Mantan Perdana Menteri ke-4, Mahathir diketahui umum telah membangunkan blog khasnya chedet.co.cc untuk melahirkan suaranya bagi menumbangkan Perdana Menteri ke-5, Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu.
Segala kebobrokan semasa Pak Lah diungkit, ditembi dan dirodok bagi mempercepatkan kejatuhan Pak Lah. Lebih 70% peluru berpandu dalam artikel blognya mensasarkan Pak Lah. Bila Pak Lah rasmi meletak jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu, baru Mahathir munculkan diri dengan megahnya di PWTC. Beliau sememangnya menyokong kelahiran Najib sebagai PM ke-6. Semua orang tahu pasal itu.
Semasa di zaman PakLah, Perak ditumbangkan secara rampasan kuasa (coup d'etat). Mahathir juga mengutuk perkara itu. Dia juga mengkritik pengambilan 3 orang calon bebas itu, yang bakal menjadi liabiliti untuk PRU13. Semua orang boleh rujuk sedutan artikelnya 4 Feb lalu: Lompat Melompat:
Akhirnya, pada artikel 9 April -Mengapa Saya Masuk Balik UMNO, terluah juga satu ayat asam gelugur kelat dari beliau:
Yang ini, semua orang tak tahu pasal apa! kih kih kih.

Ini disambung pula dengan artikel Emas Bukan Perak pada 22 Feb.
- Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
- Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
- UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
- Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.
Setelah Najib mengepalai rombongan berjumpa Sultan Perak untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, Mahathir terus senyap tentang Perak, hingga sekarang. Dia hanya tak sokong Pak Lah. Semua orang tahu pasal itu.
- Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.
- Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.
- Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.
Akhirnya, pada artikel 9 April -Mengapa Saya Masuk Balik UMNO, terluah juga satu ayat asam gelugur kelat dari beliau:
Kelakarnya sejak kes Nizar vs Zambry di Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Rayuan, Mahathir hanya menulis berkaitan ekonomi, hal ehwal luar negeri dan beberapa pujian untuk diri sendiri. Apa sebabnya, entah. Bukan sedikit yang minta pandangan beliau tentang isu Perak dan kehakiman, tak dijawabnya.
- I did not agree with the way the Perak affair was handled. The BN could easily regain Perak through a vote of non-confidence.
Yang ini, semua orang tak tahu pasal apa! kih kih kih.
0 comments:
Post a Comment