Bila Gendang Perang Salib Dah Berbunyi..

Dulu timbul isu perkataan 'Allah' oleh majalah Kristian mengusik sebahagian golongan muslim. Bagi aku, Allah itu Tuhan Semesta Alam. Ok.

Hari ini, laporan polis dibuat oleh 2 orang Nasrani Katolik terhadap majalah Al-Islam. Ini berikutan atas usaha penyamaran wartawan majalah itu ke dalam gereja untuk membongkar isu remaja murtad. Kononnya, kisah pemberian 'roti putih suci' diluah wartawan dan diambil foto telah menaikkan marah puak katolik itu.

Dengarnya pula, Bukit Aman akan ambil kes. Hrm.. ke mana arah lepas ini. Nak herot sana ka, atau nak herot sini..

Aku tak mau komen banyak. Takut nanti aku mula mencarut.. atau mula nak mengasah benda-benda yang dah lama tak diasah.

Baca sini. Baca juga Al-Islam Mei, 2009.
Selanjutnya »

PPSMI : Kerajaan Bakal Terus Bazirkan Beratus Juta!

Hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi mengatakan pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta setahun. Sekali pandang, dengan angka itu nampak banyak juga wang kerajaan boleh diselamatkan. Tapi bila tengok dua kali pandang, nampak pula pembaziran beratus juta ringgit bakal terus berlaku hingga pemansuhan sepenuhnya tahun 2014.

Kata Si Puad, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu 5% tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10% pula untuk mereka berkelulusan diploma.

Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara.

Baik.. Maknanya fakta angka dari Si Puad itu menunjukkan sejumlah 107,986 (guru sekolah rendah) dan 52,170 (guru sekolah menengah) akan makan elaun buta (bukan gaji buta). Jika selama ini memang guru Sains Matematik tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, mereka akan kekal sebegitu hingga 2014. Jadi apa faedahnya elaun itu lagi?

Aku memahami jika pemansuhan PPSMI itu beransur-ansur untuk merangka semula kandungan pelajaran dan mengeluarkan buku teks baru. Tapi adalah lebih elok kalau guru-guru Sains Matematik ajar semua murid dalam bahasa ibunda terus mulai 2010, tahun depan. Elaun BISP dah boleh ditarik balik dan jimatkan RM40 juta setahun. Dari tahun 2010 hingga 2012 (tahun mula PPSMI mansuh berperingkat) saja sudah membazir duit rakyat lebih RM100 juta! Dalam pada itu, pemansuhan PPSMI sepenuhnya lambat lagi - tahun 2014!.

Susah ka? Ianya hanya ilmu hisab, ilmu kira-kira yang cukup mudah. Sebenarnya bukan susah nak jimat duit.. tapi lagi senang nak bazirkan duit. Tengin. BN Kartun.

Si Mahathir pulak, marah sungguh PPSMI nak mansuh. Dia buat undian di blog dia samada sokong atau bangkang pengajaran dalam BM. Tapi, 'poll' di blog dia macam tak boleh percaya.. orang boleh undi banyak kali. Undian pro-BI sentiasa bertambah setiap beberapa saat. Macam ada komplot nak naikkan undi saja, kih kih kih. Pi sana tengok..

Selanjutnya »

PPSMI - Projek Enjin Sangkut BN Yang Tersangkut

Hari ini, PPSMI sah akan dimansuhkan mulai 2012. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Muhyiddin, Menteri Pelajaran memberikan beberapa keputusan kementeriannya bagi bahasa digunakan untuk subjek Sains dan Matematik:
  • SK - BM akan menggantikan BI untuk mengajar dua matapelajaran itu.
  • SJK (C) dan SJK (T) - akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Kerajaan mengakui PPSMI banyak kelemahan. Antaranya yang jelas ialah:
  • Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar semakin melebar sejak 2003.
    • Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR 2008 telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
    • Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.
  • Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
  • Dalam kajian sama, didapati dalam mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.
  • Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
  • Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
  • Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
  • Pemantauan kementerian pada 2008 mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
  • Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.
  • Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Terdapat beberapa komen berikutan keputusan kerajaan tersebut. Antaranya:

  • Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.
  • Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'. Ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi. Contohnya, pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.

Kih kih. Itulah.. Projek kelam kabut, tentunya kesannya huru hara. Yang lingkup anak watan, yang untung hanya pihak kontraktor pembekal alatan PPSMI, 'orang-orang yang kowtim' dengan kontraktor dan guru PPSMI yang mendapat elaun tapi tidak bercakap BI.
Selanjutnya »

Indeks Jenayah Kedah Turun 8% - Syabas

Indeks kadar jenayah di Kedah bagi tempoh separuh tahun ini turun 8.25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan.

Beliau berkata jumlah kes jenayah turun daripada 7,185 kes dalam tempoh itu tahun lepas kepada 6,573 kes tahun ini, iaitu penurunan 612 kes.

Katanya walaupun Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi tetapi dalam tempoh separuh tahun ini, ia menurun sebanyak 83 kes iaitu 1,750 kes dilaporkan berbanding 1,833 kes tahun lalu.

"Kegiatan jenayah dapat dicegah jika ada perancangan yang sistematik dan komitmen masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Komuniti Simpang Kuala di sini Selasa.

Syed Ismail berkata kadar jenayah di kawasan bandar raya itu juga dijangka akan terus menurun ekoran kesedaran orang ramai membantu polis untuk mencegah jenayah.


Agak-agaknya adakah faktor Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (majoriti PAS) adalah salah satu Key Perfomance Indicators (KPI) bagi penurunan kadar jenayah itu? Jika TIDAK, sekurang-kurangnya orang Kedah semakin baik.. tahniah. Satu kejayaan juga bagi Kerajaan PR. Jika YA, sememangnya ia kejayaan yang membanggakan bagi Kerajaan PR di Kedah.

Aku hormat polis yang mendengar suara rakyat, juga rakyat yang turut menghormati polis. Win-win. Masing-masing menjalankan tugas dengan baik. Hubungan baik antara rakyat dengan polis mencerminkan kejayaan bersama.

Syabas rakyat Kedah. Kekalkan pimpinan negeri anda!
Selanjutnya »

Kisah Seorang 'Somebody'

Aku mendengar kisah dari seorang VIP 'gerak saraf' Kementerian Rais Yatim hari ini.

Antara yang disampaikan ialah:

  • Kekalahan BN adalah tiada slogan kuat dari PakLah untuk PRU12. Promosi Islam Hadhari membazir dan mengelirukan. Maka Najib cepat-cepat bersedia dengan 1Malaysia sebelum PRU13. Dikhuatiri ini juga mengelirukan.
  • Sentimen rakyat dalam PRU12 adalah amat benci pada BN. Dikhuatiri sentimen berterusan ke PRU13 dengan PRK yang bersilih ganti dengan keputusan yang dimenangi pembangkang.
  • Kementerian Penerangan tewas dengan bloggers pro-pembangkang. Bloggers amat pantas manipulate sebarang kenyataan kerajaan dan menentangnya mengikut kepentingan. Maklumat mereka banyak dari pelbagai sumber. Calon BN Bukit Gantang kalah dengan isu 'Danok', Calon Kuala Terengganu kalah dengan isu 'Sombong'. Bloggers pro-PR kreatif dalam manipulate gambar. Jentera petugas parti amat cekap dan laju.
  • Kementerian Penerangan kalah, selalu lambat untuk mengeluarkan sesuatu item, brosur, sepanduk atau media kerana birokrasi yang panjang. Maklumat awal dan maklumat balas sentiasa sudah terlewat.
  • Datuk Rais bimbang kalau nanti ada orang gantikan slogan 1Malaysia dengan ¾Malaysia (Tiga Suku Malaysia). Yang ni aku tergelak.
  • Luahan hati peribadi...
    • Kakitangan dari Kelantan dan Terengganu sukar naik pangkat di level tertinggi - buruk sangka dan hasad dengki.
    • "Penat saja saya sokong UMNO selama hari."

Kih kih kih.. tapi.. kesian pun ada.
Selanjutnya »

LHDN Nak Dikorporat? Siapa Mangkuk Itu?

Apa ke jadah ni?

LHDN Dicadang Jadi Satu Badan Korporat

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Seorang Senator mencadangkan pada Isnin agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikorporatkan bagi membolehkan ia melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.

Senator Datuk Akhbar Ali berkata jika LHDN dapat diperbadankan dan tidak di bawah seliaan Kementerian Kewangan, agensi itu mampu menguruskan kewangan serta merangka organisasi sendiri tanpa perlu merujuk kepada kementerian terlebih dahulu.

"Jika LHDN diperbadankan, segala pengurusan kewangan, penambahan kakitangan dapat dilakukan oleh LHDN sendiri tanpa perlu meminta kuasa daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia juga dapat menjimatkan masa tidak perlu memohon dan menanti dari dua pihak pula, sebaliknya LHDN diberikan kuasa untuk melaksanakan sendiri," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 di Dewan Negara di sini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDM) adalah agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan.

LHDN ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperoleh lebih kuasa terutama dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Akhbar berkata dengan pemberian kuasa (hak kepada LHDN) bagi menguruskan kedua-dua perkara berkenaan, LHDN akan dapat meningkatkan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan.

"Kalau LHDN sudah diberikan kuasa, maka agensi itu akan menjadi lebih cekap, memandangkan LHDN mempunyai sumber-sumbernya sendiri yang boleh dikawal. Jadi jika dia nak minta tambah kakitangan, dia doleh uruskan sendiri tak perlu ke kementerian atau JPA yang memakan masa yang lama untuk diselesaikan," katanya.

Persidangan Dewan disambung esok.


Siapakah pencadang itu? Dia nak Lembaga Hasil Dalam Negeri mula berorientasikan keuntungan? Ada ka badan korporat dalam dunia ini yang hanya buat 'social obligation' - berkebajikan tanpa 'profit taking'. Habaq mai..

Mula-mula nak dapat 'kuasa' - konon nak urus 'human resource' sendiri - lepas tu nak 'urus kewangan sendiri' .. lepas tu apa? hah! penaik cukai gila babi - sebab nak untung. Yang mampus - rakyat, para pembayar cukai. Ini bau bukan macam 'Belanda nak minta tanah' tapi macam 'Israel nak rampas tanah'!

Pada aku, sebagai seorang Senator - Akhbar Ali ini patut buat cadangan lain yang lebih baik. Bukannya cadangan kartun sebegini. Jenis nak manipulate duit.. perangai UMNO sejati.

Siapa Akhbar Ali ?? Latarbelakangnya: Bendahari UMNO Jasin; Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka; Pengarah Eksekutif, Direktorat Pelaksanaan Negeri Melaka; Pengurus MAIM Travel, dan Pengarang 'Melaka Hari Ini'.

Nak tahu siapa dia, jawatan dia - baca di sini, apa Harakah kata pada bulan Ogos 2008. DAP pun bangkang dia jadi Senator dulu.

Bila aku teringat Jasin, aku teringat sorang Ahli Parlimen 'terkenal' - Si Mohd Said Yusuf (sebelum PRU 2008) yang marahkan Jabatan Imigresen sebab kantoikan kemasukan kayu dari Indonesia. Suruh kakitangan awam 'tutup sebelah mata'. Kepala hotak depa. Haram jadah.
Selanjutnya »

Manek Urai - Apa Alasan AKIM Tak Bertanding? Kih Kih

Selanjutnya »

Manek Urai - Polis Berkampung Elektrik Terganggu

Hrm.. dianggarkan 30,000 orang luar bertandang ke Manek Urai. Ada yang penyokong PAS, ada penyokong BN, ada yang wartawan, ada yang berkecuali. Semuanya bertumpu ke situ dengan menagih keperluan elektrik untuk kegunaan komunikasi dan peribadi. Semalam penduduk Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu.

Dakwa penduduk, ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik.


Rupanya, gerombolan fasa pertama seramai 1,558 orang polis dah masuk. Hishammuddin, Menteri Dapoq kata, khemah depa pakai generator.. Cuba pi check, ada ka tangki minyak dekat khemah sementara polis tu? Ada ka bunyi generator? Kalau tak dak, sah 'that minister son of the prime minister' nak temberang. Kalau kat Bukit Gantang dulu, belakang pekan Trong - khemah-khemah putih tu pakai aircond wooo...

Dah la masuk menakutkan orang, menyusahkan orang kampung pulak. Isk. Apa ka jenih..
/div>
Selanjutnya »

Manek Urai - Harga Makanan Dan Rumah Sewa Gila Melambung

Satu berita buruk untuk pelawat dan pengunjung Manek Urai. Biasanya bila kita makan, kita order dulu.. dah makan.. baru kita bayar. La ni di Manek Urai, kena tanya dulu berapa harga makanan dan minuman sebelum order.. takut terkincit nak bayar.

Logikkah dua hidangan nasi ayam beserta air sirap harganya RM17.20, manakala nasi putih bersama lauk daging merah untuk satu hidangan RM6.00?

Begitulah keadaan yang dialami "pengunjung baru" termasuk wartawan yang terpaksa berkampung di Manik Urai sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai ketika ini.

Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu.

"Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu.

Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu.

Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu.

"Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini.

Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini.

Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik.

"Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan.

Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu.

Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan.

Hari Isnin adalah hari penamaan calon DUN berkenaan dan 14 Julai hari pengundian.


Masya Allah.. apa nak buat.. penduduk tempatan dah pasang pukat jerut. Tapi syukurlah, bukan semuanya menjerut.. maka bolehlah ke Kedai Kak Yah di Kg. Lata Rek atau yang lain-lain yang sewaktu dengannya.
/div>
Selanjutnya »

PRK DUN Manek Urai - PAS vs BN - Satu Lawan Satu

Akhirnya SAH - PRK DUN Manek Urai adalah satu lawan satu. Pertandingan adalah antara Mohd Fauzi Abdullah (PAS) vs Tuan Aziz Tuan Mat (BN). Maka tibalah saat dinantikan. Satu minggu yang bakal padat dengan kempen, ceramah, perang poster dan kain rentang, lawatan ke rumah dan kedai kopi, sedekah sana dan sedekah sini, tabur sana dan tabur sini. Tentu menghiburkan di Manek Urai sehingga hari pilihanraya Selasa minggu depan - 14/07/2009.
KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.

Pegawai pengurus pilihan raya DUN Manik Urai Adnan Hussin mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada pukul 11.10 pagi di luar Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, di sini yang menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.

Tuan Aziz, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.05 pagi dan Mohd Fauzi, 50, menyerahkan borang pencalonan selepas itu.

Proses pencalonan itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun parti-parti politik yang bertanding itu membawa bersama ribuan penyokong.
Itu cerita dari Bernama, kih kih kih. Sedikit kecewa, aku tadi travel ke Utara berurusan beberapa hari - tak dapat ikuti lintas langsung dari PerakEkspress dan lain-lain. Setelah tengahari tiba, rupanya segala yang menarik sempena Hari Penamaan Calon dah selesai. Tak apalah.. apa pun semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah.

Apa-apa pun semoga bloggers di Manek Urai sihat, selamat dan terus bersemangat memaparkan kisah ceritera yang menarik untuk tatapan semua. Go Bloggers.

Selanjutnya »

Antara Golf, Menteri Kabinet, Malas, Mentekedarah

Kih kih kih.. Semalam Najib rasmi penutupan pertandingan golf antara pilihan Perdana Menteri vs Pilihan Yang Dipertuan Agong di Shah Alam. Apa katanya seperti dilapor dalam TheMalaysianInsiders : 05/07/09 ?
Najib tells ministers to put same effort in work as they do in golf

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has asked ministers and deputy ministers to show in their work their prowess in golf.

Speaking at the closing ceremony of a golf competition between the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Selection and Prime Minister Selection at the Kota Permai Golf Resort here, Najib also said that the sport was capable of fostering cordial relations among ministers and deputy ministers.

“What is important is that we should be able translate our prowess in golf into skills in discharge our duties in our respective ministries,” he said.

Muahaha.. padan Menteri & Timbalan tak rajin turun padang.. tak rajin turun ke Parlimen.. tak rajin jenguk rakyat-rakyat. Dok main golf. Kalau bergerak pun, Menteri2 dan Timbalan2 melepak di hotel berbintang-bintang yang ada padang golf, 32 lubang lagi bagus. Boleh main golf sambil sembang-sembang projek-projek menyendatkan poket dan akaun bank.

Main memang bagus, menyihatkan badan. Meningkatkan skill memang bagus, supaya boleh menang. Yang tak bagusnya ialah malas buat kerja untuk rakyat tapi mentekedarah duit rakyat. Perangai buruk. Haram jadah.

Kalau hangpa rajin, pi jenguk lepas solat Jumaat di Seri Selangor, KGPA, Tasik Puteri dan Bukit Unggul - apa mesyuarat 'berkhidmat untuk negara' yang berlangsung, dan siapa dalam permainan golf yang berlangsung. Kepimpinan Melalui Teladan taik kucin.
Selanjutnya »

PRK DUN Manek Urai - Rezeki Melimpah ke Sekolah

Kih kih kih. Nak tergelak ada, geram pun ada. tapi itulah.. setiap kali PRU atau PRK diadakan, setiap kali itulah akan ada projek mee segera oleh BN Kartun. Geram aku adalah kerana BN sering menafikan mereka buat projek pasang siap, peruntukan pantas-lulus dan pemberian berbentuk rasuah.

Kali ini, mereka tahu mereka berdepan dengan orang-orang yang 'hang bagi aku ambik, undi cerita lain'. Maka dipesongkan kaedah pemberian 'sedekah' kepada budak-budak pulak.
Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerian berkenaan.

"Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran telah menyatakan kepada saya untuk memberikan bantuan itu kepada semua pelajar di Manek Urai tanpa seorang pun terkecuali.

"Ini sebagai tanda ingatan daripada kementerian dan juga dapat meringankan beban rakyat di sini," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Operasi BN di Manek Urai hari ini.

Ni taik kucin apa? Bau busuk meghengak. Kalau tanda ingatan, pi la bagi kat semua murid sekolah seluruh Malaysia - baru adil. Atau sekurang-kurangnya, bantuan percuma untuk semua murid yang fakir miskin anak yatim seluruh Malaysia. Baru betul.

Lagi satu.. meringankan beban rakyat? kepala hotak depa. Woit, sekolah dah jalan setengah tahun. Kalau ya pun nak tolong orang kampung yang miskin, bagi la beg-beg dan uniform tu masa akhir tahun ini. Baru betul. Baru senang pilih saiz untuk kegunaan tahun depan. Budak-budak cepat membesar. Awat bagi masa sekarang? Sekarang masa tak kena.

Sekarang adalah masa Kementerian Pelajaran bantu orang kampung bayar Pakej Bayaran Tambahan merangkap yuran sekolah itu. Sekaligus untuk Derma PIBG. Bukankah kedua-dua bayaran itu 'wajib' bayar mulai penggal kedua persekolahan 2009? Aku jenguk-jenguk mak bapak sekarang semua komplen bayaran berkenaan. Dulu mansuh Yuran, pi bubuh pulak Pakej Bayaran Tambahan. Harga lagi tinggi untuk yang di luar bandar. Paling koman pun, RM33.50. Hah! Sekaranglah masanya. Lagi bagus, tolong bayar sekali untuk semua ibu bapa di seluruh Malaysia. Muahaahaha.. barulah Kerajaan yang "Rakyat Diutamakan".

Hrm.. siapalah kontraktor pembekal uniform & beg sekolah tu ye?.. Banyak parsen aaa Muhyiddin & Mustapha? Ada la kot sikit-sikit.. tak gitu? Kih kih. UMNO memang Kartun.
Selanjutnya »

PRK DUN Manek Urai - Esok Hari Penamaan Calon

Esok, jika belum datang Hari Qiamat.. adalah Hari Penamaan Calon di PRK Manek Urai, Kelantan. N.41 Manek Urai adalah salah satu dari empat DUN dalam Parlimen P.31 Kuala Kerai, selain N.39 Mengkebang, N.40 Guchil, dan N.42 Dabong.

Ramai orang kata PAS boleh menang. Jika berdasarkan fakta PRU 12 lalu, kawasan Kuala Kerai boleh kata macam tapak Pakatan Rakyat. BN kalah di semua kerusi, baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Memang angka-angka tertera berikut memberangsangkan, tetapi tidaklah boleh dianggap fakta kukuh untuk kekal pada setiap masa.

Keputusan PRU 12 : 2008

P.31 Kuala Kerai (PAS; majoriti 4984), N.39 Mengkebang (PAS; majoriti 1,903), N.40 Guchil (PKR; majoriti 1000), N.41 Manek Urai (PAS; majoriti 1352), N.42 Dabong (PAS; majoriti 552).

Secara am, berdasarkan sokongan pada PAS & PKR dalam keempat-empat DUN berjumlah 4,807 membawa kemenangan dalam Parlimen Kuala Kerai dengan angka majoriti hampir sama sebanyak 4,984. Maknanya, faktor sokongan pada Dr. Hatta Ramly MP Kuala Kerai adalah atas dokongan penyokong parti, bukan aset ketokohan peribadi. Maka boleh dianggap Manek Urai tetap boleh dimenangi oleh PAS. Pertambahan pengundi untuk PRK kali ini hanya 1 orang sahaja (12,293), berbanding PRU12 dahulu (12,292). Dijangka, status quo tetap kekal.

Tapi mengapa BN turut menaruh harapan? Ini ramai yang lupa.. Dalam PRU11 dulu, BN sapu semua DUN serta Parlimen. Terbalik.

Keputusan PRU 11 : 2004

P.31 Kuala Kerai (BN; majoriti 2,416), N.39 Mengkebang (BN; majoriti 316), N.40 Guchil (BN; majoriti 1010), N.41 Manek Urai (BN; majoriti 53), N.42 Dabong (BN; majoriti 1094).

Nampak? Walaupun majoriti Parlimen dan DUN agak kurang, BN tetap menang. Namun begitu, aku berpandangan BN memang masa itu sebab PakLah 'Mr. Clean'. Masa tu orang muak dengan Mahathir 'Mr.Dirty'. Dan faktor ini mendorong BN menang besar di seluruh Malaysia. Tapi itu PRU 2004.. Dalam PRU 2008, PakLah tak lagi dianggap 'Mr. Clean'. Maka leboh 5 negeri.

Sekarang Najib pula berkuasa. Kih kih kih.. aku tak tau apa dia nak bawa.. melainkan "1Malaysia Rakyat Dibelakangkan". Ada harapan Najib meneruskan fasa kejatuhan BN seterusnya..

Akhir kata, Selamat Hari Penamaan Calon esok. Jangan lupa beberapa peraturan kartun dari SPR yang masih berkuatkuasa:

1. Beberapa Fakta Beramaran SPR - Manek Urai
2. 19 Perkara Terlarang SPR - Penanti

Selanjutnya »

Retreat BN : Pemukiman atau Berundur?

Bernama mengesahkan Retreat UMNO dibuat juga di hotel Subang Jaya selama 2 hari. Hebat.. semua menteri kabinet berkampung di situ, wajib hadir tanpa gagal. Konon nak mesyuarat tentang KPI. Polis dan pengawal keselamatan hotel tak bagi wartawan mana pun masuk. Kih kih.

Tapi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar boleh masuk pulak? Ada ting-tong apa-apa ka kat hotel tu? Woit .. duit rakyat semua tuh! Jangan hangpa godam tak tentu pasai.

Kenapa Perlu KPI ?

Pada aku, KPI kerahan Najib itu hanya dokumentasi. Konon sebagai penunjuk prestasi dan pencapaian para menteri. Piirah, ingat dia sanggup tunjuk siapa menteri paling cemerlang dan menteri paling mangkuk? Sorok bawah karpet adalah..

Yang lebih penting sebenarnya adalah hasil - dan hasil itu mestilah menjurus pada kebajikan rakyat. Kalau suara rakyat pun tak dijenguk, tak didengar.. KPI tu jadi menatang haram apa?

BN makin risau dengan PR. Pakatan Rakyat dah buat kabinet bayangan, seperti terpapar dalam Sinar Harian semalam. Ianya bukan kabinet PR untuk PRU akan datang, tapi sebagai juru audit pentadbiran BN. Yang ini yang Najib amat takut. . Dan ini yang memaksa Najib mengerah semua menterinya buat kerja betul-betul.. Kih kih kih.. barulah ada 'check & balance'. Tahniah PR!

Ada satu komen negatif yang panjang oleh Dr. Mashitah Karut (yang saman jiran sebelah rumah, kawan sepejabat suatu masa dulu) dan satu komen positif yang ringkas oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi.. di sini.

Berkaitan: Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen PR Mengikut Kementerian

Selanjutnya »

Juru Audit Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Berikut adalah Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian. Jawatankuasa inilah yang ditakuti oleh Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Timb. Menteri serta Kementerian terbabit. Sumber dari Sinar Harian (Utara) - 03/07/2009 (halaman N10), aku salin balik.

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen PR Mengikut Kementerian
KABINET PKR PAS DAP
JABATAN PERDANA MENTERI DS Anuar Ibrahim
Mohamed Azmin Ali
Sivarasa Rasiah
Tan Sri Khalid Ibrahim
William Leong
Ahmad Kasi
Fuziah Salleh
DS Hj. Hadi Awang
Nasharuddin Isa
Salahuddin Ayub
Dr. Hatta Ramli
Dr. Dzulkifli Ahmad
Taib Azamuddin
Khalid Samad
Lim Kit Siang
Ngeh Koo Ham
Hiew King Chiew
John Fernandez
KEMENTERIAN DALAM NEGERI Datuk Johari Abdul Salahuddin Hj. Ayub Karpal Singh
KEMENTERIAN KEWANGAN Mohamed Azmin Ali Dr. Dzulkifli Ahmad Lim Guan Eng
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN Datuk Zahrain M.
Hashim
Khalid Samad Tan Kok Wai
KEMENTERIAN KERJA RAYA Datuk Kamarul Bahrin
Abbas
Datuk Mahfuz Omar Gobindh Singh Deo
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Datuk Rashid Din Datuk Wan Abd Rahim
Wan Abdullah
Er Teck Hwa
KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR Chua Tian Chang Nasir Zakaria Charles Anthony
Santiago
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA Azan Ismail Dr. Mohd Abdul Wahid
Endut
Jeff Ooi
KEMENTERIAN PELAJARAN Yusmadi Yusoff Che Uda Che Nik Chong Eng
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN Amran Abdul Ghani Datuk Mahfuz Omar Teo Nie Cheng
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Abdullah Sani A Hamid Muhammad Husin M Kulasegaran
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Nurul Izzah Anwar Dr Che Rosli Che Mat Chow Kon Yeow
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN Hee Loy Sean Dr Siti Mariah Mahmud Nga Kor Ming
KEMENTERIAN PERTAHANAN Saifuddin Nasution
Ismail Jamaluddin
DS Muhammad Nizar
Jamaluddin
Liew Chin Tong
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH Abd Aziz Ab Kadir Datuk Abd Halim Abd
Rahman
M Manogaran
KEMENTERIAN LUAR NEGERI Sivarasa Rasiah Datuk Kamarudin Jaafar P Ramasamy
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Tan Tee Beng Mohd Firdaus Jaafar Anthony Loke Siew Fook
KEMENTERIAN KESIHATAN Dr Lee Boon Chye Dr Mohd Hayati Othman Dr Tan Seng Giaw
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT Zuraida Kamaruddin Siti Zailah Mohd Yusuf Fong Po Kuan
KEMENTERIAN PELANCONGAN Manikavasagam Sundaram Dr Wan Ab Rahim Wan
Abdullah
Fong Kui Lun
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN Wee Choo Keon Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali Lim Lip Eng
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI Zulkifli Nordin Salahuddin Ayub Tony Phua
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR Gobalakrishnan Nagapan Dr Mujahid Yusof Rawa Chong Chien Jen


Kalau ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kabinet, itu sekadar dokumentasi BN. Mereka cipta kayu ukur, mereka sendiri beri markah. Takkan mereka nak bagi markah buruk-buruk untuk kabinet sendiri. Kih kih kih.

Tetapi formula pemantauan khusus , berfokus dan teliti oleh Jawatankuasa Pakatan Rakyat ini akan mewujudkan bahas debat yang gerenti panjang di Parlimen sehingga PRU13. Jenuh BN nak bertandak bertepis selepas ini. Kih kih kih. Bravo PR!
Selanjutnya »

Serangan Ilmu Hitam Dalam Politik Indonesia

Indonesia terkenal dengan ilmu kebatinan yang tinggi. Ada yang hitam, ada yang putih dan ada pula yang kelabu asap. Ilmu hitam berbentuk ganas dan cuba menyiksa mangsa, berasaskan dukun yang rapat dengan jin syaitan, penuh khurafat dan syirik. Manakala ilmu putih lebih berasaskan mempertahankan diri, serta berasas pada amalan dari guru mursyid yang mengikut Al-Quran dan sunnah. Jenis ilmu kelabu asap pula ilmu pemuhong ciptaan sendiri yang menipu orang, konon saja pandai ilmu dunia dan akhirat.

Menjelang Pilihanraya Presiden 8 Julai ini, bibit-bibit penggunaan ilmu hitam keluar lagi. Kali ini, bukan di peringkat desa atau kacamatan, tetapi di peringkat tertinggi - calon presiden.

Presiden Indonesia - Susilo Bambang YudhoyonoPenyandang presiden dan calon presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghadapi satu lagi "musuh", selain daripada naib presiden dan bekas presiden menjelang pilihan raya presiden 8 Julai.

Beliau mendakwa ilmu hitam digunakan oleh musuhnya untuk menghalang usahanya untuk kekal memegang jawatan itu bagi penggal kedua lima tahun yang akan berakhir pada 2014.

"Ini ialah musim pilihan raya. Ramai yang mengamalkan ilmu hitam. Malahan keluarga saya dapat merasai kesannya. Ia luarbiasa. Banyak kaedah (ilmu hitam) digunakan," katanya kepada 3,000 peserta pada majlis doa selamat di kediaman peribadinya di Cikeas, Bogor.

Katanya beliau sentiasa membaca ayat suci al-Quran sebagai cara untuk melindungi dirinya daripada serangan ilmu hitam daripada pencabarnya.

"Saya membuat kesimpulan bahawa hanya melalui doa dan bacaan ayat suci boleh menghalang serangan ilmu hitam. Misalnya, malam Jumaat lepas, saya sentiasa membaca ayat suci al Quran sepanjang jalan ke venue debat (pusingan ketiga dan akhir debat presiden), bersama-sama isteri saya, pembantu dan pemandu," katanya dipetik oleh agensi berita Antara.

Susilo telah meminta peserta pada majlis doa selamat itu yang datang dari beberapa bandaraya di Jawa, mendoakan kesejahteraan negara agar terus menikmati pertumbuhan dan pembangunan pesat. Beliau juga meminta mereka berdoa bagi pilihan raya presiden berjalan secara demokrasi, aman, lancar dan teratur.

"Saya juga meminta anda semua berdoa supaya kempen pilihan raya ini bebas daripada fitnah dan ilmu hitam, keganasan dan apa juga taktik kotor," kata penyandang presiden itu yang dicabar oleh naib presiden Jusuf Kalla dan bekas presiden Megawati Soekarnoputri dalam pilihan raya presiden, membabitkan 175 juta pengundi berdaftar.


Hrm.. jika berita ini benar, aku tengok musuh politik Susilo untuk Presiden hanya dua orang. Jusof Kalla dari Parti Golkar, tinggalan Suharto. Megawati pulak tinggalan Sukarno. Fikirlah sendiri.

Itu di Indonesia.. Macamana di Malaysia? Setakat ini, aku tak pernah dengar calon PAS, DAP atau PKR bermain dengan ilmu hitam. Tapi kalau BN memang ada. Contoh tak boleh dilupa, ialah seorang Datuk ADUN yang dikerat-kerat oleh sekumpulan pengamal ilmu hitam di Pahang tak lama dulu. Semuanya dihukum gantung sampai mati.

Yang menarik, semuanya mati juga. Tiada yang kebal dengan kapak atau tali gantung. Janji Allah tetap benar.

Selain itu, sebenarnya ada lagi.. tapi tak payah ceritalah.. faham-faham sendirilah. Cuma aku berharap, tiada lagilah manusia yang kata dia beragama Islam di bumi Malaysia ini tapi masih amalkan dan bergantung pada ilmu-ilmu sedemikian. Guna ilmu hitam orang asli ka, siam ka, sami hindu ka, melayu ka, indonesia ka - tempatan atau impot : semuanya mencelakakan diri dan orang lain.

Tiada faedah, boleh kufur. Buruk kesudahan di dunia, buruk kesudahan di akhirat. Na'udzubillah.
Selanjutnya »

Najib Yang Gila Babi Punya Sibuk

Kih kih.. Tadi terbaca artikel Kuda Kepang - tulisan Ruhanie Ahmad, hardcore UMNO. Cerita pasal isu laman web Gajah Putih Perdana Menteri : E-MaklumBalas PM. Hangpa pernah masuk situ? Kih kih.. Nak daftar di laman itu: kena bubuh nama penuh, IC, pekerjaan, no. telefon... Haram jadah.

Kononnya Najib tak jawab-jawab komen rakyat di situ.. Najib tak sibuk? Atau memang gila babi punya sibuk ? Kih kih kih.
Saturday, July 04, 2009

E-Maklum Balas PM Malaysia Tak Berfungsi?

Semalam saya menerima email daripada seorang Hamba Allah yang pernah menyandang jawatan tinggi dalam sektor pendidikan awam. Beliau memperkenalkan dirinya. Tetapi, kerana blog beliau masih bertopeng, identiti beliau tidak akan saya dedahkan di sini. Bagaimanapun, saya berikan indikasi bahawa beliau adalah seorang yang pernah berjasa besar dalam sektor pendidikan negara dan bergelar Dato’.

Mesej blogger VIP ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Kandungannya adalah seperti yang tersiar di dalam posting di blog beliau, Jumaat, 3 Julai 2009, yang boleh diakses di: luahfikiran.blogspot.com. Sinopsisnya adalah: “MANA PERGI JANJI KERAJAAN BERJIWA RAKYAT? ADUAN KEPADA PERDANA MENTERI TIDAK MENDAPAT RESPONS!”

Saya yakin blogger VIP ini faham bahawa apa yang beliau alami bukannya akibat tindakan PM yang disengajakan. Sebaliknya, mungkin terdapat aral melintang di pihak web-master atau moderator kepada E-Maklumbalas yang bertugas untuk PM.

Saya harap menerusi posting ini, webmaster atau moderator E-Maklumbalas PM akan segera bertindak dengan sewajarnya. Para pegawai PM yang membaca blog ini juga seharusnya bertindak dengan secepat mungkin kerana blogger yang mengirimkan masalahnya kepada saya ini berbuat demikian atas semangat dan prinsip 1Malaysia Rakyat Diutamakan! – Ruhanie Ahmad.

Komen aku:
  • Kalau Najib tak sibuk, tentu dia akan jawab semua permasalahan rakyat yang dituju terus kepadanya. Jawapannya tentu padat dan cepat. Tak akan timbul isu kat atas.
  • Kalau Najib tak sibuk, mengapa dia upah webmaster dan moderator untuk running laman tersebut? Kih kih.
  • Kalau Najib tak sibuk, tentu dia tak ke sana dan ke sini dalam satu hari. Budak-budak tengok berita tv pun boleh cerita. Kih kih kih. Bila dia ada masa jenguk laman tu?

Kesimpulannya, Najib amat sibuk.. sekali dengan moderator dan webmasternya, sekali dengan pegawai-pegawainya sekali. Sibuk apa? Sibuk jaga visinya 1Malaysia tapi Rakyat Dikebelakangkan.

Foto UMNO Najib AltantuyaWoit, kalau E-Maklumbalas itu direct untuk rakyat kepada PM, maknanya MESTI-lah PM jugak yang jawab apa yang rakyat kemukakan. Bukannya dijawab oleh puak webmaster, moderator atau pegawai tingkat-4 dia tuh! Itu penipu! Itu lepas tangan! Itu sistem Ali Baba!

Yang pasti, Najib kini banyak yang mengejarnya. Apa benda atau menatangnya, dia saja yang tahu..
Selanjutnya »

Tak Habis Lagi Isu Kerajaan Perpaduan?

Macam-macam.. Mula-mula yang ini, semalam.

HENTIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN ATAU BERSEDIA UNTUK TINDAKAN DISIPLIN PARTI

JUMAAT, 03 JULAI 2009 | 10 REJAB 1430H

Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu hentikan serta merta sebarang perbincangan mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti. Keputusan yang telah disepakati dan diterima baik dan telah berjaya meredakan ahli dan penyokong seluruh negara. Oleh itu saya mengharapkan agar semua pihak mematuhi keputusan ini.

Sebarang huraian dan kenyataan yang
cuba membuka kembali perbincangan akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak dengan mengambil tindakan disiplin demi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.

Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti di semua peringkat. Kita telah terlepas dari satu ribut yang menggoncang keutuhan dan setiakawan kita, apakah kita ingin mengundang ribut kali kedua?
Atas sifat Pengerusi Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkit lagi.

Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran rasmi parti, bagi mengelak ia disalahertikan oleh media arus perdana. Pandangan dan niat baik kita, belum tentu diterima baik oleh orang lain, apatah lagi dalam suasana fitnah yang belum reda sepenuhnya ini. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah s.a.w : "Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya."


DATO' TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Pengerusi Disiplin Parti


Itu kata Tuan Ibrahim, Naib Presiden PAS dalam blog dia. Masuk pulak dalam Sinar Harian 4/7/09.

Lepas tu, hari ni.. datang khabar dari Penarik Beca : Jangan lupa, Ketua Pemuda PAS tak tolak bincang perpaduan.

Maka, untuk Tuan Ibrahim Tuan Man - Sesungguhnya Tuan tahu apa yang Tuan tahu. Tuan baru puji langkah Pemuda PAS vs Pemuda UMNO untuk Wacana Ilmiah Terbuka. Ni apa? Adakah ianya tak akan membawa isu ke benda yang Tuan larang itu.

Kalau ikut jawatan orang berkenaan dalam perkhabaran itu, memang BERAT. Tapi, rasanya ada lagi sebenarnya. Yang LAGI berat. Maka, apabila peringatan telah diberi, kelak janji Tuan mesti dikota. Jangan sampai orang semua kata, Tuan hanya pandai berkata..
Selanjutnya »

Gangster UMNO Bukit Katil - Paranoid Menjelang PRU13

Aku malas nak cerita banyak-banyak. Sebelum itu, kata PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'. Okay, mungkin itu hanya laporan sebelah pihak. Kemudian akhirnya sah.

Pemuda Umno akui pecah meja DAP. Bukan itu gangsterisme ?

Apa pasai? Jadi, aku semak di Laman SPR untuk ambil data PRU12 tahun 2008 tempohari. Dapatannya seperti berikut:

Keputusan PRU12
(( Table: by BTS)
PARLIMEN
P.137
Bukit Katil
DUN
N.15
Bachang
DUN
N.16
Ayer Keroh
DUN
N.17
Bukit Baru
DUN
N.18
Ayer Molek
:: BN 30,975 8,720 8,104 7,644 6,433
:: PKR 29,217 - - - -
:: DAP - 9237
11,309 - -
:: PAS - -
- 4,936 3,654
Jumlah Pengundi 75,777 23,153 24,504 15,904 12,216
Peratus Mengundi 81.92% 81.35% 81.43% 80.77% 84.24%
Majoriti 1,758 517 3,205 2,708 2,779

Apa hangpa rasa? aku rasa, UMNO dan BN Melaka sudah takut. Parlimen Bukit Katil hampir jatuh kepada PKR. DUN N.17 itu pulak, kawasan Ali Rustam. Dia nak bagi kawasan dia dan Parlimen kawasan dia kantoi? Kih kih.

Di Parlimen Bukit Katil, ada 4 DUN. 2 DUN dah dipegang DAP, tinggal 2 sahaja lagi BN pegang. Kalau kawasan DAP, dia tak kisah. Tapi kawasan UMNO yang dia amat risau! Parlimen - UMNO nyaris kalah dengan PKR. Kawasan yang dimenangi DAP, bukan calon UMNO bertanding. Selain kerusi Parlimen, yang dia takut ialah 2 kawasan DUN UMNO tu, sebab yang tu vs PAS. Dan undi PAS makin meningkat..

PRU 12 di Melaka menyaksikan sedikit kejatuhan BN di Melaka antara 2004 dengan 2008. Jika tahun 2004 dulu, BN sapu semua 6 kerusi Parlimen, tetapi pada 2008 - hanya tinggal 5 Parlimen milik BN, 1 dah jatuh ke tangan DAP (P.138 Kota Melaka). Dalam pada itu, P.137 Bukit Katil adalah yang paling hampir tumpas pada PKR dengan majoriti tak sampai 1,758 itu..

Manakala untuk DUN Melaka pula, BN masih kuat dengan menang 23 dari 28 dalam PRU12 tahun lalu. Tetapi terlepas 5 DUN pada DAP. Dua DUN di Parlimen Bukit Katil, dan tiga lagi di Parlimen Kota Melaka. Pada tahun 2004 dulu, BN menang 26 DUN dan DAP 2 . Dengan DAP, BN tahu tak boleh buat apa-apa. Dari 2 DUN 2004 dah naik jadi 5 pada 2008. Yang BN marah bila PAS sudah mula buat gerakan besar-besaran di Melaka. Macam kejadian kat pasar malam tu.. Kih kih. Depa takut 2-3 tahun lagi akan terjun seperti Si Luncai BN Kedah, Selangor dan Perak.

Ini satu statistik menarik berkaitan Ketua Menterinya sendiri, Ali Rustam. Tahun 2004 dulu, dia menang N.17 Bukit Baru - majoriti 5,992. Kalau tengok jadual PRU12 kat atas tu.. dah susut banyak.. tinggal 2,708 saja pada 2008 lalu. Jadi, apa bakal terjadi dalam PRU13 nanti? Kih kih.. Kejatuhan majoriti BN di Melaka bukan hanya di Bukit Katil sebenarnya, malah seluruh negeri (state-wide) samada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Tu pasai ada yang nak pulun projek cepat-cepat sikit.

Maka, jelas UMNO dan BN semakin takut.. paranoid. Kemudian marah tak ketahuan, kacau dan nak pukul orang. Tak dapat pukul orang, pukul meja pun jadilah. Kih kih kih. Itulah UMNO Kartun. Dulu bahan caci maki orang, kini jadi bahan ketawa pula. Buruk kelaku sungguh.
Selanjutnya »

Isu Ibu Orang Asli Berumur 11 Tahun - Kenapa BN Risau?

Hari ini, Murugiah berjalan lagi. Dulu ke hospital KL - terjenguk doktor-doktor baca suratkhabar & berinternet. Hari ni, Bernama kata dia ke hospital lagi - terserempak pulak dengan kes ibu -ibu muda.
PETALING JAYA, 3 Julai (Bernama) -- Seorang Timbalan Menteri terkejut besar ketika beliau melawat ke wad bersalin Hospital Cameron Highlands baru-baru ini dan mendapati kanak-kanak Orang Asli menjadi ibu pada usia yang terlalu muda iaitu antara 11 dan 12 tahun.

Namun begitu, yang lebih membimbangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah adalah kejahilan golongan bawah umur ini bahawa mereka perlu mendaftarkan kelahiran bayi mereka.

Beliau berkata kanak-kanak perempuan terbabit akan pulang ke tempat tinggal mereka di kampung terpencil dan bayi yang dilahirkan itu langsung tidak ada sijil lahir.

"Ini akan membawa masalah bukan hanya kepada anak, ibu bapa malah kepada kerajaan juga di masa depan," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk kawasan perumahan Putra Heights, Subang Jaya dekat sini, Murugiah berkata beliau akan membawa isu itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi melihat sama ada mereka boleh melantik segera seorang pegawai khas untuk mengendalikan kes sedemikian.

Murugiah berkata kes serupa turut berlaku di Sabah serta Sarawak dan penyelesaiannya perlu dicari bagi mengelak masalah di kemudian hari.

Katanya setiap tahun jumlah aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam mengenai kanak-kanak tanpa sijil lahir adalah tinggi dan tugas menyelesaikan sebahagian daripada kes itu agak mencabar.

Kenapa BN risau? Jika ibu muda yang berumur 11-12 tahun itu kerana tidak bersekolah - itu salah BN.. sapa suruh tak buka sekolah khas untuk orang asli di tempat depa. Mana Jabatan Hal Ehwal Orang Asli? Ada jenguk ka kebajikan dan keperluan masyarakat sendiri?

Setakat umur 11-12 tahun itu, aku sikit tak risau. Kih kih kih.. BN Kartun saja yang risau.

Betul.. Puak orang asli antara kaum yang lewat daftar surat lahir. Itu yang lahir di hospital.. bagaimana dengan yang beranak nun dalam belantara? Merek bukan komunis, mereka bukan pendatang haram. Mereka anak watan! Anak pribumi Malaysia.

Kerana lewat daftar kelahiran, umur depa yang sebenar adalah lebih dewasa dari yang tersurat dalam surat beranak. Sebab itu kalau ada pertandingan sukan peringkat sekolah rendah, pi tengok saiz budak dari sekolah orang asli. Dah berkumis.. kih kih. Sebab itu depa selalu wakil negeri untuk sukan.. sebab advantage ada. Setakat lompat jauh, lompat tinggi - kacang saja. Kalau ada lawan gusti dalam MSSM, tentu depa menang.

Sebab tu, aku tak heran ada ibu-ibu orang asli yang berumur 11-12 tahun. Sebab umur depa lebih dewasa dari yang sebenar - jangan terkejut jika mungkin 4-5 tahun lebih tua. Maka, pada umur 15-17 tahun memang tahap kesuburan depa paling tinggi. Agaknya Menteri tu lagi terkejut beruk, kalau dikatakan bapa-bapa bayi itu pun berumur 12-13 tahun. Kih kih. ya, sebab memang mereka sudah dewasa.

Jadi, mengapa BN risau dengan isu surat beranak? Paling mudah, macam ni. Bila tidak daftar, anak tu nanti tak dak IC. Bila tak dak IC, nanti tak buleh mengundi. Penat saja, hantar bertong2 duit dan arak ke rumah panjang macam di Sabah Sarawak tu bila musim pilihanraya, kalau penghuninya tak boleh mengundi. Rugi lah BN. Kih kih.

Bila tak dak surat beranak, kerajaan tentu disalahkan kalau budak-budak tu tak boleh bersekolah seperti isu di Sabah. Last-last, Hishammuddin semasa masa jadi Menteri Pelajaran paksa sekolah kasi masuk jugak budak-budak ni - walau tanpa surat beranak. Nak bagi senang orang pendatang Filipina jadi warganegara? Supaya boleh undi BN? Gila hapa. Gila pun tak apa.. sebab Sabah adalah lubuk parlimen untuk kesinambungan hayat Kerajaan Pusat BN. Kih kih.

Bagi aku.. yang salah bukan orang asli. Yang salah agensi kerajaan BN Kartun yang tak meneroka permasalahan orang asli. Bukan mereka jahil. tetapi mereka tidak diajar dan dididik. Kalau mereka tak buat surat beranak, kenapa tidak diajar kaedahnya. Itupun baik juga mereka sanggup beranak ke hospital.. kalau beranak guna bidan kampung depa kat pedalaman tu..? Lagilah tak dak surat beranak.. bukan ka.

Darjah ketersampaian yang rendah untuk ke petempatan orang asli yang terpencil, bukan alasan BN mengatakan mereka jahil. Sebab itu orang asli tak dapat pendedahan tentang agama, juga isu semasa. Mereka di'jahil'kan oleh BN - agar tidak menuntut hak mereka.

Macam kisah tanah pribumi orang asli Pahang dirampas lebih 50%. Mereka tidak jahil.. tetapi mereka ditindas dan dianaktirikan. Oleh siapa?.. siapa lagi, kalau bukan BN Pahang yang celaka.

Selanjutnya »

Misteri Peti Simpanan Tunku Terbongkar.. Kih kih

Misteri yang menyelubungi peti besi milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri pertama terbongkar hari ini, Khamis 02/07/2009.

Ia mengandungi sembilan kotak yang menyimpan pelbagai barang milik Almarhum yang dipercayai dihadiahkan oleh pemimpin luar negara dan tempatan.

Penemuan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang mengarahkan pihak Arkib Negara membuka peti itu hari ini, yang merupakan salah satu artifak yang dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini.

Berita mengenai peti misteri tersebut didedahkan oleh sebuah tabloid berbahasa Inggeris minggu lepas.

Pakar-pakar dari syarikat Chubbsafes menggerudi selama setengah jam sebelum dapat membuka peti Stafford buatan British seberat 300 kilogram itu.

Daripada lapan kotak kayu dan baldu itu, Rais menemui sebuah jam tangan, dua kunci emas yang satu daripadanya dari bekas Datuk Bandaraya New York, Robert Wagner, dua set kafling, syiling emas bernilai seringgit dari Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, syiling peringatan dari bekas Presiden Taiwan, Chiang Kai Shek dan plak emas bertarikh 1970 daripada Persatuan Menembak Kebangsaan.

Di dalam satu lagi kotak terbesar yang berupa kotak logam empat segi berwarna emas, ditemui 23 barang perhiasan daripada emas seperti pen Parker, tulisan Cina yang bermaksud "Umur Panjang", dua bilah gunting, kunci-kunci dan plak bulat yang tertera angka 65.

"Ada pihak yang mengatakan ia mengandungi dokumen-dokumen penting negara, tetapi nampaknya sangkaan Arkib Negara bahawa ia ada barangan bernilai adalah benar.

"Penemuan ini sangat bernilai dan kita masih tidak tahu lagi nilai sebenar semua artifak yang dijumpai ini," kata Rais kepada wartawan yang turut dijemput menyaksikan isi kandungan peti tersebut.

Mengenai status hak milik artifak berkenaan, beliau berkata ia adalah hak milik negara.

"Semua artifak ini berkaitan dengan pemberian hadiah kepada negara dan akan menjadi milik negara manakala soal pemilikan peribadi keluarga tidak timbul setakat ini," katanya.

Rais berkata Arkib Negara juga diarahkan untuk menyenarai dan mengambil gambar semua artifak di dalam peti itu serta merta dan dikemukakan kepada Jemaah menteri sebelum dipamerkan secara rasmi sebagai warisan negara.

Peti besi itu pernah digunakan oleh Tunku Abdul Rahman semasa beliau menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ia pada mulanya diletakkan di pejabat beliau di Bangunan Residensi sebelum dipindahkan ke kediaman beliau di No 1, Jalan Langgak Tunku apabila beliau bersara sebagai Perdana Menteri pada 1970.

Peti itu kemudiannya diserahkan kepada Arkib Negara untuk diletakkan semula di Bangunan Resindensi pada 1994 oleh anakanda Tunku, Tunku Ahmad Nerang sebagai sebahagian daripada artifak negara.

(Sumber: Bernama - 2/7/09 - 21:09pm)

Kih kih kih. Ingat berat 300 kg, kot-kot ada la emas 200kg kot.. boleh kenduri. Rupanya, Tunku nak bagi pelajaran kat UMNO.. jangan rosakkan harta negara.. nanti kerja sia-sia, tak dapat apa.. kih kih kih.

Si Rais - gerudi jangan tak gerudi. Harta negara walaupun peti besi memang perlu digerudi. Apa boleh angkut, mesti diangkut! Kih kih. Elok-elok peti itu disimpan, dah dirosakkan pulak. Lepas ni, peti nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga!

Sebijik macam UMNO Kartun buat kat negara Malaysia jugak. Kasi rosak semua. Gerudi jangan tak gerudi.. semua hak negara. Royalti tok sah bayaq, itu hak negara. Lepas ni, negara nak letak kat mana? dah terpelahang ternganga!

Kepala hotak depa.
Selanjutnya »