Berikut adalah Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian. Jawatankuasa inilah yang ditakuti oleh Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Timb. Menteri serta Kementerian terbabit. Sumber dari Sinar Harian (Utara) - 03/07/2009 (halaman N10), aku salin balik. | Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen PR Mengikut Kementerian | | KABINET | PKR | PAS | DAP | | JABATAN PERDANA MENTERI | DS Anuar Ibrahim Mohamed Azmin Ali Sivarasa Rasiah Tan Sri Khalid Ibrahim William Leong Ahmad Kasi Fuziah Salleh | DS Hj. Hadi Awang Nasharuddin Isa Salahuddin Ayub Dr. Hatta Ramli Dr. Dzulkifli Ahmad Taib Azamuddin Khalid Samad | Lim Kit Siang Ngeh Koo Ham Hiew King Chiew John Fernandez | | KEMENTERIAN DALAM NEGERI | Datuk Johari Abdul | Salahuddin Hj. Ayub | Karpal Singh | | KEMENTERIAN KEWANGAN | Mohamed Azmin Ali | Dr. Dzulkifli Ahmad | Lim Guan Eng | | KEMENTERIAN PENGANGKUTAN | Datuk Zahrain M. Hashim | Khalid Samad | Tan Kok Wai | | KEMENTERIAN KERJA RAYA | Datuk Kamarul Bahrin Abbas | Datuk Mahfuz Omar | Gobindh Singh Deo | | KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI | Datuk Rashid Din | Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah | Er Teck Hwa | | KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR | Chua Tian Chang | Nasir Zakaria | Charles Anthony Santiago | | KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA | Azan Ismail | Dr. Mohd Abdul Wahid Endut | Jeff Ooi | | KEMENTERIAN PELAJARAN | Yusmadi Yusoff | Che Uda Che Nik | Chong Eng | | KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN | Amran Abdul Ghani | Datuk Mahfuz Omar | Teo Nie Cheng | | KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA | Abdullah Sani A Hamid | Muhammad Husin | M Kulasegaran | | KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI | Nurul Izzah Anwar | Dr Che Rosli Che Mat | Chow Kon Yeow | | KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN | Hee Loy Sean | Dr Siti Mariah Mahmud | Nga Kor Ming | | KEMENTERIAN PERTAHANAN | Saifuddin Nasution Ismail Jamaluddin | DS Muhammad Nizar Jamaluddin | Liew Chin Tong | | KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH | Abd Aziz Ab Kadir | Datuk Abd Halim Abd Rahman | M Manogaran | | KEMENTERIAN LUAR NEGERI | Sivarasa Rasiah | Datuk Kamarudin Jaafar | P Ramasamy | | KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN | Tan Tee Beng | Mohd Firdaus Jaafar | Anthony Loke Siew Fook | | KEMENTERIAN KESIHATAN | Dr Lee Boon Chye | Dr Mohd Hayati Othman | Dr Tan Seng Giaw | | KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT | Zuraida Kamaruddin | Siti Zailah Mohd Yusuf | Fong Po Kuan | | KEMENTERIAN PELANCONGAN | Manikavasagam Sundaram | Dr Wan Ab Rahim Wan Abdullah | Fong Kui Lun | | KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN | Wee Choo Keon | Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali | Lim Lip Eng | | KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI | Zulkifli Nordin | Salahuddin Ayub | Tony Phua | | KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR | Gobalakrishnan Nagapan | Dr Mujahid Yusof Rawa | Chong Chien Jen | Kalau ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kabinet, itu sekadar dokumentasi BN. Mereka cipta kayu ukur, mereka sendiri beri markah. Takkan mereka nak bagi markah buruk-buruk untuk kabinet sendiri. Kih kih kih. Tetapi formula pemantauan khusus , berfokus dan teliti oleh Jawatankuasa Pakatan Rakyat ini akan mewujudkan bahas debat yang gerenti panjang di Parlimen sehingga PRU13. Jenuh BN nak bertandak bertepis selepas ini. Kih kih kih. Bravo PR!
Selanjutnya »
Indonesia terkenal dengan ilmu kebatinan yang tinggi. Ada yang hitam, ada yang putih dan ada pula yang kelabu asap. Ilmu hitam berbentuk ganas dan cuba menyiksa mangsa, berasaskan dukun yang rapat dengan jin syaitan, penuh khurafat dan syirik. Manakala ilmu putih lebih berasaskan mempertahankan diri, serta berasas pada amalan dari guru mursyid yang mengikut Al-Quran dan sunnah. Jenis ilmu kelabu asap pula ilmu pemuhong ciptaan sendiri yang menipu orang, konon saja pandai ilmu dunia dan akhirat. Menjelang Pilihanraya Presiden 8 Julai ini, bibit-bibit penggunaan ilmu hitam keluar lagi. Kali ini, bukan di peringkat desa atau kacamatan, tetapi di peringkat tertinggi - calon presiden. Penyandang presiden dan calon presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghadapi satu lagi "musuh", selain daripada naib presiden dan bekas presiden menjelang pilihan raya presiden 8 Julai.
Beliau mendakwa ilmu hitam digunakan oleh musuhnya untuk menghalang usahanya untuk kekal memegang jawatan itu bagi penggal kedua lima tahun yang akan berakhir pada 2014.
"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya. Ia luarbiasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan," katanya kepada 3,000 peserta pada majlis doa selamat di kediaman peribadinya di Cikeas, Bogor.
Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya.
"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden), bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu," katanya dipetik oleh agensi berita Antara.
Susilo telah meminta peserta pada majlis doa selamat itu yang datang dari beberapa bandaraya di Jawa, mendoakan kesejahteraan negara agar terus menikmati pertumbuhan dan pembangunan pesat. Beliau juga meminta mereka berdoa bagi pilihan raya presiden berjalan secara demokrasi, aman, lancar dan teratur.
"Saya juga meminta anda semua berdoa supaya kempen pilihan raya ini bebas daripada fitnah dan ilmu hitam, keganasan dan apa juga taktik kotor," kata penyandang presiden itu yang dicabar oleh naib presiden Jusuf Kalla dan bekas presiden Megawati Soekarnoputri dalam pilihan raya presiden, membabitkan 175 juta pengundi berdaftar.Hrm.. jika berita ini benar, aku tengok musuh politik Susilo untuk Presiden hanya dua orang. Jusof Kalla dari Parti Golkar, tinggalan Suharto. Megawati pulak tinggalan Sukarno. Fikirlah sendiri. Itu di Indonesia.. Macamana di Malaysia? Setakat ini, aku tak pernah dengar calon PAS, DAP atau PKR bermain dengan ilmu hitam. Tapi kalau BN memang ada. Contoh tak boleh dilupa, ialah seorang Datuk ADUN yang dikerat-kerat oleh sekumpulan pengamal ilmu hitam di Pahang tak lama dulu. Semuanya dihukum gantung sampai mati. Yang menarik, semuanya mati juga. Tiada yang kebal dengan kapak atau tali gantung. Janji Allah tetap benar. Selain itu, sebenarnya ada lagi.. tapi tak payah ceritalah.. faham-faham sendirilah. Cuma aku berharap, tiada lagilah manusia yang kata dia beragama Islam di bumi Malaysia ini tapi masih amalkan dan bergantung pada ilmu-ilmu sedemikian. Guna ilmu hitam orang asli ka, siam ka, sami hindu ka, melayu ka, indonesia ka - tempatan atau impot : semuanya mencelakakan diri dan orang lain. Tiada faedah, boleh kufur. Buruk kesudahan di dunia, buruk kesudahan di akhirat. Na'udzubillah.
Selanjutnya »
Kih kih.. Tadi terbaca artikel Kuda Kepang - tulisan Ruhanie Ahmad, hardcore UMNO. Cerita pasal isu laman web Gajah Putih Perdana Menteri : E-MaklumBalas PM. Hangpa pernah masuk situ? Kih kih.. Nak daftar di laman itu: kena bubuh nama penuh, IC, pekerjaan, no. telefon... Haram jadah. Kononnya Najib tak jawab-jawab komen rakyat di situ.. Najib tak sibuk? Atau memang gila babi punya sibuk ? Kih kih kih. Saturday, July 04, 2009 Semalam saya menerima email daripada seorang Hamba Allah yang pernah menyandang jawatan tinggi dalam sektor pendidikan awam. Beliau memperkenalkan dirinya. Tetapi, kerana blog beliau masih bertopeng, identiti beliau tidak akan saya dedahkan di sini. Bagaimanapun, saya berikan indikasi bahawa beliau adalah seorang yang pernah berjasa besar dalam sektor pendidikan negara dan bergelar Dato’. Mesej blogger VIP ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Kandungannya adalah seperti yang tersiar di dalam posting di blog beliau, Jumaat, 3 Julai 2009, yang boleh diakses di: luahfikiran.blogspot.com. Sinopsisnya adalah: “MANA PERGI JANJI KERAJAAN BERJIWA RAKYAT? ADUAN KEPADA PERDANA MENTERI TIDAK MENDAPAT RESPONS!” Saya yakin blogger VIP ini faham bahawa apa yang beliau alami bukannya akibat tindakan PM yang disengajakan. Sebaliknya, mungkin terdapat aral melintang di pihak web-master atau moderator kepada E-Maklumbalas yang bertugas untuk PM. Saya harap menerusi posting ini, webmaster atau moderator E-Maklumbalas PM akan segera bertindak dengan sewajarnya. Para pegawai PM yang membaca blog ini juga seharusnya bertindak dengan secepat mungkin kerana blogger yang mengirimkan masalahnya kepada saya ini berbuat demikian atas semangat dan prinsip 1Malaysia Rakyat Diutamakan! – Ruhanie Ahmad. Komen aku:- Kalau Najib tak sibuk, tentu dia akan jawab semua permasalahan rakyat yang dituju terus kepadanya. Jawapannya tentu padat dan cepat. Tak akan timbul isu kat atas.
- Kalau Najib tak sibuk, mengapa dia upah webmaster dan moderator untuk running laman tersebut? Kih kih.
- Kalau Najib tak sibuk, tentu dia tak ke sana dan ke sini dalam satu hari. Budak-budak tengok berita tv pun boleh cerita. Kih kih kih. Bila dia ada masa jenguk laman tu?
Kesimpulannya, Najib amat sibuk.. sekali dengan moderator dan webmasternya, sekali dengan pegawai-pegawainya sekali. Sibuk apa? Sibuk jaga visinya 1Malaysia tapi Rakyat Dikebelakangkan.  Woit, kalau E-Maklumbalas itu direct untuk rakyat kepada PM, maknanya MESTI-lah PM jugak yang jawab apa yang rakyat kemukakan. Bukannya dijawab oleh puak webmaster, moderator atau pegawai tingkat-4 dia tuh! Itu penipu! Itu lepas tangan! Itu sistem Ali Baba! Yang pasti, Najib kini banyak yang mengejarnya. Apa benda atau menatangnya, dia saja yang tahu..
Selanjutnya »
Macam-macam.. Mula-mula yang ini, semalam.

JUMAAT, 03 JULAI 2009 | 10 REJAB 1430H
Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu hentikan serta merta sebarang perbincangan mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti. Keputusan yang telah disepakati dan diterima baik dan telah berjaya meredakan ahli dan penyokong seluruh negara. Oleh itu saya mengharapkan agar semua pihak mematuhi keputusan ini.
Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.
Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat. Kita telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan kita, apakah kita ingin mengundang ribut kali kedua? Atas sifat Pengerusi Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkit lagi.
Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana. Pandangan dan niat baik kita, belum tentu diterima baik oleh orang lain, apatah lagi dalam suasana fitnah yang belum reda sepenuhnya ini. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w : "Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya."
DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN Pengerusi Disiplin Parti Itu kata Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS dalam blog dia. Masuk pulak dalam Sinar Harian 4/7/09. Lepas tu, hari ni.. datang khabar dari Penarik Beca : Jangan lupa, Ketua Pemuda PAS tak tolak bincang perpaduan. Maka, untuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Sesungguhnya Tuan tahu apa yang Tuan tahu. Tuan baru puji langkah Pemuda PAS vs Pemuda UMNO untuk Wacana Ilmiah Terbuka. Ni apa? Adakah ianya tak akan membawa isu ke benda yang Tuan larang itu. Kalau ikut jawatan orang berkenaan dalam perkhabaran itu, memang BERAT. Tapi, rasanya ada lagi sebenarnya. Yang LAGI berat. Maka, apabila peringatan telah diberi, kelak janji Tuan mesti dikota. Jangan sampai orang semua kata, Tuan hanya pandai berkata..
Selanjutnya »
Aku malas nak cerita banyak-banyak. Sebelum itu, kata PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'. Okay, mungkin itu hanya laporan sebelah pihak. Kemudian akhirnya sah. Pemuda Umno akui pecah meja DAP. Bukan itu gangsterisme ? Apa pasai? Jadi, aku semak di Laman SPR untuk ambil data PRU12 tahun 2008 tempohari. Dapatannya seperti berikut: Keputusan PRU12
(( Table: by BTS) | PARLIMEN P.137 Bukit Katil | DUN
N.15 Bachang
| DUN N.16 Ayer Keroh | DUN N.17 Bukit Baru | DUN N.18 Ayer Molek | | :: BN | 30,975 | 8,720 | 8,104 | 7,644 | 6,433 | | :: PKR | 29,217 | - | - | - | - | | :: DAP | - | 9237
| 11,309 | - | - | | :: PAS | - | -
| - | 4,936 | 3,654 | | Jumlah Pengundi | 75,777 | 23,153 | 24,504 | 15,904 | 12,216 | | Peratus Mengundi | 81.92% | 81.35% | 81.43% | 80.77% | 84.24% | | Majoriti | 1,758 | 517 | 3,205 | 2,708 | 2,779 | Apa hangpa rasa? aku rasa, UMNO dan BN Melaka sudah takut. Parlimen Bukit Katil hampir jatuh kepada PKR. DUN N.17 itu pulak, kawasan Ali Rustam. Dia nak bagi kawasan dia dan Parlimen kawasan dia kantoi? Kih kih. Di Parlimen Bukit Katil, ada 4 DUN. 2 DUN dah dipegang DAP, tinggal 2 sahaja lagi BN pegang. Kalau kawasan DAP, dia tak kisah. Tapi kawasan UMNO yang dia amat risau! Parlimen - UMNO nyaris kalah dengan PKR. Kawasan yang dimenangi DAP, bukan calon UMNO bertanding. Selain kerusi Parlimen, yang dia takut ialah 2 kawasan DUN UMNO tu, sebab yang tu vs PAS. Dan undi PAS makin meningkat.. PRU 12 di Melaka menyaksikan sedikit kejatuhan BN di Melaka antara 2004 dengan 2008. Jika tahun 2004 dulu, BN sapu semua 6 kerusi Parlimen, tetapi pada 2008 - hanya tinggal 5 Parlimen milik BN, 1 dah jatuh ke tangan DAP (P.138 Kota Melaka). Dalam pada itu, P.137 Bukit Katil adalah yang paling hampir tumpas pada PKR dengan majoriti tak sampai 1,758 itu.. Manakala untuk DUN Melaka pula, BN masih kuat dengan menang 23 dari 28 dalam PRU12 tahun lalu. Tetapi terlepas 5 DUN pada DAP. Dua DUN di Parlimen Bukit Katil, dan tiga lagi di Parlimen Kota Melaka. Pada tahun 2004 dulu, BN menang 26 DUN dan DAP 2 . Dengan DAP, BN tahu tak boleh buat apa-apa. Dari 2 DUN 2004 dah naik jadi 5 pada 2008. Yang BN marah bila PAS sudah mula buat gerakan besar-besaran di Melaka. Macam kejadian kat pasar malam tu.. Kih kih. Depa takut 2-3 tahun lagi akan terjun seperti Si Luncai BN Kedah, Selangor dan Perak. Ini satu statistik menarik berkaitan Ketua Menterinya sendiri, Ali Rustam. Tahun 2004 dulu, dia menang N.17 Bukit Baru - majoriti 5,992. Kalau tengok jadual PRU12 kat atas tu.. dah susut banyak.. tinggal 2,708 saja pada 2008 lalu. Jadi, apa bakal terjadi dalam PRU13 nanti? Kih kih.. Kejatuhan majoriti BN di Melaka bukan hanya di Bukit Katil sebenarnya, malah seluruh negeri (state-wide) samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Tu pasai ada yang nak pulun projek cepat-cepat sikit. Maka, jelas UMNO dan BN semakin takut.. paranoid. Kemudian marah tak ketahuan, kacau dan nak pukul orang. Tak dapat pukul orang, pukul meja pun jadilah. Kih kih kih. Itulah UMNO Kartun. Dulu bahan caci maki orang, kini jadi bahan ketawa pula. Buruk kelaku sungguh.
Selanjutnya »
Hari ini, Murugiah berjalan lagi. Dulu ke hospital KL - terjenguk doktor-doktor baca suratkhabar & berinternet. Hari ni, Bernama kata dia ke hospital lagi - terserempak pulak dengan kes ibu -ibu muda. PETALING JAYA, 3 Julai (Bernama) -- Seorang Timbalan Menteri terkejut besar ketika beliau melawat ke wad bersalin Hospital Cameron Highlands baru-baru ini dan mendapati kanak-kanak Orang Asli menjadi ibu pada usia yang terlalu muda iaitu antara 11 dan 12 tahun.
Namun begitu, yang lebih membimbangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah adalah kejahilan golongan bawah umur ini bahawa mereka perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka.
Beliau berkata kanak-kanak perempuan terbabit akan pulang ke tempat tinggal mereka di kampung terpencil dan bayi yang dilahirkan itu langsung tidak ada sijil lahir.
"Ini akan membawa masalah bukan hanya kepada anak, ibu bapa malah kepada kerajaan juga di masa depan," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan perumahan Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, Murugiah berkata beliau akan membawa isu itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi melihat sama ada mereka boleh melantik segera seorang pegawai khas untuk mengendalikan kes sedemikian.
Murugiah berkata kes serupa turut berlaku di Sabah serta Sarawak dan penyelesaiannya perlu dicari bagi mengelak masalah di kemudian hari.
Katanya setiap tahun jumlah aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam mengenai kanak-kanak tanpa sijil lahir adalah tinggi dan tugas menyelesaikan sebahagian daripada kes itu agak mencabar. Kenapa BN risau? Jika ibu muda yang berumur 11-12 tahun itu kerana tidak bersekolah - itu salah BN.. sapa suruh tak buka sekolah khas untuk orang asli di tempat depa. Mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli? Ada jenguk ka kebajikan dan keperluan masyarakat sendiri? Setakat umur 11-12 tahun itu, aku sikit tak risau. Kih kih kih.. BN Kartun saja yang risau. Betul.. Puak orang asli antara kaum yang lewat daftar surat lahir. Itu yang lahir di hospital.. bagaimana dengan yang beranak nun dalam belantara? Merek bukan komunis, mereka bukan pendatang haram. Mereka anak watan! Anak pribumi Malaysia. Kerana lewat daftar kelahiran, umur depa yang sebenar adalah lebih dewasa dari yang tersurat dalam surat beranak. Sebab itu kalau ada pertandingan sukan peringkat sekolah rendah, pi tengok saiz budak dari sekolah orang asli. Dah berkumis.. kih kih. Sebab itu depa selalu wakil negeri untuk sukan.. sebab advantage ada. Setakat lompat jauh, lompat tinggi - kacang saja. Kalau ada lawan gusti dalam MSSM, tentu depa menang. Sebab tu, aku tak heran ada ibu-ibu orang asli yang berumur 11-12 tahun. Sebab umur depa lebih dewasa dari yang sebenar - jangan terkejut jika mungkin 4-5 tahun lebih tua. Maka, pada umur 15-17 tahun memang tahap kesuburan depa paling tinggi. Agaknya Menteri tu lagi terkejut beruk, kalau dikatakan bapa-bapa bayi itu pun berumur 12-13 tahun. Kih kih. ya, sebab memang mereka sudah dewasa. Jadi, mengapa BN risau dengan isu surat beranak? Paling mudah, macam ni. Bila tidak daftar, anak tu nanti tak dak IC. Bila tak dak IC, nanti tak buleh mengundi. Penat saja, hantar bertong2 duit dan arak ke rumah panjang macam di Sabah Sarawak tu bila musim pilihanraya, kalau penghuninya tak boleh mengundi. Rugi lah BN. Kih kih. Bila tak dak surat beranak, kerajaan tentu disalahkan kalau budak-budak tu tak boleh bersekolah seperti isu di Sabah. Last-last, Hishammuddin semasa masa jadi Menteri Pelajaran paksa sekolah kasi masuk jugak budak-budak ni - walau tanpa surat beranak. Nak bagi senang orang pendatang Filipina jadi warganegara? Supaya boleh undi BN? Gila hapa. Gila pun tak apa.. sebab Sabah adalah lubuk parlimen untuk kesinambungan hayat Kerajaan Pusat BN. Kih kih. Bagi aku.. yang salah bukan orang asli. Yang salah agensi kerajaan BN Kartun yang tak meneroka permasalahan orang asli. Bukan mereka jahil. tetapi mereka tidak diajar dan dididik. Kalau mereka tak buat surat beranak, kenapa tidak diajar kaedahnya. Itupun baik juga mereka sanggup beranak ke hospital.. kalau beranak guna bidan kampung depa kat pedalaman tu..? Lagilah tak dak surat beranak.. bukan ka. Darjah ketersampaian yang rendah untuk ke petempatan orang asli yang terpencil, bukan alasan BN mengatakan mereka jahil. Sebab itu orang asli tak dapat pendedahan tentang agama, juga isu semasa. Mereka di'jahil'kan oleh BN - agar tidak menuntut hak mereka. Macam kisah tanah pribumi orang asli Pahang dirampas lebih 50%. Mereka tidak jahil.. tetapi mereka ditindas dan dianaktirikan. Oleh siapa?.. siapa lagi, kalau bukan BN Pahang yang celaka.
Selanjutnya »
Misteri yang menyelubungi peti besi milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama terbongkar hari ini, Khamis 02/07/2009. Ia mengandungi sembilan kotak yang menyimpan pelbagai barang milik Almarhum yang dipercayai dihadiahkan oleh pemimpin luar negara dan tempatan. Penemuan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengarahkan pihak Arkib Negara membuka peti itu hari ini, yang merupakan salah satu artifak yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini. Berita mengenai peti misteri tersebut didedahkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris minggu lepas. Pakar-pakar dari syarikat Chubbsafes menggerudi selama setengah jam sebelum dapat membuka peti Stafford buatan British seberat 300 kilogram itu. Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu, Rais menemui sebuah jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya dari bekas Datuk Bandaraya New York, Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit dari Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan dari bekas Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan. Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65. "Ada pihak yang mengatakan ia mengandungi dokumen-dokumen penting negara, tetapi nampaknya sangkaan Arkib Negara bahawa ia ada barangan bernilai adalah benar. "Penemuan ini sangat bernilai dan kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua artifak yang dijumpai ini," kata Rais kepada wartawan yang turut dijemput menyaksikan isi kandungan peti tersebut. Mengenai status hak milik artifak berkenaan, beliau berkata ia adalah hak milik negara. "Semua artifak ini berkaitan dengan pemberian hadiah kepada negara dan akan menjadi milik negara manakala soal pemilikan peribadi keluarga tidak timbul setakat ini," katanya. Rais berkata Arkib Negara juga diarahkan untuk menyenarai dan mengambil gambar semua artifak di dalam peti itu serta merta dan dikemukakan kepada Jemaah menteri sebelum dipamerkan secara rasmi sebagai warisan negara. Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman beliau di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970. Peti itu kemudiannya diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Resindensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara. ( Sumber: Bernama - 2/7/09 - 21:09pm) Kih kih kih. Ingat berat 300 kg, kot-kot ada la emas 200kg kot.. boleh kenduri. Rupanya, Tunku nak bagi pelajaran kat UMNO.. jangan rosakkan harta negara.. nanti kerja sia-sia, tak dapat apa.. kih kih kih. Si Rais - gerudi jangan tak gerudi. Harta negara walaupun peti besi memang perlu digerudi. Apa boleh angkut, mesti diangkut! Kih kih. Elok-elok peti itu disimpan, dah dirosakkan pulak. Lepas ni, peti nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga! Sebijik macam UMNO Kartun buat kat negara Malaysia jugak. Kasi rosak semua. Gerudi jangan tak gerudi.. semua hak negara. Royalti tok sah bayaq, itu hak negara. Lepas ni, negara nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga! Kepala hotak depa.
Selanjutnya »
Lawak sungguh cerita berkaitan empat orang Ketua Pemuda UMNO yang kena denda dek Parlimen RM1000.00 seorang hari ini. Tup.. tup.. timbul berita kata nak buat kempen kutip sorang sekupang untuk ahli UMNO Selangor untuk bayar denda tu, di Malaysiakini - 30/06/2009 - 7:56pm tadi. Ketua Pemuda bahagian Serdang, Engku Salleh Engku Abdul Jamal yang turut didapati bersalah berkata, setiap ahli pergerakan itu di negeri tersebut akan menderma 10 sen seorang untuk membayar denda tersebut.
“Saya setuju dengan cadangan supaya setiap ahli Pemuda membayar 10 sen seorang kerana inilah masanya untuk mereka menunjukkan perpaduan di kalangan ahli,” kata Engku Salleh ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Sikit pun aku tak percaya. Kih kih kih. UMNO mana biasa main duit sekupang lima duit nih. Depa main riban-riban saja. Tambah pulak ketiga-tiga orang Ketua Pemuda lain itu.. Latt Sharizan Abdullah (Petaling Jaya Utara), Megat Zulkarnain Omar Din (Gombak) dan Zahari Shaari (Shah Alam). Semua ini bukan calang-calang. Fulus masyuuk. Aku teringat kata seorang sahabat aku yang hingga kini 'masih' ahli UMNO. Dia ni ahli UMNO masa baru mula kerja dulu - dekat 20 tahun lepas. Jadi, bila ada ura-ura nak tubuh cawangan baru UMNO di kawasan dia, kena ada jawatankuasa penaja. Jawatankuasa penaja ni pulak mestilah ahli baru. Jadi masa tu sahabat aku tu memang tak dak masuk parti apa pun lagi. "Available". Maka masa tu, denagn sedikit pujukan rakan, dia pun sukarelalah buat kerja sukarela tu. Isi borang sikit, sign.. tu saja. Lagipun, duit yuran pendaftaran tak payah bayar. Ada orang sponsor, kata puak tertinggi penaja. Masa dia pi mesyuarat agong kali pertama cawangan, nah! dia dicalon jadi Ketua Cawangan. Dia tak berminat.. jadi dia tolak dengan berlapik. Kalau dia bertanding masa tu, katanya confirm menang. Dan katanya.. itulah kali pertama dan terakhir dia menghadiri mesyuarat agong UMNO cawangannya, juga secara terlibat langsung berkaitan parti tersebut. Selepas itu, dia terus sibuk dengan kerjanya yang tak berkait dengan politik.. sibuk dengan hal-ehwal keluarga, macamlah juga kebanyakan orang lain. Okay.. itu cerita dulu.. La ni dia bukan penyokong UMNO. Dia penyokong PR, lama dah. Dulu, masa daftar UMNO.. katanya dia bodo lagi. Apa pun tak tau pasal politik. Sekarang kan semua orang makin cerdik? Yang seronoknya ialah baru-baru ni dia cerita satu benda.. Baru-baru ni dia ada terjumpa satu blog pro-BN Kartun yang buat pautan ke laman semakan keahlian UMNO. Dia terkejut.. dia isi IC dia saja.. nah! keahliannya masih AKTIF. Setelah dekat 20 tahun.. Bila dia sembang kat aku pasal benda tu, aku kata - UMNO memang kaya - tapi bodo sombong. UMNO sombong pasai dia bangga keahliannya berjuta-juta. UMNO bodo pasai dia ingat semua ahli-ahlinya yang berdaftar itu tentu menyokongnya dalam pilihanraya. Selagi mana-mana ahli tak mohon keluar parti atau dipecat, tentulah semuanya itu macam ahli -ahli setianya. UMNO kaya pulak sebab dananya besar. Takat yuran keahlian ahli-ahlinya, tak ada masalah punya. Itu pentingnya banyak projek untuk kontraktor-kontraktor UMNO dan BN. Lagi banyak projek, banyaklah sumbangan dananya. Jadi akhirkata.. empat Ketua Pemuda UMNO itu tak payah cerita la.. pasai kempen kutip sekupang ka sehinggit ka.. apa ka. Akan ada yang sponsor punya. Poket sendiri pun bukan main sendat.. bukan ka? RM4000 bukan tara mana, bukan ka? Toksah buat lawak la.. Kih kih kih.
Selanjutnya »
Hari ini, jelas mengapa Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tidak disukai oleh UMNO dan BN.  Menurut Pak Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Nazri Aziz: " Studies have shown that the IPCMC would have too much power as the investigator, the prosecutor, the judge and the executioner. This concept is against the Federal Constitution and existing laws". Ceh! Mana kajian dia? Mana bibliografinya.. mana respondennya.. mana sampelnya.. mana hasil pembentangan kajiannya..? Setakat cakap, semua orang boleh jadi Menteri kalau setakat cakap macam itu. Jika IPCMC berperanan menyiasat, mendakwa, menghakimi dan menghukum - itulah suruhanjaya bebas yang pertama kali wujud di Malaysia. Selama ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu semua suruhanjaya bebas? Bebas hapa.. bebas taik kucin depa. Pada pandangan aku, UMNO cukup takut dengan syor IPCMC. Segala aib korupsi dan salahguna kuasa bakal memalit pada muka para pemimpin UBN sekoq-sekoq, termasuk atasan PDRM sendiri. Nak tengok sekoq-sekoq masuk "rumah batu berjeriji" bolehlah. Sebab itu ketika PakLah cadangkan IPCMC, geng polis pula berkempen menolaknya dalam buletin dalaman mereka sendiri. Tak salah jika Harakah dulu melaporkan: "Malaysia - negara polis?". Dahsyat cerita di situ. an old kampung man once said: "with IPCMC, those UBN-PDRM folks will obtain NO power to reach their daily and monthly ca$he$ and cheque$ revenue anymore." that's all folks ?
Selanjutnya »
Asalnya dua kisah.. pasal Karpal Singh hari ini. Kisah Satu:4 orang Pemuda UMNO Kartun yang kepung Karpal kena denda RM1,000.00 dek Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat. Sebabnya, kepung Karpal "OKU" di luar parlimen 26 Feb, 2009 dulu. Hukuman itu maksimum berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 9 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Empat bulan baru dapat keputusan. Cepat ka lambat..? Aku ingat Ketua Hakim Negara saja yang komplen hakim mahkamahnya lembap. Rupanya ada lagi puak lain pun sama. Kisah Dua:Karpal kata RM1000 itu tak munasabah untuk kesalahan tersebut, suatu penghinaan. Aku setuju jugak - jika dari segi nilai denda.. RM1000 hanya besar di zaman 1952 sewaktu akta tersebut digubal dan dikuatkuasa. Sekarang setelah 50 tahun bagi ahli politik puak UMNO, RM1000 tu mungkin macam RM10 saja kot. Tak lekat celah gigi pun.. kot.. pada depa. "Lain kali, kita buleh buat lagi!" Maka aku tambah dengan Kisah Ketiga:Andailah puak polis yang merempuh bersenjata (semi-merampas kuasa jugak tu) di DUN Perak tempohari.. berapa agaknya denda depa kena bayar. Rasanya memang tiada akta DUN Perak seperti di parlimen. Kalau ada pun, mungkin dua kupang lima duit sahaja. Pengeras.. untuk para 'yang bijaksini' berkaitan. Yang mahai tu.. Karpal dikepung puak UBN di bangunan bangunan, luar dewan - tak bagi masuk. Yang si Sivakumar, Speaker Perak pulak dicempung dari dalam dewan - usung keluar dewan. Yang mana lagi teruk? Yang mana confirm - physical assault?
Selanjutnya »
Diberitakan semalam dalam TheNutGraph (29/06/2009 - 7.33pm) bahawa perwakilan orang asli menghantar satu memorandum kepada ahli-ahli parlimen PKR untuk memprotes penafian kerajaan BN Pahang untuk mewartakan tanah-tanah tradisi Orang Asli. Memorandum itu juga memprotes langkah kerajaan negeri membenarkan pemilik-pemilik ladang membuka tanah pertanian di tanah-tanah tradisi Orang Asli. Menurut Yusri Ahon, Penolong Setiausaha Kg. Orang Asli Sg. Mai, Jerantut - adalah menjadi hak dan kewajipan untuk mempertahankan tradisi dan budaya komuniti mereka selama ini dari ditindas. Yusri berkata bahawa dalam mesyuarat majlis eksekutif negeri Pahang pada 1997 telah menetapkan bahawa semua tanah dimiliki penduduk pribumi hendaklah ditukar kepada tanah simpanan persekutuan di bawah Seksyen 7(1) Akta Orang Asli 1954. Celakanya, pada masa yang sama, kerajaan negeri menolak untuk mewartakan tanah milik Orang Asli. "Kami penduduk pribumi asal, tetapi seperti kami menyewa tanah yang dimiliki kerajaan," kata Yusri. Katanya lagi, beberapa kawasan tanah milik komuniti Orang Asli dilupuskan di bawah polisi kerajaan Pahang, termasuk tanah perkuburan nenek moyang mereka. kehilangan tanah itu menyukarkan pertanian tradisional mereka - padi huma - sebagai pertanian sara diri mereka selama ini. Orang asli sebelum ini menuntut cuma 127,706 hektar tanah di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, di bawah polisi undang-undang tanah baru pada November 2008 oleh oleh Menteri Pembangunan Tanah dan Wilayah, Muhammad son of Muhammad Taib, para penduduk pribumi Semenanjung itu telah kehilangan 69,698 hektar tanah hak mereka. Banyak tu.. 54.6% hilang, yang tinggal 45.4% sahaja? Gila babi punya Mike Tyson. Dalam satu sidang akhbar di Parlimen semalam, Ahli Parlimen PKR bagi Kuantan, Fuziah Salleh, berjanji akan melakukan apa yang termampu untuk menyampaikan memorandum tersebut kepada kerajaan BN Pahang. Macam itulah.. dengarnya dulu ada tokoh pemimpin BN minta rakyat Melayu mengenangkan isu penaklukan Tanah Besar Amerika di zaman dahulu hingga kaum Red Indian kehilangan hak dan tanah. Konon agar jangan terjadi begitu pada kaum Melayu di Malaysia ini, pada masa ini. Konon negeri Perak akan terjajah oleh Cina DAP. Alasan paling kartun aku pernah dengar. Tapi mereka terlupa.. kaum asli di Malaysia lah yang sebenarnya menerima nasib seperti Red Indian. Tak pernah belajar sejarah ka puak-puak ini ? Dan untuk Tok Nan - MB Pahang, jawablah sementara kamu di dunia. Berat nanti kalau nak tunggu di akhirat. Orang Asli ka, orang kafir ka.. semua diberi hak bertanya kenapa mereka dizalimi dalam Mahkamah Allah di Hari Perhitungan. Apa kamu nak jawab depan Rabbul Jalil nanti.. ? Itu satu perkara.. Lagi satu perkara.. kenapa nak kaitkan ke Manek Urai? Sebab Kerajaan Persekutuan BN Kartun telah menafikan hak royalti minyak hak milik rakyat peribumi Kelantan! Tu pun dok beda'ah lagi.
Selanjutnya »
Terbaru dari TheMalaysianInsider - 30/06/09 - 7:27am pagi ini, Bernard Madoff, 71, dihukum dipenjara 150 tahun - hukuman maksimum di atas jenayah jahat luarbiasa dalam penipuan terbesar pelaburan Wall Street bernilai USD 65 bilion. Krisis kewangan ini dikatakan terbesar sejak era Kemelesetan Besar 1930-an. Okay.. 150 tahun penjara. Ini bermakna kalau ikut hukum akal, dia bakal menamatkan hayatnya dalam penjara. Kecualilah dia dipanjangkan umur oleh Tuhan hingga berumur 221 tahun (Guiness World Record), dapatlah dia menjenguk lagi dunia pada tahun 2230 kelak. Kita pun entah dah tak ada.. Para pelabur yang tertipu bersorak dan bertepuk tangan ketika hakim Denny Chin menjatuhkan hukuman. Apa maknanya? Semua orang suka bila yang bersalah dihukum setimpal dan adil. Dengarnya Kerajaan BN juga memanipulasi wang rakyat Malaysia.. juga menyalahgunakan kuasa. Dengarnya juga, ada rampasan kuasa dan pemerintahan kudeta. Entah negeri mana tah.. dengarnya di Perak. Dengarnya juga ada negeri tidak diberi royalti minyak.. Kelantan rasanya.. Bagaimanapun, dengarnya pula.. tiada kes sebegitu pula di Malaysia..? Kerajaan BN menafikan. Kalau kes dibangkitkan di mahkamah, yang failkan kes silap-silap boleh dipersalahkan pula.. Ya.. kehakiman di bawah kerajaan BN. BN apa?.. BN Kartun. Adil? Piirah.
Selanjutnya »
 Berita sedih... berikut adalah laporan Bernama-19:26pm malam ini. Kerajaan Timbang Gelaran 'Tun' Untuk Datuk Onn : Najib
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) - Kerajaan sedia menimbang cadangan untuk mengurniakan darjah kebesaran membawa gelaran 'Tun' kepada pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam jawapan bertulis kepada Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri berkata pengurniaan darjah kebesaran itu adalah berdasarkan sumbangan besar Onn ke arah menyatukan rakyat Malaysia (Persekutuan Tanah Melayu ketika itu) dan perjuangan mencapai kemerdekaan negara.
Selain jasanya mengasaskan Umno, Allahyarham Onn juga banyak sumbangan ke arah meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dengan menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa.
Allahyarham telah memainkan peranan yang penting dalam memulakan langkah untuk Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Onn meninggal dunia pada 1962 pada usia 67 tahun. Kesian arwah.. Pelopor UMNO yang dilupakan. Dah 2 generasi baru nak teringat semula jasanya... setelah setengah abad. Itupun setelah diperingatkan oleh orang Ledang kepada orang Pekan. Atau baru orang Pekan teringat bahawa arwah itu bapa saudaranya sendiri.. atau segan nak menolak cadangan itu sebab ada orang Sembrong, anak arwah merangkap sepupunya di dalam kabinet. Tunku Abdul Rahman tak ditimbang sekali untuk dapat Tun ka? PM nombor wahid tu.. PM nombor ithnain, thalatha, arba', khomsa.. semua dah dapat Tun. Depa terlupa kot.. Tak pa, Melayu kan mudah lupa..
Selanjutnya »
TERKINI laporan Bernama-16:40pm : Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini. Amboii.. mudanya dia.. sebaya KJ (semi-PM Malaysia), sebaya Omar Mustapha Ong (semi-Pengarah Petronas). Memudakan UMNO, idak gitu? Kih kih. Tuan Aziz ni kelulusan dia Sarjana Muda Pengurusan dari UTM, grad 1994. Takat tu sajalah. Muda sungguh jadi Pengurus (bahagian pemantauan projek) Kesedar, muda sungguh jadi calon ADUN. Bagus le tu.. Kih kih. Dalam pada itu, jelaslah dua orang calon BN Kartun Manek Urai yang lebih senior - Naib Ketua Umno bahagian Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan sudah tertolak. Kak Ani Calon Wanita Kuala Krai juga turut berputih mata. Kih kih. Politik UMNO memang Kartun. Sebelum ini, Tuan Aziz dimaklumkan berkata beliau "tidak tahu" siapa yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai. Katanya, jika boleh, beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di situ. Kih kih.. merendah diri tu memang bagus kan? Tuan Aziz bukan anak tempatan Manek Urai. Kih kih. Berdasarkan sumber dalaman - Tuan Aziz Tuan Mat ialah Ketua Pemuda Bahagian. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan kurang disenangi oleh penduduk Manek Urai. Ramai yang beranggapan sebelum ini bahawa jika Tuan Aziz dipilih, BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS, Hj. Mohd Fauzi Abdullah, 50, sukar ditandingi oleh Tuan Aziz. Paling menarik, sebelum ini juga Kem Lobi UMNO telah pun berpecah dua. - antara Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan satu lagi, Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Nahhh.. akhirnya dua-dua terlopong. Kih kih. Tak tahulah yang mana dalam kem tersebut akan sokong Tuan Aziz. Aku takut kalau kedua-duanya pun tak sokong calon pilihan Mustapha & Muhyiddin Yassin ni. Muahahaa.. kesian Tuan Aziz. Akhir kata, "Selamat datang" Tn. Hj. Mohd Fauzi. "Bai bai" Tuan Aziz. Wassalam.
Selanjutnya »
Krisis Perak masih belum berakhir. Pusingan awal, dimenangi Nizar di Mahkamah Tinggi - mengesahkannya sebagai MB Perak. Suku akhir, dimenangi oleh Zambry di Mahkamah Rayuan - menangguh Nizar sebagai MB . Kemudian Zambry menang lagi di separuh akhir di Mahkamah Rayuan dengan 3 orang hakim. Selepas ini akan masuk pertandingan akhir - Mahkamah Persekutuan. Aku sepertimana orang-orang lain berasa Nizar bakal dikalahkan lagi, untuk kesekian kalinya. Ada beberapa sebab aku menyatakan begitu. 1. Hakim Mahkamah Persekutuan - 5 orang sahaja.. ? Mahkamah Persekutuan menolak permohonan 11 orang hakim untuk menghakimi kes rayuannya. 5 orang hakim saja yang akan mendengarkan kes itu kelak. Mengapa? tiada alasan diberikan. Sebagai mahkamah tertinggi di Malaysia, yang tiada lagi proses rayuan lagi selepas itu - hakim seramai 5 orang adalah tidak rasional bagi kes sebesar ini. Adakah ianya susah? atau Ketua Hakim Negara menganggapnya isu remeh? Komplot kehakiman terburuk di Malaysia. 2. Sabotaj Penghakiman Bertulis oleh Hakim Mahkamah RayuanDijanjikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan untuk memberi laporan bertulis dalam tempoh seminggu selepas keputusan lisan dibuat. Apa yang berlaku ialah ianya dikeluarkan setelah lebih sebulan. Sedangkan, peguam Nizar memerlukan 'sebab-sebab Nizar kalah' dari laporan penghakiman tersebut untuk menimbulkan persoalan dalam rayuannya ke Mahkamah Persekutuan. Paling teruk, Nizar perlu buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dalam tempoh sebulan dengan asas persoalan keputusan hakim mahkamah rayuan. Jadi, bila laporan bertulis oleh hakim mahkamah rayuan selepas sebulan, aku tercium bau telur kemuruk yang cukup busuk. Susah sangatkah buat laporan bertulis itu? Hakim Mahkamah Tinggi dahulu dapat keluarkan laporan penghakimannya 76 mukasurat dengan pantas dalam beberapa hari sahaja. Hakim Mahkamah Rayuan lembap.. 3 orang pulak tu.. kenapa? Ada udang di sebalik batu? Semasa peringkat suku akhir dulu, lagi karut. Seorang hakim Mahkamah Rayuan siri pertama - Si Ramly Ali bagi keputusannya dalam 5 minit saja. Sampai sekarang, haram tak dak penghakiman bertulis. Si Ramly tu baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah. Cukup junior untuk mengadili kes yang besar, berseorangan. Tapi tak kisahlah, sebab memang nak bagi Zambry menang, kan? Tapi Si Ramly ni dia baca tak Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.3. Ketua Hakim Negara Yang Tidak Boleh DipercayaiSeorang 'bekas' pejuang totok UMNO. Seorang peguam pertama dilantik terus loncat ke jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan. Kemudian diloncatkan lagi jadi Ketua Hakim Negara, dengan meninggalkan betapa ramai Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan ketika itu. Siapa pilih? Pak Lah. 4. Asas Penghakiman Bertulis Yang LemahHanya 49 mukasurat? Dua saja laporan dikeluarkan Jumaat lepas? si Md Raus Sharif dan Ahmad Maarop.. Seorang hakim lagi, Zainun Ali - kononnya Isnin ni baru boleh keluarkan.. alasannya: " computer glitch" ?. Mangkuk. Kelemahan-kelemahan yang berbentuk komplot sabotaj. Kesimpulan: Kehakiman sudah lingkup, selingkup legislatif dan eksekutif di Malaysia. Itulah apabila politik menguasai ketiga-tiganya. Bukan 1Malaysia, tetapi LingkupMalaysia. Adakah selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 'yang sudah boleh dibaca' kelak, krisis Perak akan berakhir? Kih kih kih. Malam sikit. Kita tunggu penghakiman rakyat dalam PRU13 2-3 tahun akan datang. Bukan Nizar vs Zambry lagi.. tetapi Piala Malaysia, Piala Perak. Rakyat tidak akan perlu beri penghakiman lisan atau bertulis berpuluh mukasurat. Mereka cuma 'memangkah'. . siapa mereka pangkah, nanti kita lihat!
Selanjutnya »
|