Aku bersyukur apabila Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Tok Guru Hj. Ahmad Awang ingin mengundur diri untuk beri peluang pada yang lebih muda.
Pergerakan keduanya seakan seirama, serentak dan senada.
Pandangan aku, amat baik Nizar kekal di Perak. Beliau ada amanah besar di situ. Rakyat DUN Pasir Panjang di bahu kanan dan Parlimen Bukit Gantang pula di bahu kiri. Dalam masa yang sama krisis Perak belum berakhir. Hubungan antara semua komponen Pakatan Rakyat turut didokongi olehnya atas kapasiti sebagai MB. Semua beban amanah itu masih ada di pundaknya. Eloklah tidak menjunjung pula sepikul lagi beban jawatan Naib Presiden PAS Malaysia. Bagi aku, keputusan Nizar adalah tindakan yang rasional dan bertanggungjawab.
Biarkan laluan di Pusat untuk calon yang lebih sesuai setakat ini. Masih ramai yang kurang atau tiada komitmen besar di peringkat DUN atau Parlimen untuk tugas itu. Harakahdaily melaporkan hanya lima calon yang sah bakal bertanding: Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah. Insya Allah, antara mereka ada banyak ruang dan masa untuk ditumpukan ke arah keutuhan PAS di peringkat nasional. Serahkan pada mereka. Semuanya tetap bekerjasama untuk kebaikan bersama.
Perjuangan dalam sesebuah organisasi bukan semestinya untuk menjadi orang tertinggi dan teratas. Pada sebuah dinding, semua batu-bata adalah saling mengikat - saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Bumbung takkan kukuh terbentang tanpa disendal alang dan rasuk. Rasuk takkan berdiri tanpa dinding yang menyokong. Dinding tak bermakna jika asas lantai tidak terhunjam ke dasar bumi. Dari sekadar penyokong, ahli biasa, cawangan, bahagian, negeri - semuanya memiliki kekuatan yang tersendiri dalam mendokong kekuatan parti. Semua kita adalah pemimpin, menyumbang di peringkat masing-masing.
Kelebihan PAS berbanding BN terletak pada prinsip integriti dan akauntabiliti. Biar pegang sebatang kayu, tetapi dipegang kukuh-kukuh hingga ke akhirnya. Jangan pegang terlalu banyak, nanti tertinggal tercicir di merata jalan. Kekalkanlah amalan budaya yang sihat ini.

salam. setuju dengan apa yang saudara nyatakan di atas. biar sedikit tetapi berterusan dan berkekalan. bukan sedikit yang nanti diazab di akhirat kerana tak tunai amanah.
nizar akan tiba masanya juga ke puncak. moga dia dapat selesaikan hal dalam negeri dengan jayanya, sebelum ke peringkat nasional. ujian itu perlu dilepasi dengan berperingkat.