Calon PKR Penanti

Selanjutnya »

Zambry vs Sivakumar - 7 Mei

Dari ADUN Pangkor ditolak ke MB(H) Perak. Dari SUK Perak pusing ke SU DUN Perak. Dari Mahkamah Tinggi naik ke Mahkamah Persekutuan. Dari Mahkamah Persekutuan kena turun balik ke Mahkamah Tinggi. Dari Sivakumar balun ke Nizar. Dari Nizar balun balik ke Sivakumar.

Apa sahaja yang boleh mengekalkan kuasa BN di Perak, akan dipergunakan sepenuhnya oleh Zambry. Lagi banyak Zambry bersusah-payah, lagi banyak buruk rupa BN terserlah.

Rujuk artikel malaysiakini.com di bawah:

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker
Apr 29, 09 - 3:29pm

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada semua ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

http://www.malaysiakini.com

Semakin hari semakin panas. 7 Mei yang bakal jadi sejarah. Adakah Sivakumar dilucut jawatan? atau Sivakumar yang arahkan kerusi MB (Ketua Kerajaan) di DUN Perak disimpan dalam stor sehingga keputusan mahkamah selesai. Hoho. Kita tengok nanti.
Selanjutnya »

Kisah Penyaman Blog Yang Buta Blog

Kini pihak PDRM semakin sibuk di bahagian kaunter. Jika sebelum ini, kebanyakan laporan polis banyak isu jenayah dan kemalangan jalan raya. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, sudah bermula laporan polis berkaitan media elektronik berasaskan internet.

Sebarang tulisan berunsur fitnah atau mengancam nama baik seseorang boleh menyebabkan laporan polis dibuat. Biasanya disusuli pula dengan memfailkan saman serta tuntutan gantirugi malu dan sebagainya.

Malaysiakini adalah salah satu laman web isu politik yang popular di Malaysia dan dunia, dengan multi bahasa: BM, BI, Tamil dan Mandarin. Ia sering memaparkan berita terbaru wartawannya, serta artikel popular dari blog lain yang sentiasa dikemaskini. Laman ini neutral di mana artikel yang dipautsiarkan adalah dari pro-kerajaan, pro-pembangkang atau pemerhati atas pagar.

Kelakarnya, Presiden Gabungan Melayu Perak (GMP) buat laporan polis di Ipoh ke atas Malaysiakini atas satu artikel bahasa Inggeris menghina Sultan Perak dan Raja Muda, kononnya.

Rupa-rupanya artikel itu dari sumber Bernama dan disiar dalam Bahasa Melayu. Salah tarikh pula tu. Bila dihubungi Malaysiakini, rupanya si Presiden itu hanya dengar dari kakitangan (hearsay) dan terus buat laporan polis. Kemangkukan Presiden itu ditokok lagi bila dia menyangka Malaysiakini adalah sama seperti Malaysia Today dan blog2 lain.

Macam ini orang pun ada. Datuk pulak tu. Parti mana tu?

Berikut adalah laporan di Malaysiakini hari ini.

Tuduhan palsu terhadap Malaysiakini

Apr 23, 09 - 1:11pm

Badan yang menamakan dirinya Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini berhubung satu artikel yang tidak pernah disiarkan oleh laman web tersebut.

Dalam laporan polis itu, Presiden GMP, Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail mendakwa Malaysiakini telah menyiarkan satu artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Artikel tersebut, yang bertajuk ‘Raja Nazrin defends monarchy against ridicule', yang didakwa disiarkan oleh Malaysiakini pada hari Selasa.


Apabila diperiksa, tidak ada artikel seumpama itu yang disiarkan oleh lamanweb berkenaan. Bahagian bahasa Melayu bagaimanapun menyiarkan berita tersebut dari Bernama, tetapi ianya disiarkan pada 19 April.

Mohd Hilmi (kanan) dan badan pimpinannya itu membuat laporan tersebut di balai polis Sungai Senam dekat Ipoh pada jam 5 petang semalam.

Menurut laporan Bernama, Mohd Hilmi memberitahu pemberita bahawa laporan polis dibuat kerana GMP menganggap berita yang disiarkan oleh lamanweb itu bersifat kurang ajar dan biadap terhadap institusi beraja di negeri itu.

Beliau juga dilaporkan berharap Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mengambil tindakan terhadap lamanweb itu kerana menyalahgunakan teknologi maklumat sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesannya terhadap keselamatan negara.

'Diberitahu oleh kakitangan'

Malaysiakini menghubungi GMP pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung laporan polis tersebut dan Mohd Hilmi memberitahu yang beliau tidak tahu yang Malaysiakini tidak menyiarkan artikel dalam bahasa Inggeris itu.

Menurutnya, beliau tidak tahu tentang artikel itu dan dimaklumkan mengenainya oleh kakitangannya, sebelum membuat laporan polis tersebut.

Bila tanya sama ada beliau sedar bahawa laporan polis yang dibuatnya itu boleh mencemarkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysia Today dan blog-blog lain?".

Malaysiakini telah meminta Mohd Hilmi memohon maaf secara terbuka kerana membuat tuduhan palsu itu. Malaysiakini juga sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan terhadap Mohd Hilmi dan GMP.

GMP mohon maaf pada Malaysiakini

Kira-kira empat jam selepas menghubungi Mohd Hilmi, penasihat undang-undang GMP, Nor Ali Nordin menghubungi Malaysiakini untuk memohon di atas kesilapan tersebut.

Katanya, Mohd Hilmi telah bercakap dengannya dan mereka ingin memohon maaf kepada Malaysiakini di atas kesilapan menamakan lamanweb tersebut dalam laporan polis semalam.

Nor Ali juga berkata, beliau dan anggota GMP yang lain akan ke balai polis Sungai Senam jam 3 petang ini untuk memperbetulkan laporan polis semalam. Katanya, mereka akan mengeluarkan nama Malaysiakini dari laporan tersebut dan menggantikannya dengan lamanweb yang menyiarkan laporan berkenaan.

Beliau berkata berkata, GMP telah memaklumkan kepada akhbar-akhbar harian tempatan mengenai kesilapan tersebut.

Nor Ali berkata, akhbar-akhbar berkenaan telah memberi jaminan akan menyiarkan pembetulannya. Bernama dan Utusan Malaysia (atas), adalah antara media yang menyiarkan berita mengenai laporan polis yang dibuat terhadap Malaysiakini itu.


Nasib baik la si Datuk Presiden itu wakil satu badan yang tak ternama dan tidak dikenali. Kalau la dia Perdana Menteri, kisah tahap buta IT dan buta kayunya akan masyhur seluruh dunia sebagai bahan lawak jenaka. Percaya sungguh dengan apa saja kata orang bawah? Bodo.

Selanjutnya »

Zambry Lelong Camry Exco Perak

Dahulu BN Pusat mengatakan pembelian kereta 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sebagai pembelian yang membazir dan tidak patriotik. Kini, setelah menggulingkan kerajaan secara kontroversi, semua kereta baru berdaftar pada 9 Januari, lalu akan dilelong pada bulan Mei ini. Katun sungguh.

  • Apa dosa kereta itu?
  • Sebab ia buatan Jepun? tak kot.
  • Sebab ia baru? tak kot.
  • Sebab ia lawa? tak kot.
  • Sebab nak hilangkan kesan tinggalan PR kot? mungkin..

Kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai
kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang sebelum ini


Rujuk berita dari mStar Online di bawah.

Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong

Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin ‘tinted’ yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my


Entahlah.. apa nak jadi dengan si Zambry ni. Kereta baru, dilelong. Lepas ni, nak buka tender untuk kereta apa pulak? Kalau beli Proton tentu kena kutuk. Beli buatan luar, lagi teruk kena kutuk. Tak cerdik sungguh..

Nizar. Camry anda akan tetap jadi simbol kerajaan Perak sebenar di hati rakyat sampai bila-bila.
Selanjutnya »

Pengguling Yang Terus Mengguling

Berikut adalah berita terbaru di Perak, seperti yang dipaparkan dalam NST Online petang ini. Bagaimana seorang pengguling dan terus mengguling mungkin akan terguling.

Negeri Perak mengharungi situasi pemerintahan kerajaan tempatan yang unik selepas PRU12 bulan Mac tahun lalu. Di bawah PR, Ketua-ketua kampung dilantik melalui cara pemilihan undian oleh penduduk kampung masing-masing. Semua pihak boleh dicalonkan jika layak, serta bertanding untuk jawatan tersebut.

Setelah peristiwa pertukaran kerajaan negeri yang kontroversi, MB Zambry telah memecat lebih 800 orang ketua kampung tanpa sebarang notis melalui pegawai daerah masing-masing Khamis lalu. Ini sekaligus menamatkan JKKK (Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung) seluruh Perak merangkumi lebih 8,000 orang - di mana setiap 817 buah JKKK diwakili 10 orang AJK termasuk Ketua Kampung sendiri.

Ini mengejutkan kerana dikatakan sebelum ini, Zambry berjanji akan mengekalkan status Ketua Kampung sedia ada. Lagipun surat perlantikan mereka adalah mulai 1.8.2008 hingga 31.7.2010. Ketua kampung hanya terlucut jawatan sekiranya mereka didapati bersalah dalam kes jenayah atau diisytiharkan bangkrup.

Sehubungan itu, Zambry diberi peringatan 48 jam oleh SU DAP Perak, Nga Kor Ming untuk memohon maaf dan menarik semula keputusan tersebut. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, satu konvensyen semua ketua kampung negeri Perak akan diadakan - untuk memutuskan samada saman akan dibuat kepada kerajaan negeri atas perlanggaran kontrak.

Baca selanjutnya berita dari NST Online berikut:

DAP claims Zambry sacked 800 village chiefs without notice
By : Brenda Lim

More than 800 village chiefs, who were elected to their posts nine months ago, were sacked without notice by the district officers of their respective areas last Thursday.
The village security and development committees (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung or JKKK), of which they chaired, were also made defunct, effectively terminating the services of over 8,000 individuals, as each of the 817 JKKKs have 10 committee members, including the village chief.

Speaking on their behalf yesterday, Perak DAP secretary and former state executive councillor in charge of local government Nga Kor Ming, said the decision caught the village chiefs by surprise as Perak Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir had earlier promised that they would keep their job.

"They want Zambry to apologise and to retract the decision," he said, giving a 48-hour grace period, after which a convention for village chiefs would be held to decide on whether they would sue the state government for breach of contract.

In their letters and certificates of appointment, they were to serve from Aug 1 last year to July 31, next year.

Village chiefs only lose their posts if convicted of criminal offences or declared bankrupt, Nga said, pointing out that there was no clause in their appointment letters for termination and that their sacking was politically motivated.

"Only one party can sack them, and that should be the villagers. This is the same for assemblymen who only lose their posts through elections," he said at a press conference.

Nga said that Perak was the first state in the country to introduce elections for village chiefs, as Pakatan Rakyat was "restoring democracy to the JKKK institution" to give local residents a chance to choose their own community leaders.

While the termination letter took effect last Thursday, about 40 disgruntled village chiefs said at the press conference that they and their secretaries stopped receiving the RM400 and RM200 monthly allowances respectively, since BN seized control of the state in February.

"They didn't even give me a chance to defend myself before they sacked me," said 39-year-old Syed Abdul Halim of Kampung Talang Tengah in Sungai Siput.


Perak memang panas. Dari Sultan, MB turun ke Ketua Kampung, hingga ke rakyat jelata. Semua panas. Tiada yang yang menyusahkan negeri ini, jika Kerajaan PR tidak diguling tempohari. Jika Najib tidak tamak, dan jika BN benar2 anak jantan.

Bagi aku, ada 3 ekor paling &$@$# yang sering dilupakan. 3 ekor katak pisang itu. Bagusnya kalu dapat cakok pungkoq katak2 tu, buat umpan pancing bapak toman.
Selanjutnya »

catatan pertama

ini catatan pertama, sebelum kedua
Selanjutnya »