BUNG&ISTERI BELA DIRI
2 days ago
Bila Gendang Perang Salib Dah Berbunyi..Dulu timbul isu perkataan 'Allah' oleh majalah Kristian mengusik sebahagian golongan muslim. Bagi aku, Allah itu Tuhan Semesta Alam. Ok. Hari ini, laporan polis dibuat oleh 2 orang Nasrani Katolik terhadap majalah Al-Islam. Ini berikutan atas usaha penyamaran wartawan majalah itu ke dalam gereja untuk membongkar isu remaja murtad. Kononnya, kisah pemberian 'roti putih suci' diluah wartawan dan diambil foto telah menaikkan marah puak katolik itu. Dengarnya pula, Bukit Aman akan ambil kes. Hrm.. ke mana arah lepas ini. Nak herot sana ka, atau nak herot sini.. Aku tak mau komen banyak. Takut nanti aku mula mencarut.. atau mula nak mengasah benda-benda yang dah lama tak diasah. Baca sini. Baca juga Al-Islam Mei, 2009. PPSMI : Kerajaan Bakal Terus Bazirkan Beratus Juta!Hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi mengatakan pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta setahun. Sekali pandang, dengan angka itu nampak banyak juga wang kerajaan boleh diselamatkan. Tapi bila tengok dua kali pandang, nampak pula pembaziran beratus juta ringgit bakal terus berlaku hingga pemansuhan sepenuhnya tahun 2014. Kata Si Puad, perbelanjaan itu adalah untuk menampung elaun tambahan atau Bayaran Insentif Subjek Penting (BISP) yang diberikan kepada guru-guru mengajar subjek Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan, iaitu 5% tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10% pula untuk mereka berkelulusan diploma. Setakat ini, terdapat 61,040 guru sekolah rendah dan 26,389 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Matematik dan 46,946 guru sekolah rendah dan 25,781 guru sekolah menengah yang mengajar subjek Sains di seluruh negara. Baik.. Maknanya fakta angka dari Si Puad itu menunjukkan sejumlah 107,986 (guru sekolah rendah) dan 52,170 (guru sekolah menengah) akan makan elaun buta (bukan gaji buta). Jika selama ini memang guru Sains Matematik tidak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya, mereka akan kekal sebegitu hingga 2014. Jadi apa faedahnya elaun itu lagi? Aku memahami jika pemansuhan PPSMI itu beransur-ansur untuk merangka semula kandungan pelajaran dan mengeluarkan buku teks baru. Tapi adalah lebih elok kalau guru-guru Sains Matematik ajar semua murid dalam bahasa ibunda terus mulai 2010, tahun depan. Elaun BISP dah boleh ditarik balik dan jimatkan RM40 juta setahun. Dari tahun 2010 hingga 2012 (tahun mula PPSMI mansuh berperingkat) saja sudah membazir duit rakyat lebih RM100 juta! Dalam pada itu, pemansuhan PPSMI sepenuhnya lambat lagi - tahun 2014!. Susah ka? Ianya hanya ilmu hisab, ilmu kira-kira yang cukup mudah. Sebenarnya bukan susah nak jimat duit.. tapi lagi senang nak bazirkan duit. Tengin. BN Kartun. Si Mahathir pulak, marah sungguh PPSMI nak mansuh. Dia buat undian di blog dia samada sokong atau bangkang pengajaran dalam BM. Tapi, 'poll' di blog dia macam tak boleh percaya.. orang boleh undi banyak kali. Undian pro-BI sentiasa bertambah setiap beberapa saat. Macam ada komplot nak naikkan undi saja, kih kih kih. Pi sana tengok.. PPSMI - Projek Enjin Sangkut BN Yang TersangkutHari ini, PPSMI sah akan dimansuhkan mulai 2012. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Muhyiddin, Menteri Pelajaran memberikan beberapa keputusan kementeriannya bagi bahasa digunakan untuk subjek Sains dan Matematik:
Kih kih. Itulah.. Projek kelam kabut, tentunya kesannya huru hara. Yang lingkup anak watan, yang untung hanya pihak kontraktor pembekal alatan PPSMI, 'orang-orang yang kowtim' dengan kontraktor dan guru PPSMI yang mendapat elaun tapi tidak bercakap BI. Indeks Jenayah Kedah Turun 8% - SyabasIndeks kadar jenayah di Kedah bagi tempoh separuh tahun ini turun 8.25 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan. Beliau berkata jumlah kes jenayah turun daripada 7,185 kes dalam tempoh itu tahun lepas kepada 6,573 kes tahun ini, iaitu penurunan 612 kes. Katanya walaupun Daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah kes jenayah tertinggi tetapi dalam tempoh separuh tahun ini, ia menurun sebanyak 83 kes iaitu 1,750 kes dilaporkan berbanding 1,833 kes tahun lalu. "Kegiatan jenayah dapat dicegah jika ada perancangan yang sistematik dan komitmen masyarakat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Komuniti Simpang Kuala di sini Selasa. Syed Ismail berkata kadar jenayah di kawasan bandar raya itu juga dijangka akan terus menurun ekoran kesedaran orang ramai membantu polis untuk mencegah jenayah. Agak-agaknya adakah faktor Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (majoriti PAS) adalah salah satu Key Perfomance Indicators (KPI) bagi penurunan kadar jenayah itu? Jika TIDAK, sekurang-kurangnya orang Kedah semakin baik.. tahniah. Satu kejayaan juga bagi Kerajaan PR. Jika YA, sememangnya ia kejayaan yang membanggakan bagi Kerajaan PR di Kedah. Aku hormat polis yang mendengar suara rakyat, juga rakyat yang turut menghormati polis. Win-win. Masing-masing menjalankan tugas dengan baik. Hubungan baik antara rakyat dengan polis mencerminkan kejayaan bersama. Syabas rakyat Kedah. Kekalkan pimpinan negeri anda! Kisah Seorang 'Somebody'Aku mendengar kisah dari seorang VIP 'gerak saraf' Kementerian Rais Yatim hari ini.
Selanjutnya »
Antara yang disampaikan ialah:
Kih kih kih.. tapi.. kesian pun ada. LHDN Nak Dikorporat? Siapa Mangkuk Itu?Apa ke jadah ni? LHDN Dicadang Jadi Satu Badan Korporat KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Seorang Senator mencadangkan pada Isnin agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikorporatkan bagi membolehkan ia melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan. Senator Datuk Akhbar Ali berkata jika LHDN dapat diperbadankan dan tidak di bawah seliaan Kementerian Kewangan, agensi itu mampu menguruskan kewangan serta merangka organisasi sendiri tanpa perlu merujuk kepada kementerian terlebih dahulu. "Jika LHDN diperbadankan, segala pengurusan kewangan, penambahan kakitangan dapat dilakukan oleh LHDN sendiri tanpa perlu meminta kuasa daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ia juga dapat menjimatkan masa tidak perlu memohon dan menanti dari dua pihak pula, sebaliknya LHDN diberikan kuasa untuk melaksanakan sendiri," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2008 di Dewan Negara di sini. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDM) adalah agensi utama memungut hasil di bawah Kementerian Kewangan. LHDN ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperoleh lebih kuasa terutama dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Akhbar berkata dengan pemberian kuasa (hak kepada LHDN) bagi menguruskan kedua-dua perkara berkenaan, LHDN akan dapat meningkatkan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan. "Kalau LHDN sudah diberikan kuasa, maka agensi itu akan menjadi lebih cekap, memandangkan LHDN mempunyai sumber-sumbernya sendiri yang boleh dikawal. Jadi jika dia nak minta tambah kakitangan, dia doleh uruskan sendiri tak perlu ke kementerian atau JPA yang memakan masa yang lama untuk diselesaikan," katanya. Persidangan Dewan disambung esok. Siapakah pencadang itu? Dia nak Lembaga Hasil Dalam Negeri mula berorientasikan keuntungan? Ada ka badan korporat dalam dunia ini yang hanya buat 'social obligation' - berkebajikan tanpa 'profit taking'. Habaq mai.. Mula-mula nak dapat 'kuasa' - konon nak urus 'human resource' sendiri - lepas tu nak 'urus kewangan sendiri' .. lepas tu apa? hah! penaik cukai gila babi - sebab nak untung. Yang mampus - rakyat, para pembayar cukai. Ini bau bukan macam 'Belanda nak minta tanah' tapi macam 'Israel nak rampas tanah'! Pada aku, sebagai seorang Senator - Akhbar Ali ini patut buat cadangan lain yang lebih baik. Bukannya cadangan kartun sebegini. Jenis nak manipulate duit.. perangai UMNO sejati. Siapa Akhbar Ali ?? Latarbelakangnya: Bendahari UMNO Jasin; Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka; Pengarah Eksekutif, Direktorat Pelaksanaan Negeri Melaka; Pengurus MAIM Travel, dan Pengarang 'Melaka Hari Ini'. Nak tahu siapa dia, jawatan dia - baca di sini, apa Harakah kata pada bulan Ogos 2008. DAP pun bangkang dia jadi Senator dulu. Bila aku teringat Jasin, aku teringat sorang Ahli Parlimen 'terkenal' - Si Mohd Said Yusuf (sebelum PRU 2008) yang marahkan Jabatan Imigresen sebab kantoikan kemasukan kayu dari Indonesia. Suruh kakitangan awam 'tutup sebelah mata'. Kepala hotak depa. Haram jadah. Manek Urai - Apa Alasan AKIM Tak Bertanding? Kih KihAKIM mahu tumpu pilihan raya umum Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) tidak jadi bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai kerana mahu menumpukan kepada pilihan raya umum ke-13. Presiden Akim, Hanafi Hamat berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu baru-baru ini. “Kami akhirnya membuat keputusan tidak bertanding di Manek Urai dan atas beberapa faktor kami hanya mahu memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Dengan ketiadaan Akim, pilihan raya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah. Kah Kah Kah. Ada satu alasan lagi yang dia sengaja tak nak bagi! "Kami tak mau kalah lagi.. Hilang wang pertaruhan.. RUGI. Buat penat saja kami ni.." Cukup.. tak boleh gelak melampaui batas. Manek Urai - Polis Berkampung Elektrik TergangguHrm.. dianggarkan 30,000 orang luar bertandang ke Manek Urai. Ada yang penyokong PAS, ada penyokong BN, ada yang wartawan, ada yang berkecuali. Semuanya bertumpu ke situ dengan menagih keperluan elektrik untuk kegunaan komunikasi dan peribadi. Semalam penduduk Manik Urai dan Kampung Laloh merungut berikutan kerap berlaku bekalan elektrik terputus di kawasan mereka sejak beberapa hari lalu. Dakwa penduduk, ada beberapa faktor penyumbang kepada terputusnya bekalan elektrik yang antaranya termasuk penempatan sementara pihak berkuasa di Kampung Laloh menyebabkan pertambahan keperluan tenaga elektrik. Rupanya, gerombolan fasa pertama seramai 1,558 orang polis dah masuk. Hishammuddin, Menteri Dapoq kata, khemah depa pakai generator.. Cuba pi check, ada ka tangki minyak dekat khemah sementara polis tu? Ada ka bunyi generator? Kalau tak dak, sah 'that minister son of the prime minister' nak temberang. Kalau kat Bukit Gantang dulu, belakang pekan Trong - khemah-khemah putih tu pakai aircond wooo... Dah la masuk menakutkan orang, menyusahkan orang kampung pulak. Isk. Apa ka jenih.. /div> Manek Urai - Harga Makanan Dan Rumah Sewa Gila MelambungSatu berita buruk untuk pelawat dan pengunjung Manek Urai. Biasanya bila kita makan, kita order dulu.. dah makan.. baru kita bayar. La ni di Manek Urai, kena tanya dulu berapa harga makanan dan minuman sebelum order.. takut terkincit nak bayar. Logikkah dua hidangan nasi ayam beserta air sirap harganya RM17.20, manakala nasi putih bersama lauk daging merah untuk satu hidangan RM6.00? Begitulah keadaan yang dialami "pengunjung baru" termasuk wartawan yang terpaksa berkampung di Manik Urai sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai ketika ini. Kenaikan mendadak harga makanan di sini bermula sejak seminggu lalu berikutan kebanjiran beribu-ribu penyokong parti PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk kempen pilihan raya kecil itu. "Alah sikit naiknya itu dik. Biasalah, inikan musim pilihan raya, semua orang bawa duit banyak," kata seorang pemilik sebuah restoran di sini ketika penulis bertanyakan harga makanan nasi ayam itu. Pengguna mungkin tiada pilihan sebaliknya terpaksa membayar harga makanan walaupun disifatkan sebagai "harga cekik darah" itu. Seorang petugas sebuah parti dari Kedah, Yahya Husin, 42, turut mengakui kenaikan harga tidak munasabah itu dan berharap sesuatu dapat dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu. "Harga di Kedah atau di Kuala Lumpur pun tidak semahal ini," katanya yang merujuk harga tidak masuk akal itu ketika menikmati hidangan nasi campur baru-baru ini. Namun bukan semua kedai makan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan seperti di Kedai Makan Kak Yah di Kampung Lata Rek di sini. Pengusahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Yah itu mengakui harga ikan mentah seperti tongkol naik daripada RM7 sekilogram kepada RM10, malah harga sayur-sayuran turut naik. "Tapi Kak Yah tak naik harga pun," sambil penulis membayar RM5.50 bagi makanan tradisi rakyat Kelantan iaitu nasi berlauk untuk dua hidangan. Dianggarkan kira-kira 30,000 petugas parti dan media kini berkumpul di DUN ini bagi liputan pilihan raya kecil itu. Sebelum ini harga rumah sewa di kawasan ini juga naik sehingga mencecah RM9,000 yang akan digunakan untuk kira-kira dua minggu kempen pilihan raya berkenaan. Hari Isnin adalah hari penamaan calon DUN berkenaan dan 14 Julai hari pengundian. Masya Allah.. apa nak buat.. penduduk tempatan dah pasang pukat jerut. Tapi syukurlah, bukan semuanya menjerut.. maka bolehlah ke Kedai Kak Yah di Kg. Lata Rek atau yang lain-lain yang sewaktu dengannya. /div> PRK DUN Manek Urai - PAS vs BN - Satu Lawan SatuAkhirnya SAH - PRK DUN Manek Urai adalah satu lawan satu. Pertandingan adalah antara Mohd Fauzi Abdullah (PAS) vs Tuan Aziz Tuan Mat (BN). Maka tibalah saat dinantikan. Satu minggu yang bakal padat dengan kempen, ceramah, perang poster dan kain rentang, lawatan ke rumah dan kedai kopi, sedekah sana dan sedekah sini, tabur sana dan tabur sini. Tentu menghiburkan di Manek Urai sehingga hari pilihanraya Selasa minggu depan - 14/07/2009. KUALA KRAI, 6 Julai (Bernama) -- Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.Itu cerita dari Bernama, kih kih kih. Sedikit kecewa, aku tadi travel ke Utara berurusan beberapa hari - tak dapat ikuti lintas langsung dari PerakEkspress dan lain-lain. Setelah tengahari tiba, rupanya segala yang menarik sempena Hari Penamaan Calon dah selesai. Tak apalah.. apa pun semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Apa-apa pun semoga bloggers di Manek Urai sihat, selamat dan terus bersemangat memaparkan kisah ceritera yang menarik untuk tatapan semua. Go Bloggers. Antara Golf, Menteri Kabinet, Malas, MentekedarahKih kih kih.. Semalam Najib rasmi penutupan pertandingan golf antara pilihan Perdana Menteri vs Pilihan Yang Dipertuan Agong di Shah Alam. Apa katanya seperti dilapor dalam TheMalaysianInsiders : 05/07/09 ? Najib tells ministers to put same effort in work as they do in golfMuahaha.. padan Menteri & Timbalan tak rajin turun padang.. tak rajin turun ke Parlimen.. tak rajin jenguk rakyat-rakyat. Dok main golf. Kalau bergerak pun, Menteri2 dan Timbalan2 melepak di hotel berbintang-bintang yang ada padang golf, 32 lubang lagi bagus. Boleh main golf sambil sembang-sembang projek-projek menyendatkan poket dan akaun bank. Main memang bagus, menyihatkan badan. Meningkatkan skill memang bagus, supaya boleh menang. Yang tak bagusnya ialah malas buat kerja untuk rakyat tapi mentekedarah duit rakyat. Perangai buruk. Haram jadah. Kalau hangpa rajin, pi jenguk lepas solat Jumaat di Seri Selangor, KGPA, Tasik Puteri dan Bukit Unggul - apa mesyuarat 'berkhidmat untuk negara' yang berlangsung, dan siapa dalam permainan golf yang berlangsung. Kepimpinan Melalui Teladan taik kucin. PRK DUN Manek Urai - Rezeki Melimpah ke SekolahKih kih kih. Nak tergelak ada, geram pun ada. tapi itulah.. setiap kali PRU atau PRK diadakan, setiap kali itulah akan ada projek mee segera oleh BN Kartun. Geram aku adalah kerana BN sering menafikan mereka buat projek pasang siap, peruntukan pantas-lulus dan pemberian berbentuk rasuah. Kali ini, mereka tahu mereka berdepan dengan orang-orang yang 'hang bagi aku ambik, undi cerita lain'. Maka dipesongkan kaedah pemberian 'sedekah' kepada budak-budak pulak. Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma. Ni taik kucin apa? Bau busuk meghengak. Kalau tanda ingatan, pi la bagi kat semua murid sekolah seluruh Malaysia - baru adil. Atau sekurang-kurangnya, bantuan percuma untuk semua murid yang fakir miskin anak yatim seluruh Malaysia. Baru betul. Lagi satu.. meringankan beban rakyat? kepala hotak depa. Woit, sekolah dah jalan setengah tahun. Kalau ya pun nak tolong orang kampung yang miskin, bagi la beg-beg dan uniform tu masa akhir tahun ini. Baru betul. Baru senang pilih saiz untuk kegunaan tahun depan. Budak-budak cepat membesar. Awat bagi masa sekarang? Sekarang masa tak kena. Sekarang adalah masa Kementerian Pelajaran bantu orang kampung bayar Pakej Bayaran Tambahan merangkap yuran sekolah itu. Sekaligus untuk Derma PIBG. Bukankah kedua-dua bayaran itu 'wajib' bayar mulai penggal kedua persekolahan 2009? Aku jenguk-jenguk mak bapak sekarang semua komplen bayaran berkenaan. Dulu mansuh Yuran, pi bubuh pulak Pakej Bayaran Tambahan. Harga lagi tinggi untuk yang di luar bandar. Paling koman pun, RM33.50. Hah! Sekaranglah masanya. Lagi bagus, tolong bayar sekali untuk semua ibu bapa di seluruh Malaysia. Muahaahaha.. barulah Kerajaan yang "Rakyat Diutamakan". Hrm.. siapalah kontraktor pembekal uniform & beg sekolah tu ye?.. Banyak parsen aaa Muhyiddin & Mustapha? Ada la kot sikit-sikit.. tak gitu? Kih kih. UMNO memang Kartun. PRK DUN Manek Urai - Esok Hari Penamaan CalonEsok, jika belum datang Hari Qiamat.. adalah Hari Penamaan Calon di PRK Manek Urai, Kelantan. N.41 Manek Urai adalah salah satu dari empat DUN dalam Parlimen P.31 Kuala Kerai, selain N.39 Mengkebang, N.40 Guchil, dan N.42 Dabong. Ramai orang kata PAS boleh menang. Jika berdasarkan fakta PRU 12 lalu, kawasan Kuala Kerai boleh kata macam tapak Pakatan Rakyat. BN kalah di semua kerusi, baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri. Memang angka-angka tertera berikut memberangsangkan, tetapi tidaklah boleh dianggap fakta kukuh untuk kekal pada setiap masa. Keputusan PRU 12 : 2008 P.31 Kuala Kerai (PAS; majoriti 4984), N.39 Mengkebang (PAS; majoriti 1,903), N.40 Guchil (PKR; majoriti 1000), N.41 Manek Urai (PAS; majoriti ), N.42 Dabong (PAS; majoriti 552). Secara am, berdasarkan sokongan pada PAS & PKR dalam keempat-empat DUN berjumlah 4,807 membawa kemenangan dalam Parlimen Kuala Kerai dengan angka majoriti hampir sama sebanyak 4,984. Maknanya, faktor sokongan pada Dr. Hatta Ramly MP Kuala Kerai adalah atas dokongan penyokong parti, bukan aset ketokohan peribadi. Maka boleh dianggap Manek Urai tetap boleh dimenangi oleh PAS. Pertambahan pengundi untuk PRK kali ini hanya 1 orang sahaja (12,293), berbanding PRU12 dahulu (12,292). Dijangka, status quo tetap kekal. Tapi mengapa BN turut menaruh harapan? Ini ramai yang lupa.. Dalam PRU11 dulu, BN sapu semua DUN serta Parlimen. Terbalik. Keputusan PRU 11 : 2004 P.31 Kuala Kerai (BN; majoriti 2,416), N.39 Mengkebang (BN; majoriti 316), N.40 Guchil (BN; majoriti 1010), N.41 Manek Urai (BN; majoriti ), N.42 Dabong (BN; majoriti 1094). Nampak? Walaupun majoriti Parlimen dan DUN agak kurang, BN tetap menang. Namun begitu, aku berpandangan BN memang masa itu sebab PakLah 'Mr. Clean'. Masa tu orang muak dengan Mahathir 'Mr.Dirty'. Dan faktor ini mendorong BN menang besar di seluruh Malaysia. Tapi itu PRU 2004.. Dalam PRU 2008, PakLah tak lagi dianggap 'Mr. Clean'. Maka leboh 5 negeri. Sekarang Najib pula berkuasa. Kih kih kih.. aku tak tau apa dia nak bawa.. melainkan "1Malaysia Rakyat Dibelakangkan". Ada harapan Najib meneruskan fasa kejatuhan BN seterusnya.. Akhir kata, Selamat Hari Penamaan Calon esok. Jangan lupa beberapa peraturan kartun dari SPR yang masih berkuatkuasa: 1. Beberapa Fakta Beramaran SPR - Manek Urai 2. 19 Perkara Terlarang SPR - Penanti Retreat BN : Pemukiman atau Berundur?Bernama mengesahkan Retreat UMNO dibuat juga di hotel Subang Jaya selama 2 hari. Hebat.. semua menteri kabinet berkampung di situ, wajib hadir tanpa gagal. Konon nak mesyuarat tentang KPI. Polis dan pengawal keselamatan hotel tak bagi wartawan mana pun masuk. Kih kih. Tapi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Azman Mokhtar boleh masuk pulak? Ada ting-tong apa-apa ka kat hotel tu? Woit .. duit rakyat semua tuh! Jangan hangpa godam tak tentu pasai. Kenapa Perlu KPI ? Pada aku, KPI kerahan Najib itu hanya dokumentasi. Konon sebagai penunjuk prestasi dan pencapaian para menteri. Piirah, ingat dia sanggup tunjuk siapa menteri paling cemerlang dan menteri paling mangkuk? Sorok bawah karpet adalah.. Yang lebih penting sebenarnya adalah hasil - dan hasil itu mestilah menjurus pada kebajikan rakyat. Kalau suara rakyat pun tak dijenguk, tak didengar.. KPI tu jadi menatang haram apa? BN makin risau dengan PR. Pakatan Rakyat dah buat kabinet bayangan, seperti terpapar dalam Sinar Harian semalam. Ianya bukan kabinet PR untuk PRU akan datang, tapi sebagai juru audit pentadbiran BN. Yang ini yang Najib amat takut. . Dan ini yang memaksa Najib mengerah semua menterinya buat kerja betul-betul.. Kih kih kih.. barulah ada 'check & balance'. Tahniah PR! Ada satu komen negatif yang panjang oleh Dr. Mashitah Karut (yang saman jiran sebelah rumah, kawan sepejabat suatu masa dulu) dan satu komen positif yang ringkas oleh Timb. Menteri Pengajian Tinggi.. di sini. Berkaitan: Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen PR Mengikut Kementerian Juru Audit Pakatan Rakyat Mengikut KementerianBerikut adalah Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian. Jawatankuasa inilah yang ditakuti oleh Perdana Menteri, Timb. Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Timb. Menteri serta Kementerian terbabit. Sumber dari Sinar Harian (Utara) - 03/07/2009 (halaman N10), aku salin balik.
Kalau ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kabinet, itu sekadar dokumentasi BN. Mereka cipta kayu ukur, mereka sendiri beri markah. Takkan mereka nak bagi markah buruk-buruk untuk kabinet sendiri. Kih kih kih. Tetapi formula pemantauan khusus , berfokus dan teliti oleh Jawatankuasa Pakatan Rakyat ini akan mewujudkan bahas debat yang gerenti panjang di Parlimen sehingga PRU13. Jenuh BN nak bertandak bertepis selepas ini. Kih kih kih. Bravo PR!
Subscribe to:
Posts (Atom)
INFO PRK DUN MANEK URAIPenamaan Calon ::: ISNIN ::::::: 06-07-2009 ::: Pilihanraya Kecil :: SELASA ::: 14-07-2009 ::: >> LAMAN WEB RASMI PRK DUN N.41 MANEK URAI << ARKIB BLOG
FELLOW BLOGGERS
DON'T EVER CHANGE THE GREEN ONE. TQ.BERITA ALTERNATIF |
Fellow Bloggers
Komen TerkiniFellow Pro-PR Bloggers
Mengenai Saya
Kategori Artikel
Fellow Pro-BN Bloggers
Media Kerajaan |
Bukit Teluk Sera © 2009
Back to TOP