Menjelang PRK DUN Penanti - 19 Perkara Terlarang

Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, kununnya larangan-larangan berikut adalah berkuatkuasa:

Hari Penamaan Calon

1. Tak boleh bawa penyokong lebih 5,000 orang. Pi sikit-sikit cukup la.
2. Tak boleh BN bertanding kali ini. Kena jimatkan duit rakyat.
3. Tak boleh bising 8 hari saja berkempen. Tak suka, tak usah pi bertanding.

Semasa Kempen

4. Tak boleh bangkitkan isu krisis Perak. Zambry MB disah mahkamah.
5. Tak boleh bawa kes Altantuya. Najib tak kenal siapa itu Altantuya. Jangan pitnah dia.
6. Tak boleh bawa isu Scorpene. Najib tu amanah orangnya.
7. Tak boleh pasang bendera di rezab jalan depan bangunan UMNO. Provokasi.
8. Tak boleh pasang bendera DAP. Tak bertanding.
9. Tak boleh marah kalu UMNO boh dia punya bendera kat bangunan dia. Tu tanah dia.
10. Tak boleh pi mengundi bagi orang UMNO kununnya. Meriahkan Cuti2 Malaysia.
11. Tak boleh kempen bantai BN. Tak adil sebab BN tak bertanding.
12. Tak boleh marah kalau BN buat ceramah. Dia cuma nak jelaskan pasai apa tak
- - bertanding. Tu saja. Hangpa sebok pasai apa?

Pada Hari Pilihanraya

13. Tak boleh pasang pondok panas dalam 50 meter dari pusat mengundi. Nanti kacau.
14. Tak boleh saiz pondok panas melebihi 8' x 8'. Kecik-kecik cukup la!
15. Tak boleh ada peraih undi dalam 50 meter. Nanti ganggu pengundi.
16. Tak boleh ada kempen di hari mengundi. Tempoh berkempen dah habis tau dak!.
17. Tak boleh bubuh logo SPR, logo/bendera parti pada kereta angkut pengundi.

Pada Bila-Bila Masa

18. Tak boleh kutuk SPR kalau ubah peraturan ikut suka dia. Itu hak dia la!
19. Tak boleh kata apa-apa. Hangpa nak masuk ISA?


KEPALA HOTAK DEPA
Selanjutnya »

Kisah Zambry & The Gang Dihalau Di Batu 8 Lekir - Manjung Mari

hero-batu-8-lekir
Aku tak tahan nak merengkam campur tergelak baca kisah di Manjung Mari. Hangpa pi la baca kat situ. Kisah yang penuh sadis, humor dan prejudis yang bersilih ganti.

Tahniah pada tuan tanah yang berani menegakkan hak dia. Simbol seorang rakyat jelata yang berjuang mempertahankan tanah miliknya dari dicerobohi tanpa adab oleh pihak penguasa. Kena ugut pula kunun tak bayar cukai tanah? Bedebah punya pencacai Zambry.

Aku mengucapkan setinggi tahniah pada tuan tanah Batu 8 Lekir ini! Itulah bila seorang rakyat Perak berani bersuara dan bertindak berdasarkan haknya. Dia memang anak jantan - berdepan, bukan di belakang.

Adakah Zambry juga anak jantan - untuk membubarkan DUN Perak - jika dia yakin penuh bahawa semua rakyat Perak memang menerimanya sebagai Menteri Besar..

I doubt Zambry has the guts. (giggles)
Selanjutnya »

Puteri Sultan Perak - Orang Ke-35 Terkaya Di Malaysia! - Forbes Asia


Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta).

KUALA LUMPUR: Bilangan hartawan Melayu dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini meningkat kepada sembilan berbanding lapan tahun lalu dengan nilai aset terkumpul mereka mencecah AS$2.603 bilion (RM9.132 bilion).

Nilai aset terkumpul itu bagaimanapun 28.88 peratus lebih rendah berbanding AS$3.65 bilion (RM12.84 bilion) tahun lalu dan hanya mewakili 7.15 peratus kekayaan terkumpul semua individu dalam senarai 40 orang paling kaya Malaysia itu yang berjumlah AS$36.41 bilion (RM127.74 bilion).

Usahawan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dan Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim terus mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai orang Melayu paling kaya dan kedua paling kaya tahun ini.

Turut mengekalkan kedudukan adalah Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir pada tempat ke-3 dan Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun tempat ke-4.

Syed Mokhtar mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion), manakala Azman AS$470 juta (RM1.65 bilion).

Walaupun kekayaan Syed Mokhtar dan Azman masing-masing susut daripada AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) dan AS$700 juta (RM2.46 bilion) tahun lalu, mereka mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dan ke-11 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Mokhzani dan Kamarudin pula masing-masing memperbaiki kedudukan dari tempat ke-20 dan ke-21 tahun lalu kepada ke-16 dan ke-19 tahun ini.

Peningkatan itu di sebalik penurunan nilai kekayaan masing-masing daripada AS$290 juta (RM1.02 bilion) kepada AS$215 juta (RM754.29 juta) dan AS$280 juta (RM982.34 juta) kepada AS$205 juta (RM719.21 juta) tahun ini.

Tiga hartawan Melayu baru yang memasuki senarai tahun ini ialah Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Bhd, Tan Sri Rozali Ismail pada tangga ke-31; Pengerusi Hard Rock Cafe Enterprise Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir di tangga ke-37 dan Ketua Eksekutif Ranhill Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad di tangga ke-38.

Nilai aset ketiga-tiga individu itu masing-masing berjumlah AS$130 juta (RM456.08 juta), AS$100 juta (RM350.83 juta) dan AS$98 juta (RM343.82 juta).

Dua hartawan Melayu lain yang turut berada dalam senarai itu ialah Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad di tempat ke-25 dengan nilai kekayaan AS$175 juta (RM613.96 juta) dan Pengarah Gamuda Bhd, Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah di tempat ke-35 dengan nilai kekayaan AS$110 juta (RM385.917 juta).

Bagaimanapun, Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak masing-masing berada di tempat ke-30 dan ke-40 tahun lalu terkeluar daripada senarai '40 Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

Sementara itu, peneraju Kumpulan Kuok, Tan Sri Robert Kuok dan ahli perniagaan Ananda Krishnan mengekalkan kedudukan sebagai rakyat Malaysia paling kaya.

Kekayaan Kuok adalah AS$9 bilion, turun daripada AS$10 bilion tahun lalu, manakala Ananda pula AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2 bilion. Kuok dan Ananda juga adalah orang paling kaya di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia ketiga paling kaya pula ialah Pengerusi Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion tahun lalu.

Forbes Asia dalam kenyataannya berkata, jumlah terkumpul kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia AS$36 bilion bagi tahun ini merosot 22 peratus berbanding AS$46 bilion tahun lalu sejajar kejatuhan 21 peratus pasaran saham tempatan dan penurunan 10 peratus nilai ringgit berbanding dolar AS.

Katanya, pengiraan nilai kekayaan individu dalam senarai itu dibuat berdasarkan harga saham syarikat yang dikuasai dan kadar pertukaran mata wang daripada 15 Mei lalu.

Bagi aset yang tidak disenaraikan pula, ia menggunakan maklumat daripada firma biro kredit BRIS Information Services Sdn Bhd (BRIS) dan sumber lain untuk membuat anggaran nilainya jika aset itu disenaraikan di Bursa Malaysia.

(Sumber: Berita Harian - 29/05/2009)

Kerana itu, aku berfikir bahawa dewa kayangan yang di atas politik itu lebih sukakan kerajaan pusat. Gamuda Bhd adalah antara gergasi pembinaan yang tersenarai di BSKL. Kebanyakan kontraknya dari kerajaan pusat.

Tambahan Info:

  • Jangan lupa Mokhzani, son of Mahathir - orang ke-16 terkaya di Malaysia.
  • Inilah kejayaan DEB, melahirkan sedikit orang terkaya di kalangan orang Melayu tetapi meramaikan yang miskin. Hanya 9 orang Melayu sahaja dari kumpulan 40 orang terkaya di Malaysia. Yang lain?
  • Biografi Raja Eleena - rujuk blog Ajijoi: Raja Eleena - Wanita Kedua Terkaya Di Malaysia
  • Tokoh-tokoh jutawan Melayu semua ini tentu banyak bayar zakat kan? Kih kih kih.
Selanjutnya »

DUN Ladang - Keputusan Mahkamah Persekutuan Ikut Yang Mana Satu?

Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu kawasan Ladang tetap milik Pas setelah mengetepikan rayuan Barisan Nasional Terengganu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyennya mencabar keputusan pilihan raya umum ke-12.

Dalam penghakimannya, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang bersidang bersama Hakim Datuk S.Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, mendapati tidak ada perbezaan besar daripada segi undi pos yang dikira memandangkan hanya tiga undi pos yang mungkin disalah kira dan ditolak disebabkan nombor siri yang tidak sama.

"Tiga undi ini tidak mengatasi majoriti 31 undi yang diperoleh responden (Datuk Tengku Hassan Tengku Omar daripada Pas). Oleh itu, keputusan Hakim Pilihan Raya itu dikekalkan," katanya dalam penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, Tengku Hassan menewaskan Datuk Wan Hisham Wan Salleh daripada BN dengan kelebihan 31 undi, tetapi BN menerusi ketua cawangan Umno Lorong Kemunting, Mahari Endut, memfailkan satu petisyen agar 127 undi pos yang ditolak pada hari pengundian itu, dikira semula.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak petisyen itu pada 22 Sept lepas kerana pempetisyen gagal membuktikan dakwaannya bahawa kerani Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menjalankan tugasnya dengan betul dalam mengendalikan undi pos itu.

(Sumber: Bernama -28/05/2009 - 14:12PM)
Baguslah BN kalah dalam petisyen di mahkamah tertinggi itu., tetapi aku tidak teruja sangat. Aku gusar la pulak, samada keputusan tersebut mengikut prosedur atau mengikut skrip ? Kih kih kih.

  • Ikut prosedur bermakna ianya diadili mengikut lunas perundangan yang sebenar dan seadil-adilnya.
  • Ikut skrip bermakna Kerajaan BN tak mau pilihanraya lagi di Terengganu. Dah tak tahan! Mana boleh tahan, 2-3 bulan sekali asyik pilihanraya. Kah kah kah.

Kaitan Dengan Isu Perak

Kita tengok pula krisis Perak. Adakah keputusan Mahkamah Persekutuan kelak bagi kes Nizar vs Zambry akan 'mengalahkan' BN seperti kes DUN Ladang? Hangpa teka! Bagi aku, skrip sudah ada untuk para hakim Mahkamah Persekutuan. Cuma berbeza sedikit , iaitu Zambry menang dan Nizar kalah. Tujuannya supaya tiada pembubaran DUN Perak, walaupun BN terpaksa tayang muka tak malu untuk 3-4 tahun lagi.

Hakim Mahkamah Tinggi yang aku hormati, Tn. Hj. Abdul Aziz boleh mengeluarkan penghakiman bertulis sebanyak 78 halaman. Dia seorang saja hakim untuk kes itu. Selepas itu, Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan Khas tak buat penghakiman bertulis dalam penghakiman 5 minitnya, tetapi dibenarkan pula dek hakim Mahkamah Rayuan. Memang kartun. Mana pula penghakiman bertulis oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan tempohari? 3 orang pun tak boleh buat? Sememangnya tanpa penghakiman bertulis ini memang untuk melumpuhkan hujah para peguam Nizar di Mahkamah Persekutuan kelak.

Selanjutnya »

Siapa Kata BN Tak Bertanding Di Penanti ?

Penanti makin berbahang menjelang Hari Pengundian - 31 Mei, 2009. Beberapa sisipan isu terkini dari beberapa sumber:

  1. Umno Permatang Pauh taja Rombongan Mak Cik Kiah berbondong-bondong ke Bukit Kayu Hitam pada hari itu. Tujuan untuk melarikan sebahagian besar ahlinya dari mengundi. Setiap cawangan ada bas disediakan. (HarakahDaily - 1)
  2. Setiap ahli rombongan dapat duit poket sebanyak RM100.00 seorang. (Biaqpila)
  3. Khairy Ketua Pemuda (Rasuah) UMNO pula kempen para pengundi untuk boikot pilihanraya. (HarakahDaily - 2)
  4. Banner-banner Amina Dola dan poster-poster calon Amina Dola ditaja oleh UBN. Memang banyak banner dan poster Amina Dola…siap dengan risalah-risalah. (PerakExpress)
  5. SPR turunkan 14 bendera DAP hari ini alasan kerana parti itu tidak bertanding (Malaysiakini). Dua hari lepas, bendera PKR diragut oleh MPSP (Bukit Teluk Sera).
  6. Bangunan Khidmat UMNO Bahagian Permatang Pauh ini boleh pulak banyak bendera?


























Siapa kata BN tak bertanding?
Habaq mai. Kih kih kih.





Selanjutnya »

Harga Diri Dia RM 3 Juta Sahaja ?

Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas exco itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak." katanya. [...]

(Selengkapnya di laman Biaq Pi Laa.. )
Harga diri setiap orang tidak ternilai. Maruah diri tidak boleh dijual beli. Namun begitu, tetap ada orang yang memurahkan dirinya untuk dilelong di pasar Baghdad untuk kesenangan yang sementara. 3 dirham saja. Ansuran 2 bulan sekali pulak tu! Dah la kena lelong, merungut pulak.. Kih kih kih.

Kesian pada kaum keluarga dia 7 keturunan tentang kisah ini.

Selanjutnya »

Ketua Kampung Saman Kerajaan Zambry Si Pengguling

Perak terus panas. Pada bulan April lalu, Zambry "Si Pengguling Yang Terus Mengguling" telah diberi amaran berkaitan isu pemecatan seluruh ketua kampung di negeri Perak secara tidak sah. Akhirnya bila tiada susulan secara baik oleh Si Pengguling, maka saman dijanjikan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pukul 11 pagi tadi.

Saman tersebut dibuat oleh En. Mohd Ridzuan Asit sebagai mewakili seluruh 817 orang ketua kampung negeri Perak. Menurut Al-Husseyn dari Ipoh, antara tuntutan saman tersebut adalah:

  1. Menuntut perintah Certiorari bagi membatalkan perintah kerajaan menamatkan perkhidmatan mereka;
  2. Menuntut perintah Mandamus yang mewajibkan kerajaan melantik semula ketua-ketua kampung;
  3. Menuntut perintah Deklarasi bahawa pemecatan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah batal dan tidak sah;
  4. Menuntut perintah Injuksi untuk melarang kerajaan dari melantik sesiapa yang lain sebagai ketua kampung;
  5. Menuntut Injuksi untuk melarang kerajaan dari membenarkan Dewan Orang Ramai dalam semua kampung dari digunakan oleh BN semata-mata;
  6. Menuntut gantirugi punitif, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon; dan
  7. Menuntut suatu siasatan dan taksiran gantirugi kepada pemohon.

Wah! Sejak krisis Perak bermula, kita semakin cerdik. Kita makin mengenali jargon-jargon dalam laras bahasa undang-undang. Benarlah, semakin lama kes kepimpinan coup d'etat BN Perak dibawa ke mahkamah, semakin berilmu rakyat Perak. Semakin berilmu, semakin meluat dan getik pula rakyat Perak terhadap isu ini.

Ada hikmahnya Nizar tewas di Mahkamah Rayuan. Isu saman ketua kampung ini akan terus meruntun Zambry ke dalam gundah gulana yang tak kunjung padam. Stok panadolnya kena ditambah lagi. Di samping itu, integriti para hakim juga bakal terus diuji. Adakah para hakim itu 'yang bijaksana' atau adakah para hakim itu 'yang bijaksini' ? Adakah 'dewa kayangan' yang berada di atas politik itu masih tidak pekak ?

Bahang perang krisis terus bergelodak, bergejolak dan membuak. Perak terus panas.
Selanjutnya »

Penanti : Bendera PKR Diragut MPSP

Berita panas dari Penanti disiarkan oleh TheMalaysianInsider petang ini. Sekumpulan pegawai Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mencabut buang bendera sepanduk PKR yang dikatakan diletak di hadapan ibu pejabat UMNO.

Pertengkaran berlaku antara geng MPSP yang ditemani pegawai SPR dengan penyokong PKR.

Penyokong PKR bertanya kenapa? Pencacai SPR tak mahu jawab. Katanya, perbuatan itu tindakan provokasi.

Itu saja alasan SPR? Jika itu saja, suruh dia buka Kitab Akta Pilihanraya jika ada dalil ! Atau dalil itu akan dicipta tidak lama lagi, tentunya. Mungkin nanti diwartakan segala tanah rezab jalan, parit, kubur dan sebagainya akan jadi tanah hak milik UMNO.
Selanjutnya »

Nizar : Antara Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Perak

Aku bersyukur apabila Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Tok Guru Hj. Ahmad Awang ingin mengundur diri untuk beri peluang pada yang lebih muda.

Pergerakan keduanya seakan seirama, serentak dan senada.

Pandangan aku, amat baik Nizar kekal di Perak. Beliau ada amanah besar di situ. Rakyat DUN Pasir Panjang di bahu kanan dan Parlimen Bukit Gantang pula di bahu kiri. Dalam masa yang sama krisis Perak belum berakhir. Hubungan antara semua komponen Pakatan Rakyat turut didokongi olehnya atas kapasiti sebagai MB. Semua beban amanah itu masih ada di pundaknya. Eloklah tidak menjunjung pula sepikul lagi beban jawatan Naib Presiden PAS Malaysia. Bagi aku, keputusan Nizar adalah tindakan yang rasional dan bertanggungjawab.

Biarkan laluan di Pusat untuk calon yang lebih sesuai setakat ini. Masih ramai yang kurang atau tiada komitmen besar di peringkat DUN atau Parlimen untuk tugas itu. Harakahdaily melaporkan hanya lima calon yang sah bakal bertanding: Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah. Insya Allah, antara mereka ada banyak ruang dan masa untuk ditumpukan ke arah keutuhan PAS di peringkat nasional. Serahkan pada mereka. Semuanya tetap bekerjasama untuk kebaikan bersama.

Perjuangan dalam sesebuah organisasi bukan semestinya untuk menjadi orang tertinggi dan teratas. Pada sebuah dinding, semua batu-bata adalah saling mengikat - saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Bumbung takkan kukuh terbentang tanpa disendal alang dan rasuk. Rasuk takkan berdiri tanpa dinding yang menyokong. Dinding tak bermakna jika asas lantai tidak terhunjam ke dasar bumi. Dari sekadar penyokong, ahli biasa, cawangan, bahagian, negeri - semuanya memiliki kekuatan yang tersendiri dalam mendokong kekuatan parti. Semua kita adalah pemimpin, menyumbang di peringkat masing-masing.

Kelebihan PAS berbanding BN terletak pada prinsip integriti dan akauntabiliti. Biar pegang sebatang kayu, tetapi dipegang kukuh-kukuh hingga ke akhirnya. Jangan pegang terlalu banyak, nanti tertinggal tercicir di merata jalan. Kekalkanlah amalan budaya yang sihat ini.
Selanjutnya »

1Malaysia : Kakitangan Awam Masih Kabur

1Malaysia adalah slogan keramat Najib. Dia harap semua rakyat memahami konsep wawasan beliau. Dia harap dia juga akan jadi pemimpin disegani seperti Mahathir yang terkenal dengan Wawasan 2020-nya. Kononnya.

Masalahnya, usah kata rakyat marhaen Malaysia di kampung atau bandar, kakitangan Kementerian Penerangan pun tak faham-faham lagi konsep itu. Jenuh la Rais Yatim nampaknya. Dia dengan Najib saja yang faham agaknya.
Civil servants also unclear about 1Malaysia

KUALA LUMPUR, May 25- The government is stepping up its efforts to sell 1Malaysia to a sceptical nation. Senior officers from the ministry of information, communication, culture and arts were told today they were the “sellers’’ of the concept.

Minister Datuk Seri Rais Yatim said it was up to them to drive home the message especially in Pakatan Rakyat (PR) states. Like in advertising, he said the ministry needed to create a “desire” for 1Malaysia among the people. This desire can be created if the quality of the product was good, he said.

However, he urged his officers to first understand the concept of 1Malaysia before attempting to explain it ...

(Sumber: TheMalaysianInsider - 26/05/09)
Katalah 1Malaysia atau 1Nation atau 1Malaysian - ianya tidak akan berjaya selagi faham racist parti politik kekal berjalan. UMNO dengan caranya, MCA Gerakan dengan caranya, MIC dengan caranya - belum kira parti-parti kecil berbelas-belas lagi. Kalau sekolah pun terpisah-pisah mengikut bangsa, jangan harap 1Malaysia akan terlaksana. Bukankah Sekolah Wawasan itu gagal! Ujian kecil '1Malaysia' itupun gagal, macam mana? Sebenarnya melahirkan rakyat yang berintegrasi mesti sejak kecil usia, bukan untuk yang dah tua bangka.

BN dan Kementerian Penerangan hanya boleh tunjuk teori, rakyat nak tengok aplikasi dan hasil. Rakyat mahu pemimpin yang pragmatik, bukan yang retorik.


Selanjutnya »

Timbalan Presiden PAS : Saingan 3 Penjuru

Akhirnya pertandingan tiga penjuru termaktub sudah untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Husam mengesahkan beliau akan bertanding bersama Mohd Sabu, bersama penyandang jawatan berkenaan Nasharuddin.

Sebelum ini, katanya beliau ingin meninjau dahulu perkembangan semasa khususnya pencalonan dan pandangan akar umbi.

Pertandingan inilah paling popular di kalangan pemerhati politik, berkaitan isu pro-Erdogan dan pro-Ulamak.

PAS: Husam sah cabar Nasharuddin
Abdul Rahim Sabri | May 25, 09 12:27pm

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru. Dalam pengumumannya di ibu pejabat parti itu tadi, beliau berkata gandingannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh menolong memajukan lagi parti.

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

Seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu juga berminat jawatan nombor dua PAS. Beliau dijangka mengesahkan bertanding hari ini, tarikh akhir semua calon wajib berbuat demikian menjelang pemilihan parti di muktamar tahunannya di Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Ditanya sama ada beliau muktamad menentang Nasharuddin dan Mohamad, atau masih sedia berkompromi, Husam berkata: "Saya telah ambil masa yang sangat lama untuk buat keputusan ini, dan ini adalah hari terakhir. Jadi saya rasa ini adalah keputusan yang muktamad."

Mengulas hasratnya bertanding berkaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang disarankan oleh Abdul Hadi, Husam berkata:

"Saya tidak mahu masuk kepada tajuk yang boleh mengelirukan. Saya hanya berkata bahawa, apa yang saya tuliskan (kenyataan media) itu bolehlah saudara tafsirkan dengan bentuk positif. Iaitu suasana semasa adalah kritikal dan saya tidak ada pilihan, saya meletakkan satu petanda dalam bentuk pertandingan ini." katanya.

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Sementara itu, Husam juga berkata pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din "bersifat peribadi" dan tidak mewakili keseluruhan pandangan PAS.

"Setahu saya kertas kerja tersebut adalah kertas kerja peribadi beliau. Dalam seminar tersebut, ia tidak diterima sebagai kertas kerja yang diterima bersama. Jadi proses itu (mekanisme baru) panjang lagi. Kalau dalam seminar tersebut belum diterima, saya rasa tak payah diulas secara panjang lebar," katanya.

Sabtu lalu, tokoh ulama itu memberi amaran kepada parti agar berwaspada terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang ditaja oleh musuh - termasuk oleh Umno atau negara asing - yang mengambil kesempatan dalam pemilihan kali ini. Beliau kemudian mencadangkan kepada PAS agar mengetatkan mekanisme pemilihan parti bagi menyekat kemaraan pemimpin seumpama itu.

Diminta mengulas lanjut, Husam berkata: "Kalau parti sudah membuat keputusan, perubahan tersebut saya akan patuh. Setakat ini saya tidak tahu ada perubahan ataupun tidak. Kena tanya Datuk sendiri."

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan bertanding jawatan naib presiden. Seramai 16 pemimpin dicalonkan untuk merebut tiga jawatan kanan tersebut. Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang berminat. Parti itu akan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding dalam satu sidang akhbar khas, esok.

Pertandingan PAS kali ini disifatkan persaingan dua aliran besar - satu pro-rundingan dengan Umno dan satu lagi pro-kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Nasharuddin - yang terlibat sendiri dalam satu rundingan sulit dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, waktu itu presiden Umno, sejurus selepas pilihanraya umum tahun lalu - dikategorikan dalam kumpulan yang bertentangan dengan Husam. Exco kerajaan Kelantan itu dikatakan lebih menyenangi idea mengukuhkan kedudukan PAS dalam gabungan pembangkang.


Sebenarnya, pertembungan dua golongan itu hanya dibesar-besarkan media primer Malaysia. Insya Allah, konsep asas perjuangan parti tetap diutamakan. Sebarang perselisihan pendapat hanyalah menjadi rahmat dari Allah untuk mematangkan lagi perjuangan PAS.
Selanjutnya »

Chedet Terus Membisu Darihal Perak

Mantan Perdana Menteri ke-4, Mahathir diketahui umum telah membangunkan blog khasnya chedet.co.cc untuk melahirkan suaranya bagi menumbangkan Perdana Menteri ke-5, Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu.

Segala kebobrokan semasa Pak Lah diungkit, ditembi dan dirodok bagi mempercepatkan kejatuhan Pak Lah. Lebih 70% peluru berpandu dalam artikel blognya mensasarkan Pak Lah. Bila Pak Lah rasmi meletak jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, baru Mahathir munculkan diri dengan megahnya di PWTC. Beliau sememangnya menyokong kelahiran Najib sebagai PM ke-6. Semua orang tahu pasal itu.

Semasa di zaman PakLah, Perak ditumbangkan secara rampasan kuasa (coup d'etat). Mahathir juga mengutuk perkara itu. Dia juga mengkritik pengambilan 3 orang calon bebas itu, yang bakal menjadi liabiliti untuk PRU13. Semua orang boleh rujuk sedutan artikelnya 4 Feb lalu: Lompat Melompat:

  • Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
  • Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
  • UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
  • Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.
Ini disambung pula dengan artikel Emas Bukan Perak pada 22 Feb.

  • Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
  • Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
  • Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
Setelah Najib mengepalai rombongan berjumpa Sultan Perak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, Mahathir terus senyap tentang Perak, hingga sekarang. Dia hanya tak sokong Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu.

Akhirnya, pada artikel 9 April -Mengapa Saya Masuk Balik UMNO, terluah juga satu ayat asam gelugur kelat dari beliau:
  • I did not agree with the way the Perak affair was handled. The BN could easily regain Perak through a vote of non-confidence.
Kelakarnya sejak kes Nizar vs Zambry di Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Rayuan, Mahathir hanya menulis berkaitan ekonomi, hal ehwal luar negeri dan beberapa pujian untuk diri sendiri. Apa sebabnya, entah. Bukan sedikit yang minta pandangan beliau tentang isu Perak dan kehakiman, tak dijawabnya.

Yang ini, semua orang tak tahu pasal apa! kih kih kih.
Selanjutnya »

Now Showing : Zambry Baba & His 9 Thieves

Zambry Baba & 40 Pencuri

Credit : Uncle Zorro

Aku paling menyampah pada 3 orang di bahagian perut si Zambry Baba tu. Tak tau pasai apa..
Selanjutnya »

Wabak Selsema Babi Politik Malaysia



Persahabatan tiada masalah, bagus. Masalahnya persahabatan juga membawa budaya kronisme dan gangsterisme. Wabak selsema babi ini dah lama menular sekian lama dalam sistem legislatif, eksekutif dan kehakiman di Malaysia. Mengapa baru-baru ini sahaja, Kementerian Kesihatan baru sedar? Rakyat dah lama tahu, dan menghindarinya..
Selanjutnya »

Penamaan Calon DUN Penanti - 4 Calon Berentap

Hari Penamaan Calon DUN Penanti
Hari ini hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil DUN Penanti. Selepas tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi ini, lima orang termasuk calon PKR Mansor Othman telah awal-awal mendaftar nama untuk glamour:

Siapakah lima hero heroin yang nak glamour itu?


  1. Mansor Othman - PKR
  2. Nai Khan Ari - BEBAS (bekas pemimpin Gerakan, etnik Siam)
  3. Aminah Abdullah - BEBAS - (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang)
  4. Mohd Saberi Othman - BEBAS - (bekas pembantu Pak Lah di Parlimen Kepala Batas)
  5. Khairul Ramizu Idris (yang hilang wang pertaruhan di Bukit Gantang tempohari)

Jika tiada sebarang penolakan, kelima-lima mereka akan bertarung menghadapi pilihanraya kecil DUN Penanti - kali ini tanpa persaingan sengit BN yang memutuskan untuk memulaukannya.

Selepas menunggu proses bantahan selama sejam hingga jam 11 pagi, keputusan 12.01 PM - Mohd Saberi Othman ditolak selepas bantahan. Maka dikatakan yang bertanding adalah empat penjuru. 1 PKR, 1 ex-Gerakan, 1 ex-PKR, 1 ex-Pekida. Sebenarnya bukan 4 penjuru, tetapi 2 penjuru. PR vs Bebas.

Selanjutnya »

A Golden Quote by Sulaiman The Lawyer

Apabila ditanya adakah dia terkejut dengan keputusan penghakiman, peguam Nizar - Tn. Hj. Sulaiman Abdullah berkata...

"We have extraordinary judges with extraordinary ability."

Kenyataan di atas dari blog Kopitiam Bang Nan. Apa menatang Tn. Hj. tu kata ?

"We" - kita. "have" - ada, memiliki atau mempunyai. "judges" - hakim-hakim. "with" - dengan. "ability" - kebolehan atau keupayaan. Itu senang. "extraordinary" pulak?

Merujuk kepada kamus online, berikut antara perkataan berkaitan 'extraordinary': Terjemahan penuh Melayu kenyataan di atas aku bubuh kat bawah sekali.

Adj.1.extraordinary - beyond what is ordinary or usual; highly unusual or exceptional or remarkable; "extraordinary authority"; "an extraordinary achievement"; "her extraordinary beauty"; "enjoyed extraordinary popularity"; "an extraordinary capacity for work"; "an extraordinary session of the legislature"
uncommon - not common or ordinarily encountered; unusually great in amount or remarkable in character or kind; "uncommon birds"; "frost and floods are uncommon during these months"; "doing an uncommon amount of business"; "an uncommon liking for money"; "he owed his greatest debt to his mother's uncommon character and ability"
unusual - not usual or common or ordinary; "a scene of unusual beauty"; "a man of unusual ability"; "cruel and unusual punishment"; "an unusual meteorite"
incomparable, uncomparable - such that comparison is impossible; unsuitable for comparison or lacking features that can be compared; "an incomparable week of rest and pleasure"; "the computer proceeds with its incomparable logic and efficiency"; "this report is incomparable with the earlier ones because of different breakdowns of the data"
impressive - making a strong or vivid impression; "an impressive ceremony"
superior - of high or superior quality or performance; "superior wisdom derived from experience"; "superior math students"
ordinary - not exceptional in any way especially in quality or ability or size or degree; "ordinary everyday objects"; "ordinary decency"; "an ordinary day"; "an ordinary wine"

2.extraordinary - far more than usual or expected; "an extraordinary desire for approval"; "it was an over-the-top experience"
immoderate - beyond reasonable limits; "immoderate laughter"; "immoderate spending"

3.extraordinary - (of an official) serving an unusual or special function in addition to those of the regular officials; "an ambassador extraordinary"
unusual - not usual or common or ordinary; "a scene of unusual beauty"; "a man of unusual ability"; "cruel and unusual punishment"; "an unusual meteorite"

Kesimpulan yang aku boleh buat, "We have extraordinary judges with extraordinary ability" bermaksud lebih kurang "Kita mempunyai beruk-beruk luarbiasa dengan kebolehan menayang pungkoq yang merah menyala"...

Betui ka?
Selanjutnya »

Zambry Buat Lawak La Pulak..

IPOH, 22 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Perak meminta pakatan pembangkang di negeri itu -- DAP, PKR dan PAS -- serta penyokong mereka supaya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya yang sebulat suara mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

  1. Zambry dah biasa serius. Kan dia sakit kepala dengan krisis Perak buatan sendiri.
  2. Maka Zambry cuba buat lawak la pulak, kot kot orang mahu gelak. Nak gelak apa.
  3. Dia mintak semua umat rakyat Perak menghormati keputusan mahkamah yang sebulat suara. Kalau orang tak mau hormat, apa dia nak kata?
  4. Cemanapun aku tergelak jugak.. dengan petikan ayat kat atas tadi: "... Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah". Kih Kih Kih.
  5. Rupanya jurutulis Bernama jugak yang pandai buat lawak. Kih Kih Kih.

Selanjutnya »

Keputusan Mahkamah Rayuan - Zambry Menteri Besar Perak

Hari ini sekali lagi hari bersejarah untuk rakyat Perak. Mahkamah Rayuan hari ini mengubah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi minggu lalu. PRU12, Nizar sebagai MB, kemudian diguling oleh Najib dan meletakkan Zambry sebagai MB. Kemudian Mahkamah Tinggi mengumumkan Nizar MB yang sah. Lepas tu Zambry komplen di Mahkamah Rayuan. Kini Datuk Seri Zambry Abd Kadir pula diumumkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Kah kah kah.

Pernah tengok cerita Hindustan atau cerita Keling?? Mula-mula hero dia kalah, di hujung cerita dia jadi teror dan kuat! dan menang! Tapi itu cerita keling. Penuh dengan segala maknika kunun dan kartun.

Dalam realiti sebenar, keseronokan hero kelingkia belum berakhir. Peguam Nizar akan terus buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Pastinya, jadi MB Perak 2-3 tahun ini bukan senang bagi Zambry. Turun naik kes mahkamah dan berdepan dengan segala cemuhan rakyat. Patut dia dah siap stok panadol 2-3 lori. Bab legislatif, memang BN nampaknya boleh kow-tim. Skrip keputusan hakim di Malaysia seperti dah boleh dibaca, walau belum diterbitkan.

Yang tak boleh dia lari, adalah PRU akan datang - dengan rakyat! kih kih kih. Siappp!

Berikut adalah sisipan dari Malaysiakini tentang keputusan tiga ekor Hakim Mahkamah Rayuan, plus seekor Peguam Negara petang tadi.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

sivakumar and zambry at perak state assembly 130509 04Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.

Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.


Sebenarnya, bukan mudah bagi BN di tahun pertama Najib jadi PM. Kes krisis Perak masih terus berjalan.. seiring dengan krisis dalaman UMNO sendiri di Perlis dan Terengganu. Mereka kecut di Penanti, adakah mereka terus bacul di Manek Urai?

KIta jangan sekadar tengok. Kita serang mereka di gelanggang satu negara.

Selanjutnya »

Al-Fatihah Untuk Arwah ADUN Manek Urai dan Si-Nazak BN

Berita terkini - ADUN Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob (60 tahun) meninggal dunia kerana sakit jantung kira-kira jam 5.55 subuh pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.

Jenazah allahyarham dibawa ke rumahnya di Manek Urai Lama dan disembahyangkan di sebuah masjid dengan diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kira-kira 2,000 orang menziarahi dan turut menyembahyangkan jenazah Ismail sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Manek Urai Lama selepas solat Jumaat.

  1. Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ruhnya diampuni & dirahmati Allah SWT. Takziah juga utk semua kaum keluarga, sanak saudara & sahabat handai beliau. Semoga ruh arwah ditempatkan di dalam golongan kaum mukminin yang berbakti. Bukankah memang ada janji Rasulullah untuk yang meninggal dunia pada hari Jumaat?

  2. Semoga perjuangan dan kepimpinan Allahyarham diganti Allah dengan perjuangan dan kepimpinan baru yang terus mengekalkan kecemerlangan PAS di Kelantan. Sebelum ini Allahyarham memenangi kerusi DUN Manik Urai pertama kali pada PRU 1986 dan telah memegang kerusi DUN tersebut selama 5 penggal.

  3. Urusan pilihanraya kali ini tentu ada. Takkan Najib 'the absolute loser' nak kata punca pilihanraya kali ini permainan politik PAS, seperti di Penanti? Apa-apa hal, elok BN tambahkan budget PRK mereka dengan 5 kontena Paracetamol 50g - ubat demam panadol. Bukan apa.. untuk kurangkan panas badan dok pikiaq, "mana la lagi nak PRK pulak lepas ni.."

Selanjutnya »

Bila Yang Haq Mengalahkan Yang Batil

Syukur, Alhamdulillah. Akhirnya hari ini Mahkamah Tinggi memutuskan DS Nizar sebagai MB Perak yang SAH. Makna kata, sahlah bahawa DS Zambry tu MB Perak yang TAK SAH.

Berikut berita terkini dari Star Online:

KUALA LUMPUR: The High Court here ruled rule on Monday that Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin is the rightful Perak Mentri Besar, and not Barisan Nasional’s Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

In an immediate response, Zambry said he would apply for a stay pending appeal. This was rejected by the court.

Nizar immediately left the courtroom immediately after a press conference to travel to Ipoh where he will seek an audience with the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, to get his consent to dissolve the Assembly and call for fresh state elections.

In his ruling Monday, Justice Abdul Aziz Abd Rahim said that a new mentri besar could not be appointed as the office had not been vacated.

He said a mentri besar can only be dismissed by a vote of no confidence, and upheld the Stephen Kalong Ningkan ruling.

He noted that the Perak State Legislative did not hold a vote of no confidence.

In 1966, Sarawak Chief Minister Datuk Stephen Kalong Ningkan was ousted when the state governor showed him a letter of no confidence issued by 21 out of 42 legislators and asked Ningkan to resign.

Ningkan refused, saying the letters were not tantamount to a vote of no confidence in the state legislative assembly. He was sacked by the governor but eventually reinstated by the Borneo High Court, which saw the necessity of a formal vote of no confidence.

According to the Nutgraph, the judge ruled ruled that the governor can only dismiss the chief minister when both these conditions are satisfied:

(a) The chief minister has lost the confidence of the House, and

(b) The chief minister has refused to resign and failed to advise a dissolution.

Nizar had filed for a judicial review on Feb 13, seeking a declaration that he is the rightful mentri besar of Perak and an injunction to bar Dr Zambry from discharging his duties as the mentri besar.

On March 6, Justice Lau Bee Lan had ruled that there were constitutional issues involving the interpretation of Article 16 (6) of the Perak Constitution and later referred four consitutional questions to the Federal Court for determination.

However, on March 23, the Federal Court ruled that the case of who the rightful mentri besar is should be heard by the High Court.

Nizar’s lead counsel Sulaiman Abdullah, in wrapping up his submissions last week, said the Constitution was the “genius of the Malaysian people”, adding that the court had a duty to uphold it. Over the last few days, he had submitted that the Sultan, while granted powers in the Perak Constitution to appoint a mentri besar, could not dismiss him.

The only way Nizar could be dismissed, he said, was through a vote of no-confidence in the House.

He also said that a mentri besar could request for the State Assembly to be dissolved in the middle of a term without losing the confidence of the majority of the House.

Dr Zambry’s lawyer Datuk Cecil Abraham, however, argued that Nizar went by Article 16(6) of the Perak Constitution when he sought an audience with the Sultan – this article specifically provides for the mentri besar to request for a dissolution when he has lost the confidence of the majority in the House.

Under the article, Nizar is required to tender the resignation of his executive councillors when his request was rejected, he said.



Apa-apa pun, perjalanan masih panjang.. Zambry dijangka akan buat rayuan di mahkamah lebih tinggi. Nizar pula akan terus bermasalah orang kirinya - SU DUN dan SUK Perak. Perkara penting, mestilah segera ke arah pembubaran DUN Perak dan pilihanraya semula. SEGERA! SEBELUM KELUAR USUL UNDI TIDAK PERCAYA DALAM SIDANG DUN !

Jika 'Vote of No Confidence' dah mula, Nizar akan kalah pada jika nisbah 28-31.

Walau bagaimanapun, lebih baik Zambry jadi MB untuk 2-3 tahun ini. Biar dia buat kerja MB dengan 'tak tenang'. ADUN Pakatan Rakyat terus bantai mereka dalam Sidang DUN dan ceramah untuk rakyat. Bloggers terus bantai mereka setiap hari, tanpa kira isu. Rakyat juga terus bantai mereka dalam PRU 13. Kesan Domino yang melegakan.

Selanjutnya »

Pecat Imam Lantikan Masjid - UMNO HARAM JADAH

Imam di Bukit Damansara yang dipecat susulan khutbah Jumaatnya menyeru "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" Februari lalu dah menerima surat pengesahan pemecatan. Kandungan surat bertandatangan pengerusi jawatankuasa kariah masjid Saidina Umar Al-Khattab, Datuk Wan Mansor Abdullah menyampaikan maksud:

  • tindakan dibuat selepas mendapat persetujuan Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
  • berdasarkan Seksyen 12(1) Akta Pekerjaan yang menyebut "majikan boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dengan memberi notis pada bila-bila masa."
  • imam tersebut layak dibayar pampasan bersamaan dua bulan gaji sebagai ganti notis

Terdahulu, Malaysiakini ada melaporkan tindakan tersebut berpunca dari seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu. Susulan pemecatannya, bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – sebelum 1 Julai ini.

Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jawi seperti dua lagi imam di masjid itu.

AHLI PARLIMEN BN MANA YANG PI SOLAT JUMAAT? KALAU TAK UMNO!
HARAM JADAH. KEPALA HOTAK HANGPA. BULI IMAM. BULI J/K MASJID. BULI ISLAM.
JENIS TAK BOLEH DITEGUR?
Selanjutnya »

Mat Sabu Kena Tangkap!

Sumber dari Detikdaily.net

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.

Sekumpulan anggota polis di percayai Speciah Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.



Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.

"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.

"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.

Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.

"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.

Berita lanjut menyusul._

sumber harakahdaily

Petikan Malaysiakini
Mat Sabu pula ditahan polis
May 6, 09 3:16pm
Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu di Manjoi, Ipoh esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Dihubungi hari ini, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur

Dah la jalan kena tutup 7 hari. Tangkap orang pulak tanpa adab. Polis.. Polis...
Selanjutnya »

Sidang DUN Perak : Laluan Ditutup 7 Hari

Nahhh.. 7 hari. Jenuuh. Pasai apa? Pasai semua pakat dok heboh kempen ke Perak, nak ke Ipoh 7 Mei . Lain kali, nak buat apa-apa, diam-diam sudahlah. Buat apa-apa siar besar-besaran. Macam kempen.

Tapi, kalau tak siar besar-besaran, orang tak ramai pulak pergi sana. Tak syok pulak. Tak gitu?

Tak apa, kalu lagu tu, kita tengok kawasan mana kena sekat? Jalan mana kena tutup.

Semua laluan ke pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini dari Jalan Kuala Kangsar, Jalan Silibin, Jalan Lahat, dan Jalan Hospital akan ditutup sementara dan dilencongkan mulai jam 9 malam ini hingga esok sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai hendaklah menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas sepanjang tujuh hari persidangan itu berlangsung.

Beliau berkata, cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sudah menetapkan 13 kawasan penutupan dan lencongan jalan ketika perasmian DUN pagi esok.

Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan ialah simpang Jalan Lim Bo Seng, Jalan Horley, simpang Jalan S P Seenavasagam, Jalan Kompleks Islam, simpang Jalan Istana, simpang Masuk Medan Istana, susur dari bangunan pejabat Tanah, susur Jalan Kuala Kangsar, simpang Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan susur dari Taman Idris. - Bernama

Okey, banyak lagi kawasan lain boleh redah, boleh cilok. Parking jauh sikit tak apa. Boleh jalan kaki. Jom 7/5 - Minggu Melawat Ipoh.
Selanjutnya »

500 Mat Rempit Pelumba Kereta Haram Ditangkap - Mana Khairy?

Sebanyak 500 Mat Rempit dan pelumba kereta haram ditahan di kawasan Dataran Merdeka di sini dalam operasi mencegah kegiatan lumba haram dan kesalahan lalu-lintas bermula dari 11 malam tadi hingga awal pagi ini.

Para pelumba haram itu termasuk yang di bawah umur terperangkap apabila semua laluan di situ dikepung sepenuhnya.

Kira-kira 200 anggota polis trafik, narkotik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil bahagian dalam operasi bersepadu tersebut.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata dalam operasi itu didapati terdapat pelumba haram yang sengaja menggelapkan nombor plat kenderaan mereka, kononnya untuk menyukarkan pihak berkuasa mengesan pemilik kenderaan tersebut.

"Kita mendapati hampir kesemuanya mempunyai kesalahan seperti mengubah suai enjin, tiada cermin sisi, plat nombor pendaftaran motosikal digelapkan, nombor casis palsu dan pelbagai lagi.

"Kebanyakan Mat Rempit turut mengubah suai ekzos motosikal mereka," katanya.

Sebanyak 115 motosikal serta empat buah kereta yang diubah suai turut disita oleh JPJ.

"Kenderaan ini disita kerana tidak memiliki cukai jalan, cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu dan kenderaan diubah suai tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan," kata Pengarah Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan.

Beliau berkata sebanyak 30 buah kereta diberi notis untuk mengubah semula kenderaan mereka mengikut spesifikasi asal. (Sumber: Bernama)

Tahniah & Syabas Encik Polis dengan tangkapan ini. Memang bagus jika kerapkan buat penguatkuasaan macam ni. Tiap-tiap minggu lagi baik. Bukan Sekali sekala, Dua kali Dua kala.. KIH KIH KIH.

Tapi awat tak ajak En. Khairy sekali masa tu? Dia kan motivator @ pembela geng2 rempit ni. KIH KIH KIH. Ketua Pemuda kan? KIH KIH KIH. Ada kes rasuah tapi lepas kan? KIH KIH KIH. Terlepas ke Dilepaskan? KIH KIH KIH. .


Selanjutnya »

Speaker Benar Semua Media Buat Liputan Sidang DUN Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini.

Sivakumar berkata, semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai jam 9 pagi esok.


"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media mengikut pertimbangan saya. Di sini, saya menggunakan Perintah-perintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil mana-mana jurnal menghadiri persidangan dewan.

"Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Sivakumar berkata, arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsip demokrasi dan kebebasan media.

Beliau berkata, rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.

"Tidak ada sebab untuk menghalang mana-mana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerak-geri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya.

Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, BernamaTV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dijangka membuat satu kenyataan esok berhubung arahan larangan membuat liputan dan had bilangan petugas yang dikeluarkan sebelum ini. - Bernama.

Kita tengok nanti berapa biji panadol Zambry nak telan hari-hari.
Selanjutnya »

Halang Liputan Media 7 Mei - SUK Perak Cabul Kuasa Speaker

Di Perak, sudah tunggang terbalik. Pencabulan kuasa hak Speaker DUN sudah di tahap merbahaya. Bagaimana sekarang SUK Kerajaan BN(H) di Perak boleh mengatasi kuasa Speaker DUN? Tentunya SUK takkan berani melainkan atas arahan MB(H) Zambry.

Jika dahulu, isu penggantungan ADUN dari DUN Perak oleh Speaker di bawa ke mahkamah. Kini SUK Perak menghalang pihak media dari membuat liputan sepanjang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini.

Mengikut tulisan Speaker DUN Perak yang sah, V.Sivakumar: liputan media adalah di tangan Speaker. Speaker berkuasa beri kebenaran, dan dia juga yang berkuasa menarik balik kebenaran jika pihak media melanggar peraturan. Tiada kuasa untuk SUK menghalang hak Speaker ini berdasarkan Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Kita lihat keterangan dari blog Suara Perak (V. Sivakumar) berhubung isu di atas.

Datuk SUK Tidak Boleh Menghalang Media Pada 7 Mei

Perintah-Perintah Tetap 84, Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan

Tuan Speaker boleh mengeluarkan kebenaran kepada wakil mana-mana jurnal kerana menghadiri persidangan Dewan di bawah apa-apa peraturan yang dikeluarkannya dari semasa ke semasa. Jika wakil itu melanggar peraturan-peraturan itu, maka kebenaran itu boleh dibatalkan.


Standing Orders 84, State Legislative Assembly of Perak Darul Ridzuan

Mr. Speaker may grant a general permission to the representative of any journal to attend the sittings of the Assembly under such rules as he may from time to time make for that purpose. If such rules are contravened, such permission may be revoked.

Adakah perintah-perintah tetap ini memberi kuasa kepada Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan arahan menyekat mana-mana media membuat liputan sidang? Bukankah arahan beliau untuk melarang beberapa media merupakan salahguna kuasa?

Apa yang pasti, Kerajaan BN(H) amat takut! Speaker DUN pun ditukarnya.
Contoh sebuah lagi projek Kerajaan BN yang gagal.
Selanjutnya »