm.. Itulah.. Bila Presiden & Timbalannya BISA berbicara.. kan dah lintang-pukang saf. Mursyidul Am tegur, buat tak tau, lawan pulak tu. Cakap hebat berdegar.. apa-apa kertas konsep waima blue-print pun tarak! Geng Exco penin, perwakilan demam? Bloggers jadi tak ketahuan.. Dah tau PR ni 3 parti, dibuatnya macam PR ni satu parti saja. Ikut suka dia. Bila 'ulamak ditegur, ada yang anggap macam memusuhi 'ulamak. Kita ni manusia. Semua ada silap, semua ada salah. Selagi kita mahu mengakui kesilapan dan kembali ke pangkal jalan, dunia ini amat luas untuk kita. Tiada lebih perit melainkan merasa dunia dan dada ini sempit. Walau dulu menang sikit saja, Manek Urai itu boleh ka kata kawasan 'gerenti menang' PAS? Orang PAS Manek Urai dah bersedia ke dengan Kerajaan Perpaduan? Kalau depa pun tak paham dan tak suka, berat..... Hangpa mau tengok pemimpin2 PKR, DAP dan sebahagian Exco PAS kempen di situ - bantai balik isu Kerajaan Perpaduan versi TU Hadi & TU Nasha? Hangpa nak tengok UMNO kempen bersorak di situ gelakkan lintang-pukang saf Muktamar PAS baru-baru ni. Aku ingat biar TU Hadi & TU Nasha saja pi kempen di situ. TU Mustapha tentu perasan. Depa memang pandai cakap! Hebat.. dari elok-elok PAS gagah perkasa - tanpa isu - gatai pi cucuh satu isu besar. Orang tegur nak perbetul, dibalas kutuk. Lantak.. MSK - Perakexpress pun nampak dah give-up.. Aku pun nak tengok saja dari jauh. Lagipun, Al-Banjari pun dah nasihat agar mula berhenti jangan bertelagah lagi bab Kerajaan Perpaduan. Cenangau juga dah sedih tak semena-mena institusi 'ulamak kena caci maki. Tapi aku tetap geram dengan siapa pemimpin kanan PAS yang cuba goreng kelentong Tn. Hj. Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak) mengatakan Kerajaan Perpaduan itu telah dapat perkenan TG Nik Aziz dan tokoh-tokoh lain. Pi tengok laporan TheEdge semalam. Nasib baik Tn. Hj. Ahmad Awang ni kenal 'siapa TG Nik Aziz'. Itulah sebenar 'ulamak yang mengenal 'ulamak. Subhanallah, Maha Suci Allah yang membongkar ada "alamak" yang bukan 'ulamak dalam PAS. Korang tak perasan kenapa tetiba Dr. Haron Din senyap sunyi? Tengok sini. Penulis tu lagi ganas dari aku! Aku ingat aku pun nak berhenti hal ehwal dalaman Kerajaan Perpaduan PAS (hingga selepas PRK DUN Manek Urai, seperti dicadang Drs Idham Lim). Lepas itu, boleh sambung balik jika relevan. Puak kat atas tu tentu ada otak, boleh fikir sendiri buruk tindak tanduk mereka sebelum ini. Kalau depa tak tahu juga, memang kepala hotak depa. Ya, musuh sebenar bukan sesama PR, tetapi Umno Kartun dan BN Kartun. Bagaimanapun, aku tetap doa semoga Allah menangkan PAS di Manek Urai. Demi Kerajaan Islam, bukan untuk Kerajaan Perpaduan TU 2 orang itu. BI Syarat Lulus SPM - Idea Kartun Muhyiddin ?![]() Ho Ho Ho - Lulus Bahasa Inggeris Syarat Wajib Lulus SPM ?? Adakah Muhyiddin memiliki idea luar biasa? Ya! Sebab dia luar biasa? Ya! Apa luarbiasanya itu? Sebab ideanya bersifat kartun. Dengan idea kartun itu, cuba pula mengkartunkan rakyat Malaysia. Kementerian Pelajaran Buka Talian Bagi Isu B.Inggeris Wajib Lulus SPM Kalau dah dimaklumkan memang ramai akan gagal SPM, kenapa sampai nak buat penyelidikan lagi? Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan lain-lain badan agensi kerajaan berkaitan peperiksaan awam Malaysia tentunya telah dan boleh berikan analisis sebenar berkaitan calon luar bandar, malah mengikut ras dan agama. Walau figure itu tidak dihebah secara rasmi, semestinya fakta itu tepat. Dah tau kenapa rajin lagi buat pungutan suara? Sebab idea Muhyiddin adalah idea kartun. 1. Pungutan suara berdasarkan telefon dan emel ? Piirah. Ingat semua rakyat Malaysia ada telefon? Ingat semua rakyat Malaysia ada internet? Mereka ada keperluan lebih mustahak untuk guna khidmat telefon rumah/bimbit mereka dari telefon kementerian. Bukan free! Ingat Pakcik Makcik kat kampung tu banyak duit nak pergi cyber cafe nak emel kementerian? Piirah. Baik depa pergi beli gula 2 kilo berbanding bayar kat tokey cyber cafe. Maka jika rakyat tak ramai bagi respon kajian itu, maka Muhyiddin anggap "rakyat tidak bantah pun cadangan saya." ? Piirah. Idea kartun, siapa nak layan. Aku yang ada internet pun, tak akan mau emel kementerian hang, Muhyiddin. Pi la bawak cadangan hang tu dalam Parlimen, kalau nak rasa berasap telinga! Ini memang idea kartun. 2. Budak Melayu lemah BI berbanding BM di luar bandar. Tak payah buat kajian. Pi cari budak luar bandar yang BInya lebih baik dari BM., dalam 10 orang aku rasa Muhyiddin mungkin jumpa sorang saja. Tu pun kalau ada. Jika status lulus sedia ada iaitu BM syarat lulus SPM, bermakna budak Melayu akan lebih mudah lulus SPM. Bila lulus SPM, layaklah memohon pekerjaan atau melanjutkan pelajaran. Jika BI jadi syarat lulus SPM, Muhyiddin sebenarnya dah ada fakta. Budak Melayu luar bandar akan lingkup SPM. Jadi akan ramai yang tak boleh minta kerja dan lanjutkan pelajaran. Pada masa yang sama, ianya terbalik pada murid bukan Melayu. Mereka lebih baik BI berbanding BM di luar bandar. Jika syarat BI syarat lulus SPM, mereka lebih berpeluang masuk universiti dan dunia pekerjaan berbanding murid Melayu. Walaupun kuota bumiputera ke IPTA masih boleh dikawal oleh MOHE dan IPTA/IPTS, ini tetap idea kartun. 3. Muhyiddin nak tengok persepsi orang ramai tentang PPSMI. Muhyiddin nak lihat sejauhmana pandangan orangramai. Orang marah ke tak? Orang itu Melayu ka, Cina ka, India ka atau macamana. Muhyiddin takut tersilap langkah. Jika PPSMI dikekalkan, orang Melayu memang marah pada UMNO & Barisan Nasional. Dalam masa yang sama, kerajaan dah perabih berbilion untuk projek mee segera PPSMI sejak zaman Mahathir. La ni pulak, ekonomi negara teruk - kerajaan tak dapat support lagi projek PPSMI. Takkan tiba-tiba nak kata kita mansuhkan PPSMI. Nanti rakyat kata BN memang kartun. Buat kelam kabut, mansuh pun kelam kabut. Untuk mengelak isu panas menjadi tegang, maka Muhyiddin boleh pilih antara 4 opsyen berikut. 3.1. PPSMI dikekalkan + BI adalah syarat lulus SPM. Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Ini lebih utama dipertimbangkan oleh Kementerian berbanding persidangan meja bulat PPSMI. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. cheewwwah. 3.2. PPSMI dimansuhkan + BI bukan syarat lulus SPM. Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai tidak setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Ini selari dengan keputusan persidangan meja bulat PPSI. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. chewwaaah. 3.2. PPSMI dikekalkan + BI bukan syarat lulus SPM. Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai tidak setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Namun begitu, "mereka juga bersetuju kepentingan BI sebagai bahasa yang penting untuk dikuasai untuk karier dan melanjutkan pelajaran". Dalam masa yang sama, PPSMI tetap kita teruskan agar program bernilai berbilion ringgit tersebut tidak membazirkan wang rakyat. Keputusan ini adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. chewwaaah. 3.4. PPSMI dimansuhkan + BI adalah syarat lulus SPM Sebabnya didapati "pungutan suara rakyat melalui telefon dan emel" menunjukkan lebih ramai setuju BI jadi syarat wajib lulus SPM. Di samping itu, hasil mesyuarat di peringkat kementerian menunjukkan BI perlu diberi penekanan untuk karier dan melanjutkan pelajaran bagi lepasan SPM. Ini juga akan mampu meningkatkan kesungguhan pelajar dalam Bahasa Inggeris agar mereka bersedia menghadapi masa depan secara glokal. Di samping itu, keputusan ini juga selari dengan hasil keputusan persidangan meja bulat PPSMI agar PPSMI dimansuhkan. Walaubagaimanapun, semua peralatan PPSMI yang bernilai berbilion ringgit perlulah terus digunakan untuk faedah pembelajaran murid-murid. Keputusan ini sesungguhnya adalah berdasarkan suara rakyat, suara keramat. cheewwwah. -------- Kah kah kah, bagi aku no. 3 ini bukan idea kartun. Ianya adalah usaha politik Muhyiddin bagi menyelamatkan BN ditembak bertalu-talu berikutan kegagalan PPSMI. Cuba hangpa tengok, dalam keempat-empat pilihan (3.1 - 3.4) di atas, Muhyiddin tetap nampak macam hero rakyat. Kah kah kah. Kalau hangpa, hangpa teka Muhyiddin pilih opsyen yang mana satu? Aku punya tekaan, dia akan pilih opsyen 3.4 jika dilihat senario politik, ekonomi dan sosial masa kini. Kah kah kah. Dia peduli apa, janji 'hero rakyat'. Kah kah kah. Bila Presiden Dan Timbalannya BISA Berbicara..Baru terbaca analisis oleh Adib Zalkapli dalam TheMalaysian Insider, menarik juga. Hrm.. bagus betul kata2 TU Hadi tentang analogi kapal. Zaman dulu, kapal belayar pakai kelasi yang ramai untuk dayung kayuh, pakai layar - juga ada kelasi yang tukang penaik peturun. Ada jurumudi, jaga haluan. Nakhoda - boss : arah saja. Zaman kini, kapal bersistem elektronik. Kawal pada suis dan punat sahaja. Tak perlukan kain layar lagi; ada bahan api, kipas kapal dah buleh pusing - kapal dah jalan. Nakhoda - sama : arah saja. Tetapi kelasi tetap perlu juga. Kita bukan era zaman dahulu - semua kelasi jenis abdi. Zaman dah berubah. Kalau PAS jenis kapal lama atau baru di zaman ini - Nakhoda TU Hadi & Timbalannya ajak masuk pusaran air di Lautan UMNO - ingat semua kelasi buta-buta nak ikut? Malam sikit. Kalau dua-dua ni tak mau dengar nasihat Mursyidul Am, lebih baik Muktamar akan datang buat usul - bubarkan saja jawatan itu. I just read another article and i wonder why "No. 2 says Tok Guru is not PAS "? For Unity Government issues - Prof. Hamirdin had a doubt too, just like me. To Admiral TU Hadi & TU Nasha - your vessel is not strong enough yet, honestly. You need a full participation and collective decision from all crew members. Without all of them on board : supporters (muslim & non-muslims), members, bloggers, solid agreement with PR partnership components, and pages of etcs - i wonder how far the vessel goes. Krisis Perak - Pengerusi Ketua Kampung PR Diserang Panggilan dan Surat LayangPADANG RENGAS - Berikutan kes saman yang difailkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 27 Mei lalu, Pengerusi Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Asit mendakwa menerima surat layang berupa kutukan dan panggilan dari orang yang tidak dikenali.Pandangan aku, orang yang tulis surat itu adalah orang Melayu. Yang call juga adalah orang Melayu. Partinya UBN. Kih kih kih. DS Zambry tak bising-bising, para balacinya pulak yang lebih-lebih. Ketua Kampung @ Pengerusi JKK BN kot. Kih kih kih. Ya lah, kalau kes menang dek PR, hilanglah fulus mereka RM600. Aku respect dengan Ketua Kampung PR, mereka cuma dapat RM200 sahaja dulu dari Kerajaan Negeri. Tapi mereka buat juga kerja mereka sebaik mungkin. Geng Ketua Kampung UBN dapat RM400 direct dari Kementerian Luar Bandar (tajaan DS Mat Taib), pun masih tak bersyukur. Sekarang mereka dapat RM600 (Pusat & Negeri) - APA KERJA YANG MEREKA BUAT? 'Ulamak - The MonologBerkaitan 'Ulamak, aku ada beberapa soalan yang cuba aku jawab: Mengapa Kelantan menang 5 penggal berbanding Terengganu?
Mengapa PRU12 BN lingkup 5 negeri dan hanya dapat simple majority?
Mengapa sebahagian Melayu tolak UMNO?
Mengapa Tn 'Ulamak Nasha & Tn. 'Ulamak Hadi suka UMNO?
Pasai apa Tn. 'Ulamak Nasha menang?
Pasai apa keputusan 1,000 perwakilan dikira lebih 6 jam? mengalahkan PRK Penanti yang 15,000 pengundi itu?
Adakah ada kemungkinan PAS boleh lingkup lepas ni?
Bagaimana dengan kemestian Kepimpinan 'Ulamak ?
Awat yang aku tengok hang nampak hanging semacam ni?
Muktamar PAS - Keputusan Akhir!Akhirnya keputusan pengundian semalam oleh lebih 1000 perwakilan diumumkan oleh Datuk Mustafa Ali pada kira-kira jam 10 pagi ini.
Selanjutnya »
Presiden: Haji Hadi Awang (menang tanpa bertanding) Timbalan Presiden: Ustaz Nasharuddin (480) Tewas - Husam Musa (281) & Mohamad Sabu (261). Naib Presiden: 1. Salahuddin Ayub (824) 2. Tuan Ibrahim Tuan Man (871) 3. Mahfuz Omar (636) Tewas - Mujahid Yusof Rawa (277) dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah (333). Ahli Jawatan Kuasa Pusat: 1. Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin - 854 2. Idris Ahmad - 799 3. Kamaruddin Jaffar - 769 4. Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653 5. Datuk Dr Hassan Ali - 642 6. Dr Hatta Ramli - 638 7. Abdul Ghani Shamsudin 637 8. Datuk Abu Bakar Chik - 622 9. Mohamad Hanipa Maidin - 619 10. Amiruddin Hamzah - 606 11. Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589 12. Abdul Ghani Abdul Rahman - 584 13. Dr Zulkifli Ahmad - 576 14. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530 15. Hashim Jasin - 522 16. Mazlan Aliman - 513 17. Taib Azamuddin Mohd Taib - 508 18. Mujahid Yusof Rawa - 448 Tahniah dan takziah pada yang menang. Bukan calang-calang orang yang sanggup memikul amanah di mana langit dan bumi tak sanggup memikulnya. Bagi yang tewas, teruskan menyumbang, tanpa terasa hati. Persaudaraan sesama Islam dan dalam organisasi lebih utama dari jawatan yang dipertandingkan. Bergeraklah bersama sederap selangkah ke arah PRU13 yang gemilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.
BERITA ALTERNATIF
|










