Zambry Lelong Camry Exco Perak

Dahulu BN Pusat mengatakan pembelian kereta 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebagai pembelian yang membazir dan tidak patriotik. Kini, setelah menggulingkan kerajaan secara kontroversi, semua kereta baru berdaftar pada 9 Januari, lalu akan dilelong pada bulan Mei ini. Katun sungguh.

  • Apa dosa kereta itu?
  • Sebab ia buatan Jepun? tak kot.
  • Sebab ia baru? tak kot.
  • Sebab ia lawa? tak kot.
  • Sebab nak hilangkan kesan tinggalan PR kot? mungkin..

Kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai
kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang sebelum ini


Rujuk berita dari mStar Online di bawah.

Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong

Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin ‘tinted’ yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Entahlah.. apa nak jadi dengan si Zambry ni. Kereta baru, dilelong. Lepas ni, nak buka tender untuk kereta apa pulak? Kalau beli Proton tentu kena kutuk. Beli buatan luar, lagi teruk kena kutuk. Tak cerdik sungguh..

Nizar. Camry anda akan tetap jadi simbol kerajaan Perak sebenar di hati rakyat sampai bila-bila.

1 comments:

  • zambry nak beli kete baru tu.. tak pun nak pakse pulangkan AGS10.
    sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
    link:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

Post a Comment