Ketua Kampung Saman Kerajaan Zambry Si Pengguling

Perak terus panas. Pada bulan April lalu, Zambry "Si Pengguling Yang Terus Mengguling" telah diberi amaran berkaitan isu pemecatan seluruh ketua kampung di negeri Perak secara tidak sah. Akhirnya bila tiada susulan secara baik oleh Si Pengguling, maka saman dijanjikan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pukul 11 pagi tadi.

Saman tersebut dibuat oleh En. Mohd Ridzuan Asit sebagai mewakili seluruh 817 orang ketua kampung negeri Perak. Menurut Al-Husseyn dari Ipoh, antara tuntutan saman tersebut adalah:

  1. Menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan perintah kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka;
  2. Menuntut perintah Mandamus yang mewajibkan kerajaan melantik semula ketua-ketua kampung;
  3. Menuntut perintah Deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah;
  4. Menuntut perintah Injuksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai ketua kampung;
  5. Menuntut Injuksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampung dari digunakan oleh BN semata-mata;
  6. Menuntut gantirugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon; dan
  7. Menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Wah! Sejak krisis Perak bermula, kita semakin cerdik. Kita makin mengenali jargon-jargon dalam laras bahasa undang-undang. Benarlah, semakin lama kes kepimpinan coup d'etat BN Perak dibawa ke mahkamah, semakin berilmu rakyat Perak. Semakin berilmu, semakin meluat dan getik pula rakyat Perak terhadap isu ini.

Ada hikmahnya Nizar tewas di Mahkamah Rayuan. Isu saman ketua kampung ini akan terus meruntun Zambry ke dalam gundah gulana yang tak kunjung padam. Stok panadolnya kena ditambah lagi. Di samping itu, integriti para hakim juga bakal terus diuji. Adakah para hakim itu 'yang bijaksana' atau adakah para hakim itu 'yang bijaksini' ? Adakah 'dewa kayangan' yang berada di atas politik itu masih tidak pekak ?

Bahang perang krisis terus bergelodak, bergejolak dan membuak. Perak terus panas.

0 comments:

Post a Comment