Zambry vs Sivakumar - 7 Mei

Dari ADUN Pangkor ditolak ke MB(H) Perak. Dari SUK Perak pusing ke SU DUN Perak. Dari Mahkamah Tinggi naik ke Mahkamah Persekutuan. Dari Mahkamah Persekutuan kena turun balik ke Mahkamah Tinggi. Dari Sivakumar balun ke Nizar. Dari Nizar balun balik ke Sivakumar.

Apa sahaja yang boleh mengekalkan kuasa BN di Perak, akan dipergunakan sepenuhnya oleh Zambry. Lagi banyak Zambry bersusah-payah, lagi banyak buruk rupa BN terserlah.

Rujuk artikel malaysiakini.com di bawah:

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker
Apr 29, 09 - 3:29pm

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada semua ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

http://www.malaysiakini.com

Semakin hari semakin panas. 7 Mei yang bakal jadi sejarah. Adakah Sivakumar dilucut jawatan? atau Sivakumar yang arahkan kerusi MB (Ketua Kerajaan) di DUN Perak disimpan dalam stor sehingga keputusan mahkamah selesai. Hoho. Kita tengok nanti.

1 comments:

Post a Comment